Tuesday, November 10

bulan depan, saya akan menjadi warga Shell

Banyak pulak makan asam sekarang ni. Taknak kasi mengantuk la konon. Tapi..! hohohoh tidur nyenyak jugak kat meja ni ha.

Dalam dilema ni.

Nak cari kerja baru. Sebab:
  1. nak gaji lebih tinggi dari sekarang sebab pasni nak kena bayar PTPTN dah. Dan nak tukar tayar kereta yang tak tukar-tukar lagi nehh
  2. nak environment yang lebih segar. Yang dinding tak legap..?
  3. nak menyewa bilik sendiri. Tak best la lama-lama menumpang. Mesti mcpa nak privasi jugerrr kan
  4. sebab bos tukar kereta baru. ?

tapi yang membantut nak start cari kerja ialah:

  1. cuti dah takde kalau tiba-tiba kena panggil interview on weekdays
  2. takut kalau dapat ofis yang lagi teruk. (kerja banyak takpe asal bos baik)
  3. takut dapat officemates yang tak sebulu. Macam yang sekarang ok, tambah-tambah ada senior macam Amin yang macam abang sulung yang sangat baik terhadap adik-adik ofis kohkohkoh. Tak kedekut ilmu. Ada tun, ada budak trainee yang sama-sama rilek tak buat kerja kohkohkoh, tak stress.
  4. takut diberikan tanggungjawab yang melebihi kemampuan dan takde siapa yang baik hati nak guide.
  5. pendek kata; takut.
  6. jerawat tengah naik.
  7. notis berhenti kerja kena sebulan awal. Jadi tak tau macam mana nak buat percaturan ni. Ah bajet senang je nak dapat kerja baru!

Pastu, macam mana ni?!
Ambil degree business admin lah, boleh join oil & gas company......takpun amek medic la pulak. Terus gaji tinggi, boleh bayar PTPTN RM500 sebulan. Yeah! Jom amek medic. Panggil saya Dr. Ilani. Nice to meet you.

Thursday, November 5

book sale.

4 november till 18 november kot? kat ampang point.

baik cepat bagi siapa-siapa yang suka membaca. ada banyak lagi buku-buku menarik tadi. harga sangatlah tangkap leleh; RM10 untuk semua novel English. Novel yang bukan ceria-meria yang macam Shopaholics ye adik-adik. Yang stok-stok novel The Day After Tomorrow semua tu ada berlambak la. Ada Ian Banks yang pastinya. Khaled Hosseini tak nampak la pulak. Baru ingat nak beli Kite Runner untuk ibunda kesayang, kasi tangkap leleh tiap-tiap hari bila dia baca buku tu. Tapi tu lah, niat nak suruh ibunda menangis tu agak jahat kot maka takde buku tu haih~ rugi, Ma rugi...

untuk buku-buku berat macam buku teks rujukan semua tu; RM20. Ada buku tajuk The People's Home? tu sangat menarik perhatian sebab sinopsis dia tu macam yang Dr. Azizah selalu duk bangkitkan masa kelas sosio dulu. magazine architecture D+A semua tu lebih kurang RM14. majalah hiburan lama-lama tak tau pulak berapa, lupa nak jengukkan harga. buku kanak-kanak RM1 - RM4. magazine National Geographic RM5 dan dan.. lupa. tu je ah sikit-sebanyaknya. Pergi! jangan tak pergi! bersungguh ni sampai-sampai rumah terus promote.

Tuesday, November 3

oh abang gad!

mcpa suruh buat post mengenai kehilangan semua pak gad friendly di chancellor condo ini tapi tak nak ah. terlalu sedih. bahahahahhahahahahhahaa

Sunday, November 1

wondering

dia mengikuti ke apa yang ditulis dalam ni aa? dua pilihan jawapan yang berbeza yang boleh lead kepada assumptions yang sangat berbeza yang mampu mengubah dua buah kehidupan. haih.. memang takkan ada keserasian. kalau ada pun, hanya buatan. dan, fahaman dan kepercayaan kita sangat berbeza. dengan itu, i rest my case. tiada lagi sebarang pengharapan dan kembalilah ke alam kanak-kanak; dunia yang bebas tanpa perasaan terlebih kepada sesiapa pun. nekad

Friday, October 30

saya terima sebuah mesej yang haru. . .

"Ilani adakah kamu sudah lupa kepada saya yang bernama Nurhazwani Mohd Nawi, bernombor kad pengenalan 850108-14-5588, pernah menginap di Kolej Keseblas di bilik bernombor D746 berhampiran bilik kamu? Sesungguhnya saya rindu mau berborak n mengumpat dengan kamu...mau keluar pergi mamak ditengah malam buta dengan kamu dan pesan makanan berkalori tinggi dan kemudianya menyesali memakan makanan itu...rindu melepak di bilik kamu di kala mana saya bangun tido petang dan rasa kesunyian seperti saya sahaja yang tinggal di bumi ini......rindu mau tunjukkan baju baru saya setiap kali balik shopping walaupun saya tau kadang2 pesyen baju yang saya suka itu tidak kamu yakini boleh diterima oleh dunia luar......rindu mau lepak di working space di studio kamu dan buat bising seperti kita berdua je yang ade mulut utk berjoyah dan membuatkan ted n ape name dak tu ( x igt la) jengkel dengan kita......dan yang paling saya rindu mau naik moto sekuter kamu di sejuk malam merayau-rayau di pekan kecil bernama Serdang....kalau saya rindu banyak bende bermakna saya da lama x kontak atau menyapa kamu....adakah itu bermakna saya sudah dilupakan atau saya yang melupakan??"

WANI-!!!!
ILA RINDU WANI!!! RINDU GILA YANG TAK TERKATA TAPI SERIOUSLY ILA TAKTAU KENAPA SEKARANG SANGAT JARANG MENGHANTAR SMS @ CALL , TAPI MEMANG RINDU! SIAP NANGIS MASA MULA-MULA BACA TADI TAU. HARU... ILA RINDU JUGAK WAKTU-WAKTU KITA BERSKUTER KE MAPLE, KE SEVEN-E DI WAKTU 3.30 PAGI DAN PALING HARU SEBAB WANI SELALU MENGHULURKAN BANTUAN BUAT MODEL, TAPI ILA TAK PERNAH BERKESEMPATAN TOLONG WANI SIAPKAN PROJEK SOB..SOB..

WE SERIOUSLY NEED TO FIND TIME TO MEET, SERIOUSLY!

wani sangat baik untuk pengetahuan dunia sekalian.
seumur hidup saya 4 tahun di UPM belum pernah saya tengok wani yang versi tak ceria. 24 jam 7 hari seminggu dia ceria. asal datang bilik, mesti buat gaya model cekak pinggang dengan muka sombong ala-ala Posh Beckham itu. tu baru depan pintu. dah masuk dalam, Ya Allah Ya Rabbi toksah cakap, memang akan ada hal-hal menarik lain yang terjadi! itulah wani.

isk.. kabur, kabur... bergenang air mata pon ni ha. dah ah, penat kalau nak cerita dalam keadaan ni. wani, ila rindu wani, like seriously.

cilok gambar wani dari facebook. lawa!

Wednesday, October 28

telekung, surau & saya

hari ini sesuatu yang bonok telah terjadi. malu kat almari dalam surau..

well, sejak-sejak hubungan sesama officemates ni makin rancak, hidup makin sempoi di ofis kekekeh. dah takde la rasa sunyi sangat. nak nak dengan budak trainee 2 orang tu. sorang tu macam mongok-mongok kelakar gitu, memang layann ah kalau balik petang-petang. YA. SAYA SUDAH HAPPY DENGAN ENVIRONMENT OFFICE ITU

lepas siap sesi membelit selendang dalam toilet, (aku benci shawls tapi terpaksa sebab tak jumpa tudung hitam pagi tadi), penat oh setting brooch kiri kanan. okeh done. tapi tapi tapi tapi tapi taaaaapi! tiba-tiba budak trainee tu datang ketuk pintu toilet dengan muka kelam kabut.

"AKAK! akak pakai kain!" -muka macam bercahaya sikit-

ye, dah pakai baju kurung, haruslah pakai kain. takkan nak pakai seluar track macam warden zaman dulu (er..tee heee!)
so?


"akak, kite pakai jeans, lecturer kite dah nak sampai. tiba-tiba nak datang hari ni. akak, nak kain. nanti kite kena tolak markah kalau pakai jeans."

hah sape nak jawab tu? saya XXXL punya manusia, yang nak pinjam kain adalah manusia bersaiz XXXS. heh mana boleh!

"ala takpe kak, nanti kite pakai tali pinggang"

fine, memandangkan saya dipenuhi ciri-ciri seorang kakak yang baik *ehem ehem*, saya bagi pinjam. masuk surau dan ... dan... saya pakai kain kain telekung yang ada dalam tu. saya suruh je dia pakai kain baju kurung tu dengan kot dia, bajet-bajet skirt labuh ah konon. dia menerima seadanya. tapi masuk balik surau bila geng yang lain cakap tak sesuai.

"diorang cakap tak sesuai. nampak sangat nak cover."

so?

"akak, kite nak baju sekali. " NAK BAJU SEKALI. hell no! baju dia saiz XS, mana nak muat? dah la baru setting brooch kat bahu ni. humpphh...










dan yeahh, bertafakurlah saya dalam surau lengkap bertelekung selama sejam.

Tuesday, October 27

macam cipan yang baru belajar depositkan cek

begitulah aku. yes, saya.

dah tak payah susah-susah berkejaran ke bank setiap kali lunch, dah nyata diri mu itu sebuah cipan yang sentiasa kelam kabut, tak sensitif, tak alert dan pelbagai lagi kata adjektif yang lain.

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (betul doh deih pantun tu tuh?) setelah kekeringan duit poket selama sebulan, maka kini antara lega + geram sebab macam malu yang amat + bongok; aku sudah bebas dari hutang loan kereta selama 3 bulan! TIGA BULAN. grr...^#@*&$!

dan gaji bulan ni, kita enjoy sesungguh hati. jom dangdut!

Monday, October 26

angan-angan tak sama dengan perasan

aci dok hantar resume kat sini?
koya.

Saturday, October 24

aspirasi universiti

mengantuk.
sakit kepala.
sakit jari.
tapi puas hati.
baru sampai dari studio 3 FRSB.
seronak!


semoga ien dan rakan-rakan berjaya menamatkan studio tahun depan.

Monday, October 19

Siri memori panjang lagi : BARAKAH?



Sedap gilas biskut cornflakes nih..nak beli kuih raya lagi lah kalau gaji dah masuk petang ni mueheehhe selamat hari raya.

Masa reunion, ada adik-adik approach kat musolla, tanya result SPM. Herk! Dah hagakk mesti ada yang akan tanya tips semua ni. Nasib baik result tak teruk sangat hohoh maka bolehla goreng cara study dedulu kala.

Memandangkan generasi SCIPP masa kini macam dah kurang ambil berat akan hal-hal seperti pengimarahan musolla, al-mathurat dan sebagainya ni, maka saya dengan enaknya menggoreng kisah saya sewaktu SPM dulu. Tentang macam mana saya boleh tersedar akan suntuknya masa untuk SPM.

Suatu petang, saya terjaga dari tidur prep (yang lena macam biasa), tengok sekeliling semua orang dah bergegas balik. Yang tinggal hanyalah Ilyani si pelajar terbaik yang tengah kemas buku Bio, Juliana dan Izzati si pengawas yang rajin, pun sedang mengemas buku Bio sebagai bekalan di asrama. Kenapa semua orang baca Bio ni? Saya gabra. Tak tau kenapa tiba-tiba gabra. Dah sampai seru kot.

Saya tanya Yani;

“ Yani dah cover sampai bab berapa?” nada kelam kabut sikit.
“sikit je Mcla. Baru bab 3 form five” tu diaaa best student kita! ‘sikit’. Untuk sedapkan hati saya kot, Yani? Hee (bukan dulu ada 4 bab je ke Bio Form 5?)

“rilek mcla, jangan kalut. Sempatnya” kata Yani bila nampak muka resah-yang-amat.

Saya pandang kanan. Tanya Ju & Zaty la pulak;

“dah banyak baca Bio?”

yang pasti, semua orang dah start cover bab form 5. haku?? Bab form 4 banyak lagi tak cover, tu pun main baca je, tak ingat satu apa pun. Tu baru Bio. Sejarah jangan harap. Langsung tak baca. Trial lagi seminggu lebih kot. Mati,mati..

Dan di sinilah saya sangat bersyukur dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik dan bijak.

Petang tu jugak, Ju selaku rakan yang bertanggungjawab, telah menenangkan saya yang macam budak sekolah tipikal yang nak menangis sebab takde air nak mandi.

“rilek, rilek. Meh aku explain bab satu ni nak tak?” sanggup tu duduk dan bukak buku tu balik semata-mata nak ajar saya. Lagi pun dia baru cover bab tu dan dalam usaha nak ingat dalam otak, sebab tu kena explain kat orang lain. Kasi mudah ingat. Tu teknik kitorang belajar dulu.

Dan bermulalah sebuah study group yang saya sangat hargai. Zaty pun join sekali. Kami bertiga. Masa tu ada sedikit kejanggalan yang berlaku in between saya-ju dengan hawa-yus hahahaha. Bodohnya zaman dulu.

Setiap hari, setiap kali ada masa terluang, bersoal-jawab la kami bertiga. Kadang-kadang discussion kitorang mampu menarik perhatian hampir seluruh kelas. Yuyu, Ieda, Bob, McT,Yani.. memang rasa secure habis, takde kemusykilan sebab mereka itu golongan top 10 form five. Nota-nota kecik bertukar tangan dan buku-buku saya pun mula lah nak terkoyak sana-sini. Rajin habislah konon. Lebu. Tu belum masuk bab kaki tempang sebab jatuh pagar...

Dan saya lebih bersyukur sebab bukan setakat study bersungguh-sungguh, tapi dengan suasana yang sekolah wujudkan, solat hajat dan solat jemaah memang jadi rutin harian. Bawah meja memang ada al-mathurat & tasbih. Masa rehat tak rehat tapi gi buat solat dhuha. Memang masa tu kehidupan rasa sangat teratur dan tenang. Semua orang pun macam tu. Hubungan dengan Allah seboleh-bolehnya dijaga elok. Pesan cikgu Mat Geog, berkat itu penting. Walau sepandai mana kita, kalau tiada keberkatan daripadaNya, memang takkan ke mana. Dan walau kita tak pandai sangat, tapi kalau keberkatan itu ada, inshaAllah berjaya.

Dan ianya terbukti. Alhamdulillah.

Saya rasa SPM lah kemuncak kejayaan saya.
Sebab tahun-tahun selepas itu, result makin teruk. Matrik pun agak menurun. Nak buat macam mana, solat hajat ikut mood. Time rajin, buat. Kalau malas tak buat. Study memang masih rajin time tu tapi tak serius sangat. Sebab takde study group. Study group kat matrik mesti jadinya menyimpang ke cerita-cerita lain ;)

Masuk UPM laaagi lah. Solat hajat memang jarang sekali buat. Takut nak duduk lama-lama kat surau fakulti heheheh alasan :p. Al-quran pun jarang sekali baca. Memang patutlah kan terlebih setahun. Tapi UPM ni memang takde harapan nak study, takde masa melainkan malam exam *konon busy gila*

Dan sampai sekarang, belum berjaya mendidik diri supaya kembali seperti sewaktu Form 5 dulu. Subuh tergajah lah, terbabas lah. ~ rindu ah zaman dedolu!

Dengan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam mencapai kejayaan sehingga ke hari ini. Kawan zaman sekolah terutamanya; juliana, hawa, yuslailli, shazleen, elida (dia ini paling banyak mempengaruhi dunia akademik saya masa form 2, tq!) dan semua rakan-rakan yang mewujudkan persekitaran yang best sepanjang 5 tahun di sana. merci beaucoup

Saturday, October 17

chopp ni rumah saya!

tiada kata melainkan 'aaaaah'
hutan-hutan ni memang kegemaran.
tapi jangan sesekali ditinggalkan keseorangan!

selebihnya di sini

aku. bukan saya

hari ni aku rindu lagi sama budak-budak studio.

weekend.
tapi aku bangun awal pagi ni.
duk sorang-sorang kat rumah, layan angin pagi kat balkoni.
cahaya matahari pagi memang terbaik.
sangat segar.
matahari + angin macam ni lah yang buat ingat budak-budak studio.

ingat masa first trip ke Cherating dulu.
dia punye excited tu cipan sikit berbanding trip lain, first time kannn..!

kenapa angin + matahari macam ni buat aku rindukan zaman trip?
sebab, dulu kalau trip, nak ke mana-mana mesti awal-awal pagi dah bertolak.
Macam dulu naik bot ke Pangkor Laut semua tu,
ahh sungguh segar - dalam kehijauan alam, angin laut bertiup ke muka, kitorang duk bergurau sesama sendiri, tangkap gambar.. ah best!

kalau masa memang boleh diputarkan,
memang aku nak putar tiap-tiap hari ke zaman trips dulu.
Aku serius ni,
rindu budak studio berlatarbelakangkan trip ke mana-mana tempat sekali pun!
Aku rindu.


* * *

eh eh wang nuffnang sudah meningkat. haa sila-sila, sila klik banyak-banyak kali, membantu orang yang belum dapat gaji, boleh pahala ;P. pastu, ada ternampak manusia search ayat ni ;

'halim jamhari gay'

keje sape nih? alahh kalau tak hassan padi wak, mesti tuan dia sendiri yang search. berani bet ah. ke memang halim terkenal sebagai gay? halim gay? remain unknown.

Wednesday, October 14

Oktober 11, 2009 Ahad


Hah bangun awal hari ni. Stok-stok zaman sekolah dulu. Pukul 5.30 pagi bangun, chop towel kat shower aras 2 blok D. Dan seperti zaman sekolah juga haku telah TERponteng subuh jemaah di musolla keh keh keh chill,dah takde yang marah kot kali ni.


Pukul 7am bergerak dengan intan ke Dataran Puteri sebab nak tengok roll-call yang dirindui plus nak nyanyi lagu sekolah. Semangat malam tadi berlatih nyanyi dengan budak form 4 yang tiba-tiba datang melepak kat bilik rehat kitorang. Tapi sangat lucu lah prefect zaman sekarang, kasik command nak masuk barisan pun suara lemah gemalai sangat. Langsung takde gaya kawad. Disebabkan ada PMR, maka dewan takleh digunakan untuk perhimpunan mingguan. Kalau tak mesti lagi banyak aksi terakam nak nak gaya-gaya cikgu lelaki tertidur atas stage :P


Lepas roll-call lah saat yang ditunggu-tunggu; jumpa cikgu!
Pagi ni, cikgu-cikgu makan free, alumni belanja. First time tu makan dalam bilik makan guru, semeja dengan cikgu-cikgu pulak tu. Rasa macam member-member doh. Saya makan bersama-sama dengan cikgu Zanisah & teacher Nasirah. Masa majlis ucapan tu, duk sebelah ustazah Roslina, hoh semangatlah bersembangnya! Ustazah masih kepoh seperti dulu, best best! Sambil-sambil tu, try buat soalan Geog PMR yang ada budak-budak ni tertinggal kat meja kantin, tapi hampeh, langsung takleh jawab.

Majlis dilanjutkan oleh bonda pengetua; mak Elida, ke bilik mesyuarat la pulak. Da, mok mu siap terbahasakan diri ‘makcik’ lagi hahahah lucu sebab biasa kalau jumpa bermakcik auntie, tapi dah terjadi pengetua sini, kekok la jugak nak ubah panggilan tu.

Lepas majlis, pergi memburu guru-guru. Semua jumpa, tapi yang paling dikehendaki tak jumpa. Cikgu Midah, di mana anda?? Semua pun tak berjaya menemui beliau. Sedih.


Jumpa ramai cikgu tapi lupa nak snap, excited sangat kammm..

Around 11.30am, bermula la babak sedih. Sorang sorang start balik rumah. Rasa macam kalau boleh nak tambah lagi 3 hari.


Packing, discuss dan peluk cium semua, pukul 2pm saya dan kak Ana bertolak ke KL. Dari Kuala Krai ke Kuala Lipis, saya drive memandangkan kak Ana pening dan macam tak sihat. Fuhhh first time bawak kereta manual sejauh itu! Debar oo.. dekat-dekat Lipis jalan berbukit dan berliku plus lori-lori balak pun time ni la nak menyibuk di jalan raya. Hujan lebat pulak tengah-tengah jalan tu. Mencabar! Sampai tahap kaki hampir cramp, saya tukar, kak Ana pulak drive. Padahal 3 jam lebih je tapi sebab kaki bekas jatuh pagar masa form 5 ni memang cepat cramp lepas kejadian tempang tu.
Stop kat Genting Sempah untuk solat & makan pada pukul 8.30 malam dan sampai ke Rawang pukul 11 malam. Dan sampai di Ampang 12.30 tengah malam sebab terlepas satu exit lantas terus ke pusat bandar ohkokhokoh!

Pendek kata, REUNION-SANGAT-BEST!

Monday, October 12

Oktober 9, 2009 Jumaat


‘to breath the same fresh air,
and to bath in the same stinky bathroom;
that was more than enough to make me complete.’

Pukul 11.45pagi baru bertolak, dari Rawang. Naik kereta kak Ana Pataniah, The Pioneer. Siapa tak ingat dia memang nak kena katok.

Excited gilas.
Tiba-tiba mata jadi segar bila nampak ‘SEMPADAN DAERAH NEGERI KELANTAN’ Lego! (bukan sejenis alat mainan) Lepas merehat dan merawat urat-urat sendi di R&R Gua Musang, mata kembali liar mencari signboard ‘PASIR PUTEH’ lah pulok. Maghrib, masukla Machang. Lalu laluan alternatif ke Pasir Puteh, jumpa makcik nakal yang pakai kain telekung di dalam kegelapan berjalan tanpa sebarang torchlight. Gugur la kejap paru-paru belah kiri.

Pukul 8.30 malam, selamat sampai kat gate sekolah yang dituju. Ambil gambar, ambil video barulah heading ke hostel. Tapi frust tak sempat dinner dalam tray (dinner 6.30 – 7.30pm). . .sebab the next few days, kami dijamu bagai seorang warden ceceee dulu-dulu kemain meleleh air liur tengok warden makan dihidang dalam pinggan, boleh ambil lauk banyak-banyak.


Masuk Blok Dinamik, tempat penginapan – bilik rehat. yang 6 tahun lalu duk layan Meteor Garden & Successful Story of the Bright Girl sampai 3,4 pagi. Lebih kurang 34 orang alumni yang lain dah pun berancakan update dan bertukar cerita. Kami orang last sampai untuk malam tersebut. Dan masa nak naik ke toilet tingkat satu, ada la satu suara yang sangat dirindui menegur;

“cari gapo tuuu”

Nada yang sama.
Kadar sebutan patah perkataan masih lambat.
Suara yang sama. Lemah lembut.

Teka, teka. Cepat teka!




Dia ialah KAK OBI!
Kak obi ni sangat special. Ayat lambat-lambat, lemah gemalai tapi makan dalam hohohohok. Hawa mesti rindu kak obi.... berani bet lah! Kam Awa kam kam


Esok nak bangun qiamullail ni. Kak wie imam.
Bersambung.



Oktober 10, 2009 Sabtu

Huh takde maknanya nak bangun qiamullail semua tu. Subuh pun gajah-gajah sesikit. Tapi masih berusaha siapkan diri seawal mungkin sebab nak ulang balik rutin harian bertahun-tahun dulu, bermula seawal pagi.

Jalan kaki menikmati sunrise. Udara di SCIPP masih segar. Dan sejuk. Pokok-pokok bertambah subur dan rumput makin banyak. SCIPP mula menghijau.

blok Cekal

sunrise

musolla

jalan jauh untuk ke roll-call setiap pagi


court tenis. dah buruk sikit, kot?

antara pokok yang besar suatu ketika dahulu

;)


on the way ke dewan makan, kebetulan adik-adik baru selesai inspection mingguan. Peraturan baru- hari Sabtu, wajib pakai baju outing untuk ke prep, walau tak outing. Nasib baik la korang dah tak payah pakai tudung siput yang nyellar tu neh!


Ingatkan Put Dut and the gang masih survive di DM tapi rupa-rupanya tinggal Mak Yah ni sorang saja. Serving the SCIPPIANS for almost 10 years. Jadinya, rakan-rakan janganlah frust kerana tiada gambar Pokku mahupun Taming. Apatah lagi Pokbuh. Aaa gapo Jue? Gummy Bear dan bulu ketiak di kuih lapis? Eeee jangan harap!

mak yah in action

Bersembang agak lama. Dari sembangan gosip inilah dapat tau yang menu sudah berubah. Kalau dulu 2 set menu untuk 2 minggu, sekarang 4 set menu untuk sebulan. Dalam erti kata lain, susah la nak hafal hari yang makan nasi minyak! Kehkehkeh


apple for breakfast wehh!

tong yang jadi rebutan ramai

TAPI TAPI TAPI! tak perlu hafal kot bila makanan sedap akan dihidangkan sebab menu setiap hari memang gila-gila punya hebat. Siap ada daging black-pepper, supper ada roti jala, ada koko crunch + susu marigold kotak, breakfast setiap hari cukup lengkap dengan air kotak dan buah-buahan, buah untuk lunch & dinner pulak bersaiz 3 kali ganda besar dari zaman kita dedulu.Kalau dulu tembikai curi-curi ambil 3 slices, kali ni ambil sehiris pun dah lebih dari memadai. Banyak lagi lah yang sedap-sedap. Tapi still; ada yang complain makanan tak sedap. Adatlah kot budak-budak asrama..


KP pertama pun ada. long live kak nani!

the AJKs

first time pakai bilik mesyuarat guru

saya & 'mulberi'

princess foyer.
tak aci laa budak-budak ni ada banyak tempat study best-best.
paling best segroup bawah pokok di belakang sana


"sape last? after k.."

jalan ke kantin


Ingat lagi Ayamurni?
Mutiara? Ingat?
Haa lepas meeting tu, kami bergerak ke pekan Pasir Puteh, mencari khurasan la khununnya. Tapi takdok. Sempat masuk Mutiara, cari tidbits tapi packaging nampak kurang selamat, maka tak beli. Beli aiskrim cone dan Ayamurni bersebelahan tu. Tapi Ayamurni dah tak kick la..

Petang sepatutnya buat mural tapi hari macam nak hujan, jadi buat simple je lah untuk tanda penghargaan. Dan pertandingan basketball antara pelajar & alumni pun kena cancel.





Petang ni jugak ramai yang dah start balik sebab Ahad dah kerja. Masa ni memang sayu. Dengan redup-redup, angin sepoi-sepoi bahasa,nak hantar kawan ke kereta pun rasa .. sayu yang sangat pelik. Padahal baru semalaman je tidur + sembang beramai-ramai.. tapi memang sedih ah. Tahap sedih macam hari last SPM.


berangkat pulang. sedih woo


petang, ponteng program ngan Monk & Kak Obi. Ada lagi la perangai ponteng. Padahal bukankah tujuan ke SCIPP untuk memotivasikan adik-adik?! Sori ah, hujan membantut pergerakan kohkohkoh

dan supper malam ni, makan koko crunch + marigold full cream!
bersambung.

mode sayu