backdated : sakeTayar

hamekk..2 blog dalam satu hari!

ni rentetan dari isu Ramadhan dalam entri sebelum ini. kisah menyayat hati seorang pelajar yang tiada tajaan PTPTn......

1 Ramadhan
kucar-kacir. tiket oh tiket!
ku ingatkan tiket bas ku bertarikh 2 sept 9am tapi tidak. sebaliknya sehari lambat- 3 sept! ye, ye, memang tak beza sangat tapi bagi kami-kami yang akan menghadapi *pin-up pada 4 sept tu memang sangat terasa bezanya. ok gini, biar saya terangkan.
kalao saya naik bas 3 september jam 9 pagi, maka saya akan sampai di perkarangan kolej kurang lebih kul 10 malam (tolak tambah masa yang dibazirkan tunggu komuter, cab etc.) mana sempat nak sambung buat keje! takleh jadi. pin up kames ni dah warning awal-awal kat brief to "will contribute to a major mark". takleh jadi! kene tukar tiket! dah la komputer rumah ni rosak.

"Ma, buleh ko nok tukar tiket amek bas esok?2hb sept.?"

tindakan refleks hasil dari kasih sayang yang menebal, ibuku mulai sibuk menelefon mana-mana syarikat bas yang ada dalam fonbook. gigih. beliau sangat gigih mencuba nasib walaopon sudah diduga-tiket bas ke KL takkan ade kalau esok nak naik bas hari ni baru tanya!
dan saya, turut gigih menyembuhkan komputer bersama abangku.
kegigihan kami berhasil. komputer sudah ok, maka dapatlah aku membuat kerja-kerja ku bermula dari detik itu.
dan ibuku memandangku sayu.

"La, tiket bas abih. Pahtu gano? Kito gi epot nok? tanya tiket flight"
"takpo la ma, komputer ok doh ni. "
"dokla, kalu ado tiket awal, molek siket. buleh ila buat kijo sano. duk dumoh lamo kae ila x buat kijo, duk tengok TV jah"

dush~! kene sebijik!

pendek cerita, kami drive ke airport yang terletak 3 minit je dari rumah . saya drive ok. hahahahah ayah x tau, ayah x dok blog!
hasil nya dapatlah tiket ke KL esok petang. harga RM173. seboleh-bolehnya mintak yang murah. kesian ma!

2 Ramadhan
ku lihat ibuku menyediakn bekal untuk ku berbuka. sedeh pulak bila x sempat berbuka kat rumah. haih~*ibuku juga menghulurkan duit. tapi ku berjaya tolak seratus dari jumlah yang diberi. kesian pon. maka, sila ingat ye, dalam purse ade RM250. tiket RM173. tiket bas yang burn begitu saja RM30. sila ingat.


kul 4 kami bergerak ke airport. saya turun kat drop off bersama abang manakala ibu ayah saya mencari parking. saya menuju ke kaunter dan mula beratur. orang agak ramai petang tu. saya seluk beg mencari purse untuk keluarkan IC. ai?tiada!
cari lagi.
tiada jugak! o'o- danger!
abangku yang berada di sebelah memandang curiga.

"abe, acu call ma, tanyo ado dok purse ila dale keto. ko ila tertinggal dumoh?"

dia call. saya mula resah. tertinggal kat rumah ke? maklom la saya punye memori ni short term sket, tapi seingat saya, saya baru saja mengeluarkan duit dari purse untuk standby bayaran luggage.

"takdok. tapi abe raso ado dale keto sebab takdi ila duk belek-belek duit dale keto"

kaki mula menggigil. sah, mesti ade sesuatu yang buruk nih! saya keluar dari barisan dan mencari ibunda.mintak kunci kereta dan cari lagi skali ngan abang saya. konon tak percaya dengan pencarian ibunda. pon takde! duhh...cemane nih??
saya dan abang berkejaran lagi skali ke kaunter, nak check-in gune kad matrik yg ade tertera no.IC. peluh dah berkati-kati. otw ke kaunter, terdengar announcement "kepada cik nor ilani binti md nor, sila ke kaunter pertanyaan sekarang"
oye! akhernye!

"ilani ye?"
"ye ilani. purse saya...?"
"ni purse. ade orang jumpe. tapi duit kat dalam dah takde tu. ke memang takde duit kat dalam tu?"

owh gosh~! mesti purse ni jatuh masa turun kete tadi! kenape orang sekeliling tak menjerit bitau "dik, beg duit jatuh tu!"

"herk?duit takde?" saya rasa mao pengsan!
"cube check tengok ATM card semua tu ade tak"
saya pon check.
"ade."

pendek cerita, check in la saya dalam keadaan yang kelam-kabut, berpeluh-peluh dan berdebar-debar! takut kene marah ngan ayah.....

kami bersalaman. ibunda lagi sekali hulurkan duit. kasih mak memang tak terucap dek kata-kata! saya amek siket je, kesian pon. ayah pon hulur gak duit tapi saya x amek, cukup dengan duit yang ibunda kasik. abang ku yang tak bekerja tu pon turut bagi duit simpanan raya beliau. pon saya tolak. cukuplah, sebab saya yang tak alert terhadap barang-barang sendiri, jangan sampai susahkan orang lain lagi!

adakah orang yang mencuri duit ku itu tidak berfikir tentang dosa dan segala rentetan dari duit curian itu? tahukah anda betapa bermaknanya duit itu untuk seorang student seperti saya yang tiada lagi tajaan PTPTN? ok, kalau anda betul-betul terdesak, maka di sini saya listkan apa yang anda boleh buat dengan duit itu a.k.a impian saya jika saya mempunyai duit itu!

dengan rm250 itu, anda boleh:

1. membeli 3 pasang baju kurung raya

atau

2. membeli 12 pasang kasut raya kalau anda benar-benar berbakat dalam mencari harga terendah!!

atau

3. belanja makan untuk stok sebulan lebih jika anda mempunyai nafsu makan seperti saya

atau paling ilmiah boleh dilakukan
4. printing full colour A1 size sebanyak 4 hingga 6 helai untuk final presentatioN!!!!!!!!!

saya sakiTayar!!!!!!!!


pendek kata, kepulangan saya ke kutabaru kali ini telah merugikan banyak wang ibu ayah saya. bila ditotalkan jumlah semua tiket flight, bas, duit yang hilang,,,oh sangat banyak untuk lesap dalam masa satu hari! disebabkan kejadian ini lah timbul kesedaran untuk berjimat cermat memandangkan jumlah wangh sebanyak itu kebiasaannya boleh digunakan selama 2 bulan lebih. alhamdulillah sekarang bulan puasa, makan sekali sehari. tu pon saya menahan diri dari godaan bazaar ramadhan. menu saya har-hari adalah kebab + air watercooler. sekian.


*pin-up adalah satu bentuk presentation mingguan di mana pelajar dikehendaki mempersembahkan progress design masing-masing untuk dikomen ke arah yang lebih baik.


3 comments:

alqil said...

ohw...nila jawapan kepada purse kene pow dalam group f1p5...
takpe2...sabar la mekla..
banyak gak duit tu ilang...
b.t.w....saketayar tu ape..

saket tayar?
sake (saka) tayar ?

atau

saket ayar?

ila ni said...

kekekek saket tayar adalah kata ganti bagi menggambarkan kesakitan hati yang melampau

adieha said...

bagus la tak amik PTPTN. kite2 yg amik ni jenuh kene bayar tiap2 bulan. cam tak kurang2 je. huhuhu.

~~~

kat blog sapetah awak komen, awak nak kurus kan? maybe i can help you.

my herbalife blog: http://myh3rbalif3.blogspot.com

my before & after photos:
http://myh3rbalif3.blogspot.com/search/label/Photo%20Gallery

email me (adieha@gmail.com) kalo interested.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...