kenapa saya tidak hadir pin up 5

" frust + lega + letih = maruah tercalar"

..........................................................................................................................................................................

berhari-hari terperap di studio, siang malam berjaga; siapkan drawings & 3D untuk pin up 15 sept ni. tapi tipu la kalau 'siang malam berjaga', adala waktu tidurnya tapi dah tukar waktu- tidurku adalah selepas Subuh hingga 10.30 pagi. bangun je terus ke studio sambung kerja.begitulah seminggu ni. Kawan-kawan asyik tanya "dah siap ke keje?dah berhari-hari ko buat keje takkan x siap-siap lagi?" jawapannya TIDAK, kawanku. kerjaku belum siap hatta aku tidak tidur selama seminggu. Ah, mereka tak faham. diorang ingat projek aku ni sama ngan assignment diorang yang kena buat research + tulis + hantar report. ye, lebih kurang je tapi projek ku ini ade tambahan kerja-kerja lain lagi. kalau nak dimetaforakan rasanya samalah seperti tugasan menaip semula setiap patah perkataan dari buku setebal tafsir Al-Quran dan masa diberi adalah satu hari. begitulah analoginya - sesuatu yang agak mustahil untuk disiapkan dalam masa yang singkat.

maka begitulah kisahnya. seminggu ni rasanya dah cukup struggle (err..ye ke?) tapi hingga malam sebelum 15/9 tu still banyak lagi x siap. ni yang rase nak pengsan dan bangun petang esok nih! inot kat sebelah steady je. ah die dah siap 3D, dah boleh amek view perspektif & elevations, tapi aku??

bahu inot ku cengkam. melatah sekejap si inot.
"inot, tolong!! kan best kalau ila demam esok, x yah present.."
begitu sekali permintaan ku. tangan makin bergerak laju menekan-nekan keyboard & mouse. Tapi kul brape tah, 4.30am kot, tetibe la plak rasa nak gi toilet. spoil la! time-time takde masa, time-time kalut cenni la nak gi toiletnye! ajak inot temankan. inot taknak. takut weh nak gi toilet sorang-sorang. bulan pose tak bulan pose, ade member penah nampak pocong di hujung katil beliau ramadhan yang lepas, heee seram..
oh,kembali ke situasi tadi. nak gi toilet tapi takut. kerja dah x jalan dah sebab duk tahan hajat yang tak kesampaian ni. last-last buat keputusan -
'baik aku tidur, at least tak rase nak gi toilet. keje ni pon memang sah takkan siap'
maka tidurlah diriku di bawah meja bertemankan sleeping bag + set kain smayang sebagai bantal. ( cepat berputus asa - sila jgn tiru sikap seperti ini)

pendek cerita, bangun kul 8.10am dan terus balik bilik sebab nak bersiap untuk presentation ni. gamble gile walaupun keje x siap. tunjuk je la mane yang ada. gitu la niatnya.
tup-tup sampai je kat bilik, perut memulas-mulas; sakit sangat! terus baring atas katil, tu pon taktau nak baring posisi mane sebab asal gerak sikit je, perut sakit gile. dah 9am ni..sakit nih, cemane nk gi present ?
'tdo la kejap, at least tak rase sakit time tdo'
lagi sekali tidur dijadikan ubat.

nah!! ambek ko! bangun-bangun je dah pukul 12 tengah hari. sah x present. tapi ruginya x present. tak present maka tak tau ape kesalahan design kite, lamatnya teruk la kena bantai kat external assessor nanti final presentation. tapi apakan daya, perutku amat sakit. masuk waktu berbuka pon, telan air je. ( air je yang ade, makanan tak larat nak keluar beli tadi). end up, kul 10pm baru kua beli nasi kat Padang. tu pun gagahkan diri bawak motor hatta saki-baki sakit perut masih ada.

jadi, apa perkaitan "frust + lega + letih = maruah tercalar"?
  • frust - berhari-hari siapkan keje tak tidur malam, last-last takde rezki nak present.
  • lega - dalam masa yang sama turut berasa lega tak yah present sebab keje banyak x siap
  • letih - letih melawan sakit perut dengan cara tdo sepanjang hari. bangun je terus rasa cam nak demam.
  • maruah tercalar -
cik sofi : ilani mane?
inot dr jauh : die sakit perut!!
cik sofi : habes, sakit perut x leh present?

oh~tidak! bukan ku sengaja memanjakan diri, hakikatnya ini pertama kali ku alami sakit perut yang luar biasa. dan bile SMS ibuku, die reply:
"oo..semua kena. food poisoning"

laa..yeke! satu family yang pergi berbuka di ampang kelmarin mengalami keracunan makanan....


"cik sofi, saya bukan sengaja tak datang pin up!!"

2 comments:

alqil said...

agak2...lecturer tu ade blog tak?
mekla kasi die link blog mekla nie..
mesti die akan trime nyela..~

ila ni said...

huuu tah la, tp mcla dh anta emel bg tau situasi sebenar, harap2 maruahku tertebus kembali,kalo tak "dah la repeater, malas plak tu!" oh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...