hilang punca

sejak-sejak projek dah hantar, kerja nak buat dah takde, saya banyak habiskan masa atas katil, start tengah malam sampai tengah hari atau terlebih sikit smpi lepas asar; masih di atas katil. tak tau nak buat ape. waktu-waktu sebeginilah saya mengimpikan untuk menduduki peperiksaan seperti orang lain,wahahahaha saja menggatal!

saya jugak mengalami krisis dalaman yang mana saya tak tahu saya nak makan apa. saya macam dah penat nak fikir tengah hari nak makan apa, malam karang nak makan apa. hingga detik ini saya belom mencapai keputusan nak makan apa. tadi ade beli keropok & pisang goreng untuk dimakan sebagai 'lunch' pada jam 5pm. tapi sekarang dah malam, nak makan apa ye? kan best kalao hari ini adalah semalam, bermalas-malasan dengan anak buah; sampai masa, tadaa- ade nasi atas meja utk dilahap! nikmat..nikmat.. nak makan ape nih? nak something yang jimat + tak terlalu mengenyangkan. ape?ape?.................................vanilla coke + roti lagi la ni kot?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...