apa yang berlaku sebenarnya?


***
Hari tu pulang ke Cheras. Mencari sedikit kasih sayang dari ahli keluarga, tak dapat ibunda ayahanda pon, dapat kakanda & anak2 buah pon jadi la. Tengah homesick orang kata. Maka sesampai rumah mereka, pagar seperti pagar rumah-rumah sekitar KL lah, berkunci. aih~

Bagi salam x dengar. Tapi nampak dari luar kepala Kak Ati tercho-ngok menonton TV. Bagi salam, goncang pagar; pon x dengar. Cina-cina jiran sebelah yang tengah siram pokok dah pandang semacam. Nak call suruh bukak pintu takde kredit. Berkali-kali laung x dengar jugak, saya baling beg besar tu masuk dalam kawasan dan terus memecut ke kedai depan perumahan tu, beli topup.

"celcom ke maxis? celcom ke maxis?"

Dendam terhadap maxis belum berakhir, tapi memandangkan dah plan nk video call dengan farah amani malam tu maka saya pon topup la maxis, rm10 je. Bukan rm30 seperti Padi yang bekerjaya.

Sampai depan rumah, saya call Kak Ati. Lebih kurang 2 minit cakap. Bagi arahan suruh bukak pagar berserta sedikit maki hamun lembut.

Malam, video call dengan farah amani. Tapi malang, rindu tak terubat, asek tengok kepala Kak Ati, Ijat & Ijah, tak dapat tengok screen pon. Cakap 3 minit lebih sebab batteri takde. Keluar gi open house.

Balik rumah, nak buat vdeo call lagi, tak puas hati tak nampak muka orang-orang di rumah tadi. Check balance dlu.

*122#


aii?
aii??
aiii??
aiiii??

RM 1.81???....???!!!!!!!!!!!!!!!!!
takkan la kot?!




***




hari ni dapat RM 8 percuma dari hotlink, yey! sangat hotak la hotlink... sangat-percuma! terima kasih hotlink.
dengan ini saya isytiharkan, dendam terhadap maxis semakin bertambah. sekian.

3 comments:

alqil said...

amacam best tak 3G dengan dak comel dr gombak..hahaha..sempt ag mu kutok rambut ku...

ila ni said...

hahah best tengok muke qila gelak~ gelak kepala pandang atas ahahahah!

EReeN shafreeniza said...

tuh ahh maxis mmg benong!!

aku dh tak th sabar ngn maxis ni!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...