Bagaimana hari ini?

Segalanya settle. Settle untuk semester ni la kot.
Hari tu saya ade target untuk design saya kan? oh-kay... hanya satu ayat:


Petang yang sangat stress.


Sebenarnya kan kwan-kawan, petang tu saya siap terfikirkan ayat ini:


"ok, that's it. i'm done with architecture"


Tapi takpe, jangan risau ilani sebab studio master saya adalah Puan K yang baik hati lagi caring. Die benar-benar membuat saya kembali bernyawa petang itu! After 2 jam yang seksa tu, saya dah boleh kembali senyum. Semua sebab perjumpaan sulit ngan puan K. Terima kasih ye Puan Kasom!

Atas dasar nak membalas jasa Pn. K inilah saya rasa saya pertama kali bersungguh-sungguh redo board untuk portfolio (sila rujuk term ini di sini), biasa buat-buat tak tau je portfolio nih. Tapi kali ni semangat saya lain sket, rase nak all out, tapi biase la, ilani kan, hangat-hangat taik ayam cam biasa lah...

Dalam tempoh 5 hari yg ada sebelum tarikh portfolio, 3 hari dibiarkan begitu sahaja. Niat nak buat board tu wajib ade, mana boleh takde, kompem ade! Setiap hari, setiap pagi. Tapi all end up; INTERNET! betul la isi kandungan debat zaman sekolah dulu-dulu "Internet Memberi Implikasi Buruk Kepada Remaja" *kao sorang je nama remaja kot, ilani...*

Tibalah saat kegabraan memuncak, iaitu sehari sebelum tarikh pin up, tarikh di mana sepatutnya semua orang dah ready dengan board baru untuk diprint dengan harga YANG 'murah' (sila ikuti kelas ajaran En. Halim untuk pemahaman dalam penggunaan YANG). Tapi saya masih terkial-kial siapkan board. Oh lupa nak bagitau, saya jadi guardian selama seminggu di Cheras, saya kena amek budak-budak itu dari sekolah, bawak diorang makan (sebab saya belum ada skill memasak), siapkan portfolio Kajian Tempatan dan banyak lagi kerja-kerja rumah seperti membasuh baju (itu kerja mesin), jemur baju, lipat baju, edarkan baju ikut almari dan memasukkan air kosong ke dalam peti sejuk. Dan lagi satu yang memberangsangkan, BAIKI komputer! Haahahaha ilmu saya makin bertambah nih, hasil tunjuk ajar Marx Ming secara talian hayat, saya mampu membuatkan PC rumah Cheras on seperti biasa. Ok ini tips ye - kalau anda on PC dan yang anda nampak hanyalah screen hitam, sila-sila la bersihkan graphic card anda, bukak yg slot in tu, bersihkan bahagian berwarna emas kat bawah tu. Itu salah satu cara la. Dan mungkin itu salah satu faktor je. Kalao takleh, bawak gi kedai,
bayar la lebih kurang RM 30, bukannya RM350 seperti printing board A0 inot. (saya takde tips lain dah. ada yang tip satu ni pon dah kira hebat memandangkan saya ni pernah mempunyai sejarah hitam 'membenci komputer, teknologi etc').

Maka begitulah, di waktu ada kesedaran, saya terpaksa pula bertugas sebagai ibu saudara yang bertanggungjawab. bukan terpaksa sangat, sukarela sebenarnya cuma silap timing. Tapikan, saya baru sedar yang kalau satu hari nanti saya dah berkeluarga, saya masih boleh sambung architecture sebab bagi saya takde la susah sangat pon nak handle family & architecture thing-y nih. Wallahualam.

Berbakikan 2 hari yang tinggal, saya nekad.
  • nekad nak abaikan segala godaan katil yang setia berada dibelakang saya
  • nekad nak abaikan godaan kereta yang tersadai free of charge,
  • nekad abaikan godaan Tv etc (tapi godaan azLAN masih belum berjaya ditempis hingga sekarang).
Inilah satu-satunya masa di mana anda boleh melihat ilani sangat fokus membuat kerja. Tin-tin kopi Boss tersusun elok atas meja. Kali ni beliau benar-benar stay up, tak tidur walau seinchi! Canggih bukan? Biasa dia lah dewa katil. Eh bukan, dewa tidur. Tak perlu katil pon untuk tidur ni, benda paling senang nak buat je tidur ni..

Hasil selepas printing YANG 'murah' berharga Rm200 (4 board je, ilani belom mampu membuat board canggih-canggih 17 keping), saya rasa puas hati! Bukan puas hati sebab board lawa ke apa sebab itu TAKKAN terjadi, sekali-kali takkan. Tapi saya puas hati sebab kali ni saya dah buat semua yang saya termampu dengan skill yang sikit ini! Betul la ayat k'zamme,



"cemerlang atau tidak itu adalah level yg orang lain letak..tapi yang paling penting setkan target sendiri..diri akan merasakan kepuasan bila target tercapai..believe it.."


Sekarang saya percaya. Sangat percaya. Terima kasih k'zamme, rasanya ayat ni paling melekat kot sebab ia asyik berkumandang dalam fikiran saya sejak k'zamme post comment hari tu. Adakah ini petanda selangkah ke alam positif? oye! Well, itulah gunanya sahabat :)

Buat kawan-kawan yang tau sikap saya sepanjang berada di FRSB, saya sudah makin pulih dari pemikiran negatif yang busuk itu. Sekian



*happy holidays!*

2 comments:

inotLOVEhunter said...

awat promote harga bod sy??
alahai...

ila ni said...

bod mahal setaraf marc jacobs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...