HARI BESAR rakan-rakan saya.

1. Jamaliyah Kamil
Jem, Jem... dah sampai seru rupanya! Tahniah. Pagi jap lagi mung akan bergelar isteri. Wahh! rilek Jem rilek, aku tau mung tak sabar hahaha er..tak sabar apa, aku pun tak tau. Maybe tak sabar nak menyarungkan kebaya yang aku yakin ianya sangat marvellous bila dipakai olehmu yang sekarang hangat digembar-gemburkan (oleh dirimu sendiri kekeke) sebagai SUDAH KURUS. Wahh ini tidak aci! aku juga mau kurus!

Maaf banyak-banyak Jem sebab terpaksa cancel kehadiran last minute. Aku punya la excited nak gi wedding mung, ye la, jemputan kahwin pertama ni! Walaopon dah ramai kawan aku yang kahwin tapi wedding mung satu-satunya wedding yang aku dapat kad jemputan secara rasmi. Bila tau aku takleh gi tengok mung bersanding malam karang, memang aku sangat-sangat-sangat frust! Ye la, kite kan dah planning bagai nak tengok keterkejutan muka aku sewaktu melihat susuk tubuh baru mu itu nanti? Deng... aku patut buat calculation betul-betul lain kali.

Aku tak tau after mung bergelar isteri ni, adakah perangai mung seperti waktu kita-kita di PKN Merbok dulu? Elele buat-buat tak ingat la tu~haih! Ni peel mung yang aku dapat perhatikan sepanjang 3 bulan bersama tu :

  • Time mandi kecoh gila mulut, blatih kawad la, blatih bagi komand la waktu mandi di tepi-tepi kolah (bukan dalam kolah). Adakah mung akan mandi secara bisingnya selepas bergelar isteri? Mana la tau kena kontrol ayu ..huihui Jem?Ayu? Tak seswaii!
  • Suka berbahas. Dan banyak point pulak tu. Haa peel ni aku rasa mung patut kurangkan since orang kata bila dah kahwin, kena bertolak ansur ewah~ sepertinya aku sudah kahwin?
  • Er..lain dah tak ingt. Yang pasti, semangat mengagihkan makanan kepada orang sekeliling sangat-sangat bagus untuk dikekalkan. Bukan apa, nanti mung tak lah gemuk sensorang!
Haihh Jem, sekali lagi, tahniah! amek gambar banyak-banyak, tepek kat friendster, aku nak tengok husband mung yang dikatakan 'tall, dark & handsome' tu wihhihih~



2. Afiq Shahrim
Wahh yang ni seriyes saya dengki! Afiq, tahniah kerana berjaya mengharungi training di Langkawi & Terengganu tu (tak tau nama apakah training ini).

Ini orang saya kenal sebab dia adalah rakan studio saya. Masa 1st year, saya masih ingat- ada 3 orang yang bercita-cita @ berkeinginan untuk menjadi pilot. Saya, Afiq dan Halim. 2 orang tu cukup ketinggian, tapi saya tak. Pendek. Tapi tak nak ngaku. Tapi Afiq tak la tinggi mana pon ok hahahah! Seluar jeans dia kena lipat kat bahagian kaki.

Maka begitulah, isi perbualan kami dulu-dulu lebih kurang macam ni:

"Jom apply pilot"

"Eh pilot nak 163cm kan?"

"Hari tu dah nak apply tapi try archi. dulu la...."

Dan macam-macam lagi la. Angan-angan la kata, takde sapa boleh larang. Hope is free.

Tup-tup masa 2nd year Afiq cakap dia dapat interview untuk pilot tu. Selaku teman seperjuangan, saya bersungguh mengikuti step-step untuk menjadi pilot. (bajet after grad dah tinggi sikit maka boleh la apply, tapi makin buncit plak gayanya, tingginya tak). Pendek cerita, pergilah seorang ketua kelas menuju kerjaya yang diimpi oleh beliau. Langkawi tempatnya, dan syukurlah kawan-kawan Afiq ni agak pemurah, balik je selalu dapat chocolate. Terima kasih encik.

Belajar punya belajar (dia cakap susah gile oo walaopon soklan objektif) maka esokla hari konvo beliau. Diadakan di Langkawi. Kalau tiba-tiba buat kt UPM bolehla jugak kite gi jenguk, ye dak kawan-kawan?

Walaopon peratusan Afiq untuk tidak membaca blog ini sangatlah tinggi, di sini saya mewakili rakan-rakan FRSB tetap ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Afiq. Kami bangga ada rakan berstatus pilot jap lagi weh!

*sponsor la pilot macho sorang dua*


*** terpost awal seminit***

2 comments:

afiqshahrim said...

hahaha..ape saje kau membebel kat sini ila oi?!
anyway,thanks for the wishes.
afiq da buktikan yg peratusan utk afiq tidak membaca blog ni tidaklah tinggi sgt.
nak balak pilot ke?
inshaAllah akan ku ikhtiarkan.
emailkan kriteria-kriteria yang diidamkan.
hahahaha..
bile zamilah kawin?sampai hati tak ajak!

ila ni said...

owh lalu jugak dia ini disini akhernye kekekek!

oi oi mana ade k'zamme kawen lagi, laju benor, baru tunang. kalao kawen sah kite sume kena berkonvoi turun ke ganu,wajibalghunnah!

er..kriteria?
"semua yg halal" hahaha ayat artis bila ditanya 'apakah makanan favourite'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...