ila kan.. aku kan..

haa ada satu benda penting nak clarify ni. khusus untuk rakan-rakan lama.

Untuk pengetahuan semua, bermula hari pendaftaran pelajar baru UPM tahun 2004 hari tu, saya secara officialnya telah menukar kata ganti nama "AKU-KAU" kepada "ILA-*nama pihak yang tengah bercakap*". Dan ini hanya sah kepada rakan-rakan perempuan je, yang lelaki..err.. better lah kita beraku-engkau lagi, cuma ada special cases tu saya boleh menggunakan kata ganti nama "ILA-*nama pihak yang tengah bercakap*" atau "SAYA-AWAK" dengan lelaki. Itu adalah mungkin disebabkan rasa hormat terhadap orang tersebut kerana mereka lebih tua dari saya.
Eg:
ila-isan (jiran, dari kecik kitorang guna nama)
ila- afiq (first jumpa die macam seseorang yg patut dihormati + die lagi tua dari saya)
dan saya-awak dengan orang yang berumur 28tahun ke atas (bukan golongan lecturer!).
Tapi Zedd? Takkan saya nak panggil Abang Zedd kot? Tak sampai hati...

Kenapa tukar ganti nama?
Hahah saya tau, saya tau, agak geli kan? Nak nak daripada McLa --> Ila! yekk!
Eh takpe, takpe. Yang selalu membahasakan diri saya McLa iaitu kebanyakannya adalah rakan semasa di SCIPP lalu dilanjutkan panggilan itu ke matrik oleh veloCT OLLIE, saya nak cakap; takpe nih. Betul, takpe. As long as dia adalah sekeping nama, bukan AKU- MUNG.

Sebab saya dah taknak berAKU-KAO atau berAKU-MUNG adalah sebab er...er..sebab saya fikir kalao suatu hari nanti dah ada anak-anak, tetiba depan anak duk bersembang ngan member-member perempuan yang lain guna AKU-KAU, heish...saya macam...takleh la! Rasa sangat tak-menunjukkan-contoh kepada anak-anak. Rasa kasar je. Kan seorang ibu perlu ada kelembutan? ewah!

ibunda saya. dia potong tembikai


Maka, begitulah ye kawan-kawan sekalian. Yang perempuan, yang lelaki, bukan diskriminasi ke apa. Tapi macam sekarang still takleh nak switch penggunaan AKU-KAU dengan besfren-besfren saya. Bilakah wahai Hawa, Leen, Ju, Nada? Dengan Yus suda berILA-YUS!

8 comments:

Awa said...

wahhh~~
nampaknye post ini ditujukan khas buat kami2 neh.. ahahhah~~
akn diusahakan. snarnye ngan owg lain dah lame dah gune saye-kamu, tp ngan mereka2 tertentu ni, termaksuk nor ilani md nor ni jd agak susah sket. knape ye??? hehehhe~~~

ila ni said...

tu la, bilo nk start? jum la awa, ila di sini menunggu detik itu hik hik
*aku kegelian sendirian*

awa said...

lah kamu ni
kalo nak memulakan detik itu
xpyh la nak geli2
dop gtu ila?
winkwinkwink~~

Fefey said...

fifi : ila nanti blallalala....

ila: ok fifi

Kami sudah lama mempraktik kan nya

inotLOVEhunter said...

tak pun guna bahasa omputih la..
i, u...
sopankan???
msh beraku-kau juge..

ila ni said...

awa:
baiklah awa, ila mulakannya sekarang!!

fefey:
ila : fi, ado kelas ko esok?
ff: ado. bakpo,ila?

wah! hebatnya kami walao kadang2 terkeluar aku-kao hasil pengaruh darjah 6?

inot:
er..i-u, i rase geli la not...hahahah

awa said...

alah ila
i-u pom ok wat
kalo guna nama pom geli
i-u pom geli
gane nak change nye mcla
ehem2~
ok wat...

ila ni said...

baeklah, i-u. lagi pon bisnes partner kannn~ hahahha bajet profesional

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...