okei, harap ini last buat masa ini

ih, tak boleh! tak boleh!
kenapa ni ilani?
bila nak start keje ni? board hari tu dah la huduh tahap kesing, boleh pulak takde kesedaran nak redo? di sini saya nak target saya punya result untuk 3rd project hari tu. saya rasa saya akan dapat















C






Yess! Tinggi sikit harapan berbanding biasa. lihatlah kawan-kawan, saya sudah berfikiran positif. saya target C o0o.. tinggi tuuu! biasa saya target C- . Yay sudah positif fikiran ku. Takpe, kita ubah slow-slow. Boleh eh gini?

Sebenarnya kan, saya rasa saya malas nak start redo sebab saya lemah computer skill la. (er..manual pon lemah) Hari tu after presentation saya berkobar-kobar nak edit balik semua board-board yang cikai tu tapi bila sampai masa,

"Nak start dari mana? Nak render tapi tak reti."

Tu lah dia masalah sebenar. Tak reti nak render rupanya! Saya berpendapat rendering memang sangat membantu presentation board, tapi tenaga pengajar render seperti Encik Asan Sukiman berpendapat sebaliknya. Maka tak dapat la saya nak belajar render (hehehe mari menyalahkan orang lain!). Masa presentation hari tu saya berpeluang melihat-lihat board rakan-rakan saya yang dulu. rasa nak menangis tengok board diorang. Gempak sangat!


"kawan-kawanku kah ini?"

"bila diorang start hebat render-render nih?"

"wahh design Halim dah tak kotak-kotak!" (dalam usaha mempromote halim)

"e'eh..comelnya board Amy, bersih, kemas."

"macam mana diorang berjaya pilih warna-warna yang cantik sebagai layout diorang ni?"

" mana diorang tau kaler-kaler ni bila print akan nampak cantik?"



Memang patut diorang batch terbaik setakat ini.
Pastu macam mana dengan nasib saya ni? Nak impose pokok-pokok ke dalam perspektif pon asyik rasa huduh. Last-last tak buat. Bagus lah tu ilani, bagus! Buat lagi perangai. Kawan-kawan sekeliling punyalah support kao bagai nak rak, tup-tup engkau sendiri yang buat hal. Haih~ terima kasih sahabat-sahabat sekalian.

bercakap mengenai sahabat, saya sangat bersyukur memiliki rakan-rakan yang sangat caring dan best! Saya ada seorang senior yang sangat caring. Saya sangat terharu dengan Kak A'an, masa projek 2 dulu dia sangat bersungguh memaksa saya membuat kerja-kerja di studio ni supaya senang dia nak pantau (sebab saya sangat suka tidur dan buat kerja lain). Terima kasih Kak A'an.

Saya juga ada Hassan yang selalu membantu *crit saya punya design secara online. Terima kasih YM kerana memiliki function Doodle. Budi hasan tak terbalas kot, hanya Allah mampu membalasnya. (ayat lazim). Dia sanggup datang ke studio, bertanya mana-mana yang boleh dia tolong, selalu memberikan kata-kata semangat supaya berfikiran lebih positif, selalu meyakinkan saya bahawa saya ade talent. (haammm,malu!) Terima kasih Hasan.

Saya juga ada Wak & Halim. Ye, saya tak sangka Halim rupa-rupanya seorang sahabat yang baik, yg masih mengambil berat hal kawan-kawan (ye ke?). Wak & Halim telah memberikan kata-kata sokongan. Sekali lagi terima kasih kepada pembuat YM, dan Friendster. Terharu dengan ayat-ayat Wak & Halim:

"kitorang kan ade je kat sini, bukan duk jauh pon"

sebagai respon kepada ayat saya yang bertajuk;

'satu-satunya perkara yang buat aku nyesal extend adalah sebab aku takde kawan'.

ok, jangan jadikan kontroversi, bukan takde, cuma kekurangan. berbanding dulu. tsk..tskk!
Maka, terima kasih Wak & Halim for being there. (ayat lazim jugak)

Saya juga ada Geng 10 yang sentiasa berSMS mahupun bertesti bertanya khabar pengajian saya. Sungguh, walau sekadar satu soalan;

"design cemane, ok?"

Tapi saya tetap sangat-sangat menghargainya. Kalau rindu, saya pergilah menempel kat diorang. Rumah intan & nini dekat sini je. Nor Ain Angah selalu jugak datang sini tidur kat studio sama-sama. Saya menghargai korang, terima kasih kawan-kawan.

Saya juga ada Poh Tin yang selalu menawarkan diri untuk buat model dan mana-mana yang termampu olehnya. Terima kasih Poh Tin

Saya juga ada Padi yang kadang-kadang menghantar SMS berupa kata-kata semangat supaya enjoy masa yang saya ada sebagai student, sebab beliau cakap ;

"work = sucks"

takpe Padi, mungkin itu hukum karma sebenarnya, hahahah! Maka saya akan menjadi orang yang baik sepanjang saya belajar ini supaya TAK DIBULI sewaktu kerja nanti. Maka, terima kasih Padi kerana tak lupakan sahabat yang used to be in the same kepompong ini.

Dan yang penting, saya ade inot. Teman sebelah meja. Teman dikala musim trip menjelma. (Hong Kong here we go!) Yang selalu sedarkan saya betapa pentingnya siapkan kerja. Yang selalu intai-mengintai sama ada saya buat kerja atau bercanda bersama azLAN. Tapi sekarang, kerja tak boleh buat tanpa pressure, maka aku intai kao, kao intai aku, dua-dua ngadap benda lain selain photoshop!

Ok, ok, lepas buat entri ni saya putus dengan azLAN. Saya dah tak nak merayau-rayau dalam internet lagi dah. Saya perlu selesaikan kerja cepat-cepat, sebab sabtu ni saya kena jadi guardian lagi, kalau kerja saya tak siap, macam mana saya nak ugut anak-anak buah saya macam ni:

"Pegi siapkan homework, sape tak siapkan homework sampai kul 3 ni, Cik Su tak bawak die gi jenjalan!"

atau begini;

" Cik Su kira sampai 5, kalau sape-sape tak start buat kerja, Cik Su kutey kuat-kuat!"

okaylah, bye azLAN. Harap bertahan di bawah meja itu, kita akan bertemu lagi. Mungkin seminggu lagi. Atau 3 hari lagi, atau 3 jam lagi...


*e'eh, panjang rupenye*


7 comments:

kak nurul ( kak zemm) said...

ape nak cakap ekk..terasa rindu plakk zaman upm..for ila..good luck!! berusaha bersungguh..cemerlang atau tidak itu adalah level yg orang lain letak..tapi yang paling penting setkan target sendiri..diri akan merasakan kepuasan bila target tercapai..belive it..

inotLOVEhunter said...

selamat tinggal azLAN...
huhu..
msti ramai tertanya2 siapakah azLAN..
ha..
target C xpe jgn target fail...
bak kata Dr. Fadhilah Kamsah, kalau kita terlalu risaukan sesuatu, pasti benda tu akan terjadi...
oh...
sama la mcm perasaanku yg dh dpt agak akn fail studio tahun lps...
sekian..
terima kasih...

ila ni said...

k'zem:
huhuhu sangat terharu dgn ayat2 itu. yo la, ila pon baru terfikir; "cemerlang atau tidak itu adalah level yg orang lain letak"
baeklah!

inot:
herk yeke inot? mungkin itu penyebab kenapa hidup ila makin lama makin merudum. maka ila takkan berfikiran negatif lg harap2nya selepas ini. tq info itu.

oh lagi satu, trimas ajar render!

mHsnS said...

haha nama azlan tu aku yg bg kn?mekaseh kerna sebut nama aku dlm entry ni.terasa dihargai plak,wlpun aku mgkin dituduh sbgai org btgjwb membuat ko beralasan haha...gud luck sem dpn!YM masih bleh berkhidmat,hopefully doodle akan improve dn bley wt 3d plak,jd mcm skechap..:-D

ila ni said...

sob..sobb..sedeh aku asan ko ckp gtu..maybe aku akn install webcam siap2 nk suh ko tunjuk model time crit di luar sana! hahaha

MATAHARI said...

aan mmg caring.tapi salu berlagak tak caring. hare jade tol. tapi dia hati baik dan naif

ila ni said...

aAn sangat lah caring nya. tak tunjuk kat kao je hahhaha. dan naif? yes. sangat. hish..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...