tag dari inot. satu lagi kamera belom ade bateri

1. Sudah pukul berapa sekarang?
3.04pm

2.Apa mood sekarang?
bdebar. jap lagi dapat result design

3.Rasa hendak buat apa sekarang?
rasa nak gi solat tapi xtau line clear ke tak; dalam misi memonteng talk di dewan.

4. Kalau ada 'magic' sekarang rasa hendak buat apa?
nak pufff! ada di rumah bermain dengan farah amani.

5. Rasa hendak tengok cerita apa sekarang?
cerita lakonan manusia. kartun 3D x layan

6. Keluarga sedang buat apa sekarang?
'sedang shopping sorang, sedang menunaikan haji sorang, sedang minum air tuok sorang'. mana tau?? aku duk jauh nih!

7. Apakah waktu makan sekarang?
tidak, bukan waktu makan, waktu melayan internet sebab rumah di cheras internet broke down.

8. Rasa hendak duduk bersama siapa sekarang?
duduk bersama sang kerusi di bawah pohon cemara karya agung philip johnson

9. Dan Dia/Mereka sedang buat apa sekarang?
sedang terchongok kaku di bawah pokok yg tak diketahui namanya

10. Macam mana cuaca sekarang?
tak nampak persekitaran, loker2 besar menutup pandangan ke dunia luar.

11. Kalau ada tunai sejuta di tangan sekarang, hendak buat apa?
nak beli barang2 dapur & sedekah kepada orang kaya.

12. Rasa hendak souvenir daripada siapa sekarang?
nak dari semua orang sempenan birthday saya yang ke 22 kali untuk tahun ini sahaja.

13. Setelah menjawab beberapa soalan survey ni, apa mood sekarang?
rasa penat berdiri menghadap PC studio yang menjunam ke belakang ni. tak tau ape mereka fikir bila install PC ni.

14. Jadinya, sudah pukul berapa sekarang?
3.11pm. oh 7 minit berlalu rupanya!

15. Akhir sekali, rasa hendak tag siapa sekarang?
saya nak tag saya punya model & presentation board. kalao tak letak tag, pn.kasom cakap kene buang kat makcik cleaner.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...