beri tag dibalas tag

malam raya ni, boleh lagi layan blog. takpe, ruang untuk menguli kuih raya belum ada. penuh dengan barang-barang kek k'iham. nah hamekk la reply tag dari elida.



1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
benda..benda.. kesihatan boleh? kalao tak kira, saya tukar. komputer. PC yang ada autoCAD & sketchUp je pon jadi la

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
wang sendiri takde. guna duit mak je sepanjang idup. dan ptptn.

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
astaga. kahwin dengan sape pon belum impikan lagi.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
hubungan dengan family sampai bila-bila walao di alam barzakh & selepas kematian

5. Adakah anda dilamun cinta?
terlamun sorang-sorang.

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
tak ingat. dah lama duk rumah nih

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku tulis untuk birthday kojah. impian beliau untuk memilikinya selepas hajat untuk memiliki buku resit tercapai.

8. Apakah nama penuh kamu?
nor ilani md nor ab kadir dah x tau dah

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
mak. ayah dah selalu lupa kalau cakap pape pon. otak dia cepat lupa kesan hentakan-hentakan zaman2 muda dolu

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
pertama kali dalam hidup? tak tau. soalan sangat joyah.

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
8?? semua kawan baik di skolah & matrik. kalao rapat secara fizikal maka inot sorang je, die di sebelah cubicle saya di studio

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
yes, with the help of a machine. sama la Da. tapi kalau di hostel, seperti biasa; tangan. sayang duit syiling.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
bora-bora kot? eh seronok ke tmpt tu?

14. Pelukan atau ciuman?
tak kesah. tapi kalau farah amani peluk, itu sangat menakjubkan dan rasa sangat hebat berbanding orang lain

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
elida?
- bijak & rajin gila. suka buat nota kecik untuk di baca bila-bila masa zaman skolah dolu. pengaruh yg bagus nih!
- pembekal limau dorm B2-3. ayah beliau selalu kirim makanan yg sangat banyak di tengah-tengah minggu.
- die & muncung tudung tak dapat dipisahkan zaman dedolu. owh, semua dedolu sebab last jumpa masa skolah menengah.
- dia banyak skandal masa darjah 6 haahhah elida hot babe weh!
- dia sayang dia punye arif sangat-sangat kot? ye, tidak syak lagi!

16. 8 perkara yang amat saya gilai
- airport?
- farah amani
- lagu raya
- makanan
- sesi joyah dengan kawan lama
- ubat nyamuk buat masa sekarang termasuk dlm list
- internet
- high heels...... tipu! wahahha

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
- "Subhanallah!!!' sambil tangan menghentak mat ijak bagi die kkanja kuat-kuat. hahah ijak meme mudoh kkejut!
- becci aaa... which means suka yang amat tanpa perlu gelak bagai nak rak
- heh?
tok tau doh eh..


18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
- shopaholic abroad.
owh baru sedar, tak banyak membaca. membaca perlukan duit. *alasan*

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
- lagu raya yg anuar zain masa kecik nyanyi tu
- lagu cranberries kat enset marx ming.
- lagu tema hari guru tu. tak tau kenapa tapi saya rasa lagu tu tak membosankan. tak tipu
tu je ah buat ms skrang

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
- inferiority kills your spirit.
- takda maknanya rasa rendah diri. hanya membawa kecelakaan dalam study.
- jangan fikir negatif 24 jam!!.
- rendah diri lama-lama membawa kepada hina diri.
- tidur tak cukup menaikkan berat bdan secara mendadak.
- orang yang kita anggap kawan tak semestinya kawan sebetul-betulnya kawan.
- sedih rupanya bila kurang kawan.
- mula rasa sunyi.... mungkin patut mula mencari hahahhahahahahhahahahahha!

20. Mari men'tag' 8 orang lain.
-inot
-anea
-fzah
-kereta mayat haa!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...