mencari sesuatu dalam kehidupan

ya, ini serius. sekarang rasa macam tercari-cari, apakah perkara yang perlu dicari sebab kebelakangan ini hidup terasa seperti kosong. rupa-rupanya macam ni orang rasa bila cakap "jiwa kosong". pernah alami tak? dia rasa macam, erm..macam kita rasa kita patut buat sesuatu tapi kita tak tau apakah benda itu. tak paham jugak? takpe.

bila difikir-fikirkan pon, masih tak tau apa yang saya cari. kasih sayang keluarga? dah ada, dah cukup. kasih sayang suami? ye itu lah yang dicari!!!! hoi. apa yang saya cari?

saya rasa macam tak puas. tak puas apa pon saya tak pasti jugak. maybe sebab kebelakangan ni asyik fikir tentang masa depan yang nampak semakin malap. dengan tahun depan dijangka recession habis-habisan, masih ada peluang pekerjaan ke untuk fresh grad nanti? abang sulung dah suruh cari jalan sambung master. tapi hakikat sebenar, planning sebenar saya adalah untuk sambung Part 2, bukan master. ok, ok, sila la gelak. Part 1 ni pon dah hancus. Tapi biarlah, sedangkan Prof.Madya Dr. Ar. Azizah Salim tu pon boleh berjaya. Semua title die sapu. Dr.memang sangat hebat. Terinspirasi bila dengar titik usaha beliau dulu-dulu. Cerita tentang seorang student yang selalu dipandang rendah, yang mengalami masalah kewangan yang serius di negara orang, yang penuh rasa rendah diri akhirnya berjaya mencapai apa yang dikejar. tapi saya sama ke dengan beliau? adakah saya sesabar beliau? segigih beliau? harapnya ya.

bukanlah title yang dikejar. tapi saya rasa kalao saya dapat semua tu, hati saya akan puas. rasa berbaloi pinjam PTPTN. ha PTPTN. satu isu yang saya rasa punca utama saya berfikir panjang kebelakangan ni. Saya tertanya-tanya. 6 tahun belajar di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah yang penuh tekanan untuk mendapatkan result yang bagus dalam SPM nanti untuk melayakkan diri masuk ke universiti, 1 tahun di matrik sebagai langkah penyesuaian diri di IPTA nanti dan 3, 4 tahun di universiti bersengkang mata untuk mendapatkan ijazah dan bila keluar, kita mula bekerja siang malam, untuk dapatkan gaji yang secukupnya untuk membayar PTPTN. ye mungkin silap saya kerana mensia-siakan JPA suatu ketika dulu. dan mungkin ianya punca utama porak peranda ini. tapi semua ini qadha' & qada kan? kan? ok, abaikan JPA. saya peminjam wang PTPTN. jangan sesali keputusan memilih belajar di negara sendiri dan keputusan memohon kursus yang jauh sekali dari pilihan dentistry itu.
"if u wanna make money, go and be a dentist. architect works hard for a very less pay"- temuramah dalam majalah AJ.

ok berbalik kepada PTPTN. terima kasih kerana meminjamkan wang kepada kami anak-anak PTPTN ni. tak dinafikan dah sangat membantu pinjaman rm7000 setahun tu. Tapi pinjaman tu membuatkan saya takut. interest bertambah setiap tahun. bayangkan dengan gaji fresh graduate architecture Part 1 yang sebanyak averagenya rm1500 itu, saya perlu peruntukkan untuk pembayaran balik PTPTN, sewa rumah, kos transport, makan minum. dan agak sedih bila impian saya suatu ketika dahulu iaitu bila dah kerja nanti ,boleh bagi duit banyak-banyak kat mak ayah, balas jasa mak ayah itu adalah sseuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. ia mengambil masa yang lama.

katakan saya nak sambung Part 2.
2 tahun pengajian. Sebelum tu saya kenalah kerja dulu setahun memandangkan alam pengajian Part 2 kelihatannya sangat mencabar jika tiada ilmu pengetahuan tentang construction dan pelbagai lagi yang hanya boleh didapati daripada pengalaman kerja. ok, abes Part 1 ni, kerja 1 tahun. sambung Part 2 selama 2 tahun. keluar Part 2, rasanya boleh bernafas sikit dengan gajinya. oh sebenarnya saya nak cakap tadi, firma arkitek agak kejam pada pandangan saya. menggajikan pekerja
degree sebanyak rm1500 dengan waktu kerja 9pagi hingga 6 petang (secara official) dan mungkin sehingga jam 4 pagi keesokannya baru tamat waktu kerja. tiada bayaran OT. hanya elaun makan malam. tapi sekejam mana mereka bertindak, saya tetap terpaksa menghadapi situasi itu suatu hari nanti. ye, for the sake of my studies. nak sambung belajar kena tambah ilmu dulu, kan?

keluar Part 2 baru lah boleh menduduki ujian Part 3, kan?kan? betulkan kalao saya silap. Subjek Amalan Senibina dah bertahun berlalu. dah lupa. Dah ada Part 3 tu yang lega sikit lagi kot. Stage ini saya dah kurang tahu. tapi persoalan saya kalau saya hanya berdegree kan Part 1 Architecture, adakah hidup saya umpama pekerja lepasan SPM? macam tak berbaloi je berusaha belajar ingat semua fakta-fakta kimia biologi sejarah candu semua tu dulu? ok, saya takde la 'berusaha' gile zaman sekolah dedolu. tapi tak ke memang patut saya rasa sesia kalao belajar bertahun-tahun hanya untuk pengakhiran yang saya ini adalah seorang lagi manusia yang hidup untuk membayar hutang?

ish dah la.. Astaghfirullah. sedar ila sedar cepat cepat. semua ini ada hikmah. ada hikmah kao tak amek dentistry. ada hikmah ko tak amek interior design. ada hikmah ko main-mainkan JPA. ada hikmah ko stop pinjam duit PTPTN tahun ni. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..

kewangan memang menyakitkan. atau saya perlu mula fikirkan cita-cita lain?


2 comments:

ilyani said...

salam ila.
pikirkan cita-cita lain?
adakah itu maksudnya surirumah tangga yang berjaya? :P

ila ni said...

hehehr suri rumah itu sudah pasti, masih kekal cita-cita itu.
maybe better kerja kat kedai roti je lah...haih~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...