nak jugak..

statistik pengangkutan awam
Berjaya. Berjaya tambah bilangan manusia yang tergolek dalam lrt. Dah ah lrt, malas nak kawan ngan awak. Jahat. Tak bagi sokongan langsung time-time orang terdesak. Syuhh!



maaf
E'eh, terbaca blog anea. Saya kejam sangat eh? Kata-kata saya sangat harsh eh? Sorry kawan-kawan, dah terbiasa gurau kasar. Kesian korang terpaksa tahan telinga dengan kata-kata saya. (Awa mesti setuju nih, dah banyak kali dia berkias dan tak berkias pasal ni). Seriously, sorry. Ianya tindakan luar sedar. Apa lagi yang saya boleh buat untuk anda maafkan, sila statekan. Saya sanggup. Yang mana logik je la. kosong-kosong ye? Ye?



nestum makanan asrama
Nestum 3 in 1. Lama tak makan. Ke, minum perkataan yang paling tepat untuk nestum aa? Makan kot. Sebab dia separa pepejal. Tapi boleh jadi cair jugak kalao letak air berlebihan. Cara makan nestum 3 in 1 tak susah walau pun tiada sumber air panas. Pernah tengok Mr.Bean? Haa tiru la. Mula-mula koyakkan paket nestum. Tuang dalam mulut. Tahan. Masukkan air dalam mulut; dalam keadaan nestum masih memenuhi ruang mulut. Telan. Siap. owh itu bukan ajaran saya.Saya tak buatnye keje - keje tak senonoh tu. Anak dara yang baik mana makan nestum dengan cara begitu.



isu orang dewasa.
1. Semalam, saya ke rumah pakcik saya yang tengah sakit. Tak tau nak describe macam mana dia punya sakit tapi ada satu ayat menarik yang ditanya :

sambil mulut memuncungkan ke arah saya; "Yang tu dah ada anak ke?"

Oo tanya gitu ye. Ok ok takpe. " Belom lagi, belom ada anak lagi, takde rezeki lagi"

Betulkan jawapan tu? Biasa saya dengar jawapan dari wanita-wanita berkahwin yang belum ada anak, dia jawab macam tu la. Kenapa agak-agak dia tanya macam tu aa? ke sebab saya ni..er...er..hish tak kot! dia takde niat nak menyinggung hati dan lemak saya kot..............................


2. Raya hari tu saya jumpa sepupu saya yang sebaya. Kami sama umur. Bezanya dia dah ngandung 5 bulan. Bezakan? Kan? Oh lupa nak describe. Dia tinggi dan kurus. Kurus ye. Bukan berisi. Bukan thick. Bila kami bersalam, dia cakap ;

"Wahh makin sihat nampak. bestnya kalau jadi macam ila!"

Tengok? Tengok? Dia nak jadi gemuk macam saya o0o0.. ni yang rasa macam heidi klum kejap nih. Baru nak senyum panjang lebar, mak saya menyampuk, dengan selamba dan tanpa rasa bersalah;

"Takpe, lepas beranak 3 nanti jadi la macam ni"

luluhnya hati anakmu ini....saya belum beranak 3 Ma.


3. Tadi sepupu saya merangkap ibu fefey datang. Kena pulak time tu tengah try baju yang kak iza saya belikan. Ok takla terkejut sangat kalao saya beritahu kot? ianya blaus. dan ianya pink! soft pink, kaler yang sweet la lebih kurang, dengan soft fabric, memang feminin la kot baju tu. Maka saya pon bergegas la pergi salam dengan sepupu saya itu .baju perempuan-sangat masih dipakai, dengan jeans. bajet baru balik dari sesuatu seperti dating orang panggil. lagi satu ayat terkujat saya dengar;

"Wah, tak pernah nampak ni macam ni nih. Nampak gaya ada majlis tunang tak lama lagi ni"

Terus masuk bilik tukar kemeja abang & sambung salam dengan anak dia pulak, Cik Fefey yang demam dengan teruk. Takut lah saya dengan blaus pink!



baju kurung. baju kain keras
Saya suka pakai baju kurung sebenarnya. Maybe sebab saya anak kelantan sejati ewah~ Kalao anda-anda nak tau, kami yang pure-kelate-la-konon ni, akan mengenakan baju kurung ke mana sahaja. Shopping complex. Pasar siti khadijah. Bank cimb. Pejabat pos. Kedai runcit. Restoran A.Hamid. Pustaka sri intan. Kecuali pantai. Say NO to baju kurung bila ke pantai.
TAPI, masalahnya saya malas nak jelaskan isu ini bila saya berbaju kurung ke fakulti. Rasanya di fakulti tu tinggal saya sorang je student yang masih memakai baju kurung. (walau jarang-jarang). Maka di sini saya ingin tegaskan, tak payah la tanya;

" Wahh pakai baju kurung. Ada presentation ke?"

"Aii kenapa pakai baju kurung hari ni?"

Jawapan biasa saya bagi adalah sebab dah takde baju nak pakai. Jangan percaya. Tu tipu je. Nak ringkaskan ayat je. Jawapan sebenar tu lah dia tadi saya taip tu. Saya dah terbiasa dengan baju kurung. Baju kurung senang nak pakai, tak perlu fikir banyak-banyak. Fikir nak match dengan tudung mana je. Ruang udara yang luas pulak tu! Tapi syaratnya, kalau nak jadi baju kurung favourite saya, beliau mestilah dari jenis kain yang keras. Cotton paling digemari. Yang lembut melekat kat badan yang siap dengan pakej elektrostatik waktu dalam bilik berair-cond sangatlah tak digemari.

ok, expose mistik tamat di sini. lain kali mencapub lagi.

4 comments:

aNeA_hAyATi said...

laa..mung br sedar ehh mcla..
hikhik..
ecly x kasar pon..tp tajam!!..
haha..adakah sy meng adjektifkn ke arah yg lg teruk..hehe..sbnrnyer bgus gak..i hate hypocrite.baik tau depan2 trus..

mcla..bersyukur ngn kurniaan Allah.
wt pe slim moling cam model klu hati plak busuk..

ila ni said...

kekekek mano ado, anea x mengadjektifkan ke arah yg lebih teruk pon. awa sokmo remind benda2 nih

aNeA_hAyATi said...

dear ila..
sy sages ila tkr g uia kuantan..
leh kire ngn jari student yg pkai suar g klas..
soo..ila dgn freenye boley pkai bj kurung tnpa d soal siasat..hehe

p/s: xde bdk uia len ke nk sapot aku??:P

ila ni said...

okeh bereh, after grad mcLa apply medic uia sano. im Dr. Ilani wohhooo~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...