pergilah bercuti


27 disember 2008, memang tarikh keramat. tarikh yang menguji kewibawaan saya sama ada saya tergolong dalam kategori penakut atau berani.

seperti biasa, saya hidup menumpang. kali ni masih menumpang di cheras. rumah kakak. datang awal seminggu dari tarikh semester akan dibuka. semangat nak siapkan kerja la. oh bukan semangat, terpaksa. maka bekerjalah saya siang malam menghadap PC. tapi mengadap PC banyak maksud; boleh dikatakan mengadap autoCAD atau Nanny Mania atau Chuzzle Deluxe atau Photoshop atau banyak lagi. berangan pon boleh jugak kalau nak letak dalam list. itu lah kerja saya depan PC. walau banyak main dari buat kerja, saya tetap sayang nak tinggalkan PC dan meja komputer tu. rasa rugi kalau tak ngadap PC, mana la tau kot-kot rasa insaf, nak buat kerja cepat-cepat.

Disebabkan rasa rugi-kalau-kua-jalan ni la saya memutuskan untuk tidak mengikut percutian keluarga kakak ke Pedas & Tg. Bidara. Biarlah, saya kan dedikasi, kena berkorban, tinggal kat rumah sorang-sorang baru boleh fokus buat kerja. gitu lah omongnya.

Tg. Bidara. Gambar dari sini


Hari pertama- ok. Malam tu pulak, ok. Lancar. Cuma rasa sepi sikit bila takda suara riuh anak-anak buah.

Hari kedua- pun ok. Malam kedua- SANGAT TAK OK!

Gile! saya ni dah la takut gelap, dibuatnya black-out kul 2.30pagi! nasib enset baru lepas cas, so boleh guna lampu kamera. tangan automatik tutup pintu bilik siap kunci lagi. mata tu toksah cakap, rasa sakit urat mata duk melilau kiri kanan. naik katil, baring serapat mungkin kat dinding, baru rasa psychologically safe. serius gelap gulita. tak nampak apa pon. rasa nak nangis pon ada bila saya try pejam mata tapi rasa macam ada benda yang merangkak naik dari bawah katil! hii!

2.30 pagi.. alternatif yang ada untuk elak rasa senyapppp yang amat ni, saya mula menghantar SMS kat kawan larut malam saya, Orange. nasib die belom tidur. hilang sket rasa takut sebab otak duk busy fikir ayat untuk reply SMS. Aaahh dia sakit kepala la pulak, so dia tidur dulu. saya duk terkebil-kebil lagi. nak berkelip pon rasa takut. manala tau masa berkelip tu, time nak buka mata tu ada lembaga depan mata ke, hii!

Mata tak ngantuk lagi nih. Letrik pulak takde tanda-tanda nak pulih. Nyamuk dah start tunjuk taring ah. mata dah pedih sebab tahan dari berkelip. tiba-tiba dapat satu SMS. nak tengok sapa hantar pon saya seram. karang kua nama tah pape ke, hii!

hah lega, Hawa yang SMS. breaking news pulak tu! hahahah die suruh saya amek langkah baru. langkah baru apa biarlah antara kami-kami je yang tau. mesej punya mesej, lampu kamera tak penah padam, tup-tup battery sudah low. aiseh, cepat-cepat saya hentikan SMS dengan Hawa. ye la, saya kena save batteri untuk pastikan lampu kamera tu kekal menyala sehingga saya tertidur. mana boleh pejam mata kalau takda cahaya langsung?! manala tau kot-kot tengah usaha pejamkan mata tu ada yang membuka kelopak mata kita dengan jejari halus, hii seram wei..

teknik untuk tidur dalam gelap adalah dengan meng-kuyukan mata. sambil berangan tahap mild, saya berjaya tidur di bawah sinaran lampu kamera. Pukul 4.30 saya terjaga bila elektrik dah pulih. enset saya sudah tidak bernyawa. nasib baik masa saya tertidur beliau masih bernyawa, kalau tak sah-sah saya keluar drive gi tumpang lampu 7-E.

setelah melalui malam yang mengerikan itu, saya menyimpulkan bahawa :
1. jangan minum nescafe sebelum pukul 3.15 pagi sebagai langkah berjaga-jaga.
2. pastikan enset sentiasa dicas penuh.
3.berkawanlah dengan manusia yang sentiasa tidur lewat dan berkredit.
4. SAYA SEORANG YANG BERANI!



sekian, terima kasih.

3 comments:

Hawa CMS said...

cet!
berani lah kunun!
ahahhahha~~
sokmo la berimajinasi hok aneh2 ila nih!

merujuk kepade no3
sentiase tdo lewat n berkredit?
muhahahhah~~
cet!!

wei2!
jawab lah tag awa lok tuh!

ila ni said...

hahah ya saya bersyukur memiliki teman seperti itu, trimas awa sbb tmnkan saya malam itu huhu takut wei.

ows tag tu. ok2 ila buat.

Hawa CMS said...

hehehhe
yep2!!
friends for a life time!
insyaAllah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...