tak sangka saya terlibat jua dengan benda ini..

To tag along: You have to list 7 weird things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people (list their names), and comment on their blog to let them know that you just tagged them.

okeh, intro utk tag ni, benda-benda yg akan disenaraikan ni bukanlah sangat weird sebab saya tak mampu nak pikir panjang apakah yg weird tentang saya. atau saya memang semulajadi weird? wallahualam. apa pun, yang anda kenal, itulah saya. tak hipokrit pon.

1. Di asrama @ hostel @ rumah, saya akan jemur baju mengikut susunan. susunan tersebut mungkin mengikut susunan besar kepada yang kecik, atau susunan dari warna terang kepada warna yang lebih gelap dan yang pasti kalao saya susun ikut warna, sah warna yang sama akan sederet dengan warna golongan yang sama. paham? kecik-besar, terang-gelap atau baru- lusuh! ye begitu. pastu berdiri sambil pandang baju-baju tu dengan rasa puas hati hins hins

2. Saya akan seboleh-bolehnya mengelak daripada memasuki kedai-kedai yang pekerjanya ensem-ensem! wahahah segan weh..rasa hina diri. betul tak tipu. inferiority kills.tapi kalau situasi luar dari kedai yang mana contohnya sekadar lalu selisih bahu, yang tak perlu komunikasi, haa itu memang saya suka!
sebab tu saya fail ujian kereta bila pegawai JPJ disebelah sangat macho. *alasan*

pergh..malaysian paling hensem pernah saya tau

3. Saya tak pernah berpuas hati dengan makanan yang saya order. mesti nampak tak sedap! yang member sebelah jugak yang nampak sedap. kenapa?kenapa?!!!!

4. Dulu, kalau tengah jalan sorang-sorang atau berdua, dan tiba-tiba nampak classmates lelaki tengah borak ramai-ramai, mesti saya rasa nak pusing dan cabut lari. saya malu nak berdepan dengan classmates lelaki kalao bukan jumpa di dalam kelas. tapi sekarang dah ok sket kot walaopon halim cakap saya kalau time bawak motor mesti buat-buat tak nampak orang sekeliling!

5. Saya tak sabar nak tunggu pencen. ye pencen yang sebenarnye pencen. pencen bila umur dah tua tu. biarlah saya belum abes belajar dan tak bekerja lagi pon, sebab saya sangat jeles dengan mak ayah yang asyik duk rumah secara rileknya. tak penat-penat pikir bila tarikh nak anta projek, macam mana nak bayar ptptn...

6. Saya dah abis idea, dah abes cerita untuk diangan-angankan setiap malam sebelum tidur. saya mula fikir kalau angan-angan tentang membuat sos tomato yang pedas mungkin menarik untuk malam ni?

7. Saya suka orang tapi saya memang takkan sekali-kali takkan bagi hint atau bagitau secara direct yang saya sukakan dia. so kawan-kawan, saya hanya mampu menaip. untuk bertutur perkataan sayang itu tak mungkinlah! hahahahahah settle.

ok, nak tag ..eh jap, kalao orang tu tak buat tag kite pon takpe kan inot? takde virus datang serang kan? meh nak try tag. nak tag fefey, elida, hawa, qila, k'nik, ereen. dah ah, takkan nak tag SCIPP kot?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...