pengalaman ngeri setiap kali submission

submission yang dimaksudkan di sini adalah acara kemuncak penghantaran semua drawing untuk setiap projek pada tarikh yang ditetapkan. dan kadang-kadang bukan setakat drawing, model juga termasuk senarai. submission tak boleh lewat or else tak boleh present yang membawa effect yang agak besar terhadap markah sesuatu projek, nak nak projek akhir setiap sem.



bagi pendapat saya yang selalu kerja last minute, pulak tu lambat gile buat keje, submission umpama sebuah malapetaka. perasaan yang di alami bercampur baur. tak terluah dek satu perkataan.


contohnya semalam; submission untuk projek 1 : working drawing for executive retreat stations.


haih..tak tau nak kata apa. saya memang tak suka buat kerja-kerja teknikal. kalau design takpe, saya suka. tapi bila masuk bahagian-bahagian structure ni, memang susah. tak minat! kena pulak background AutoCAD yang suram, pastu nak kena tukar-tukar layer bagai, rimas u know! tapi tu lah, suka atau tak, kena jugak buat. takde orang lain akan buatkan. tang ni lah yang me-malapetaka-kan submission ni. tak suka tapi WAJIB buat!


bila dah tak minat paham-paham je lah. memang rasa cam di torture. rasa macam kat ISA. erk.


buat drawing umpama membuat kerja yang takda ending. kerja yang macam TAKKAN siap; tapi kena jugak buat walau muak tahap HeatBlast.



lagi pressure kalau malam sebelum submission, orang lain dah start compose board tapi saya masih terkial-kial siapkan drawing. sumpah rasa macam segala jerawat batu akan meletup bila-bila masa, lemak bersemburan dari badan, isi kandungan telinga mencair dan meleleh, urat mata tersimpul berketul kat batang hidung dan darjah tertinggi;- kita akan rasa kita takde jasad..... rasa yang tiba-tiba berada di paras yang lebih tinggi dari inot kat sebelah, terapung-apung, boleh nampak seluruh studio walaupun dengan hanya duduk di meja. halusinasi ke gitu? gile seriyes!



*tiba-tiba dh malas. chow!

2 comments:

archienot said...

"jerawat batu akan meletup bila-bila masa, lemak bersemburan dari badan, isi kandungan telinga mencair dan meleleh"

nak cara mudah dan berkesan untuk hilangkan jerawat, kurangkan berat badan dan membersihkan telinga? sila alami pressure seperti ila...

ila, org dh start wat projek 2...
bila ila nak wat?
=.P

ila ni said...

masalahnya pressure2 pon berat badan mendadak! hhu h adkah tak cukup sengsara lagi?

wei wei tunggu, jangan buat lagi~~~~~~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...