pertemuan 4 pasang mata

Hari tu saya ke Melaka kan. Balik je petang tu, pukul 5 sampai kat kolej, terus saya bergegas mandi bersiap-siap nak keluar ke Mid, saat yang dinanti-nantikan, sanggup tak landing atas katil dulu tu! Saya sangat bersemangat nak jumpa Hawa oi! Hahahaah sila jangan perasan. Yus pun dah janji nak turun Mid jugak maka lagilah bersemangat saya yang semangat badannya nih.

Tapi spoil la, KTM rammmmaaaaaaaaaaaaaaaaai gile orang bersesakan nak balik kampung, cuti CNY. Nasib badan, 2 tren saya terpaksa lepaskan, orang ramai sampai tahap takde space untuk jejakkan kaki bersaiz 7. Geram dengan situasi, saya amek alternatif untuk ke LRT Sg. Besi. Lagi pun, Awa cakap takde aktiviti pape pon kat Mid sebab rumah atuk dia ada buat makan-makan.

Bergerak la saya menuju ke hentian teksi yang baru diupdate dengan sistem yang lebih teratur tu. Dia dah pakai sistem tiket. Harga selaras. Kunun tak nak pakcik teksi pow lebih tapi lagi hampeh adalah. Tiket dari stesen komuter ke stesen LRT yang sebelum ni RM8 dah naik, jadi RM13! Tol pulak seperti biasalah, bayar sendiri. Sakit hati. Ingatkan bayar RM13 tu maka i own the taxi la TAPI pakcik tu still amek penumpang lain. Ewah bergandalah bayaran yang dia dapat,kan? kan?.. KAN?!

Kesakitan hati tidak berhenti disitu. Sebaik nampak muka stesen LRT, pakcik itu masih berada di lane kanan, tak masuk pon lorong teksi turunkan penumpang tu. Jalan agak sesak tapi trafik masih boleh dikatakan lancar. Tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab, beliau terus memberhentikan teksi tersebut di tengah-tengah kesesakan lalu lintas tu dan menyuruh saya seberang sendiri ke hentian tu. Gila wehh!! Saya memang benci diperlakukan sedemikian rupa. Dalam hati, segala bentuk cacian berupa haiwan khinzir, adjektif seperti bengong gila dan sebagainya asyik berkumandang. Tapi dalam hati sajalah sebab pakcik India tu dah agak berumur maka rasa respek masih ada. Tapi disini saya ingin mengatakan-

"Pakcik memang b*ng*ng"

Dengan itu, selamat lah saya tiba di stesen Maluri. Saya pon ketika itu sudah boleh mengawal emosi sikit-sikit sebab saya dapat tempat duduk! wahahahah klasik sangat bench kat tempat tunggu bas tu.

Tunggu punya tunggu, lebih kurang sejam lebih Yuslalalili Hawa & C'Poh tiba di lokasi. Saya berjalan ke kereta mereka dan katanya rupa saya ketika itu tidakk ubah seperti kanibal yang tengah laparkan orang. Mereka sangat takut. Disangkanya silap mereka datang lambat. Seriously nak cakap nih, bukan salah korang ye. Sebaik nampak muka mereka dalam kereta tu terus kemarahan kat pakcik teksi tu hilang. Ye ah, dapat jumpa kawan baik oi, bukan calang-calang orang! hahahah wa suka! wa suka!

gelak punya gelak, tersesat dalam kubur Kristian. Hape daa... Awa la nih!

Maka berliburlah kami dengan cerita-cerita update tentang diri masing-masing sesambil mengimbau memori lama. Tapi saya tak boleh cakap banyak sebab batuk kuat sangat rasa cam tahap asma plak, sedih..

Ini gambar kitorang. Snap sikit je memandangkan pakaian Awa tak sesuai di bawak majlis *alasan*



ini mereka. dari kiri Yus, Awa & C'poh.


Dr. C'Poh & Dr. Hawa


ini yusLALAlili. kereta berubah setiap tahun.


mcYus bersenggeng


e'eh..tak tau tak tau. jari cho-keing dalam bayang-bayang itu milik Hawa



c'poh cakap die benci amek gamba gini. sebab muka die jadi nampak cam bapuk hahahahahhahahaaahah die yang cakap, bukan saya hahahahhahahahahah

Awa, gambar nenek Awa amek tu xleh nk upload lagi sebab perlukan editing yang agak extreme! hahaahahah PC ni takdak potosop.


7 comments:

aNeA_hAyATi said...

knape bas ku lambat..!!!!

ila ni said...

la yo ko??
patut la!
semua ore kenpius, bakpo takdok kaba brito dr anea! huhu lain kali je lah anea ..

Hawa CMS said...

woi2
sile edit gambar yg diamik oleh nenek!
kesian nenek aku penat2 amik gambar!
lg satu,,,
"woi!!! nmpak aje jaro cho-keng org!!! huh!!!"

sekian terima kasih!
hahahha~~

elida hanan. said...

eh eh saing2 aku...hehehe

Fefey said...

bakpo tak eknal si gadis bergigi besi tu..

zHafHarIna said...

eheh..salam singgah..
mesti best jmpe old buddies key...
ehh,exchange link ye...
n_n

ila ni said...

hawa:
nanti la ila edit bilo jupo PC sdri bukok cuti ni hahahah

elida:
saing mu saing ku jua, sari mu sari ku jua *double meaning*

fefey:
tok kenal ko? mempersembahkan................CIK POH!!!!! used-to-be tokey mercung

zha:
e'eh sile2!
lamo x jupo weh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...