azam

Azam untuk ke Hong Kong nanti, saya nak pastikan benda-benda ini berlaku:

  1. Nak pastikan ada beberapa gambar yang mengandungi saya di dalamnya. Sebabnya bila view folder2 gambar, kebanyakannya gambar bangunan,objek + muka orang lain. Memang la mereka-mereka diperlukan, tapi nak la jugak ada kenangan di tempat-tempat trip sepanjang EMPAT tahun belajar neh~ dah over setahun dari orang lain! So, ini kena mintak tolong Inot @ Zedd yang berwheel-chair.
  2. Saya nak jugak turun merayau di area yang akan saya menginap nanti walau takde sape nak join. Jangan rugikan peluang yang ada. Jalan sorang pon sorang la walau halim akan cakap cam loser.
  3. Walau sepenat mana pon di sana nanti, saya akan masih menggigihkan kaki debab ni untuk terus merayau.
  4. Saya akan makan sesikit yang mungkin tetapi memaksimakan penggunaan duit ke jalan yang lain he he hehr
  5. Saya dah tak nak beli souvenir untuk orang. Untuk mereka-mereka yang berjasa; yes. Seperti Abang sulung yang support trip ni, Ma, Ayah, K'ifa, K'iza, K'iham & Abe Mi. Tapi tu pon insyaAllah beli satu rumah satu souvenir je lah, bukan satu souvenir untuk setiap orang lagi dah hahahah fulus takdak. sori ye kawan-kawan, kalu nak souvenir, bak duit!
  6. Saya akan berusaha mencari barang-barang kiriman orang ramai yang telah memberikan duit kepada saya, dengan bersungguh-sungguh. Saya akan menjalankan proses tawar menawar sebaik mungkin menggunakan English yang tak seberapa nih.

Persoalannya
, macam mana nak beli barang banyak-banyak kalau beg roda yang besar tu dah rosak?????! grgrgrghgasgldgwfkjwq


Bai, nak tanggalkan Mr. RJ untuk hari ni, nak buat plan. bai bai bai baaaii!

10 comments:

Fefey said...

nak pinjam beg beroda i ke?

ila ni said...

cukup besar kah? klu setinggi pinggul, apa salahnya hik hik hik

ifa said...

chissss nak tuju kat aku la tu hok tak bank in duit lagi

Rashid said...

persoalan loser tu cube anda pikirkan dgn lsbih lanjut...

ila ni said...

kak ifa:
hahaha tanya2 la jugak abang ipar tu mao kirim ape ye. lamo kae malu2 tok terkirim hahah

rashid:
aku suka adventure, baru 'chill' hahah u know cill?

ifa said...

dia kenyang makan PS2 dio kot.

Rashid said...

anda yg berborak pasl chill..hahahaha

ila ni said...

kak ifa:
byk wehh barang baru di sana! hahah

rashid:
well...itu br real chill, ni tak, syok sndri je kao rashid hahhaha

mHsnS said...

nasihat : know your physical limit.kene rehat...sblm jd cm aku di singapore yg :

SIANG - ikut trip dgn korg (URA,library,mende lg ntah)
LEWAT PETANG - trip sndiri2 ke kwsn skolah dn rumh lama aku
MALAM - mengharungi 1.5 pusingan orchard road smpai kul 11mlm

semuanye non-stop,jalan kaki.hasilnye=demam.

haha.

ila ni said...

yeahh!
aku berjaya tak demam walaupon bjalan non-stop smpi kul 11 lebih.
tapi lemak x byk yg kurang la asan sbb sejuk, xsempat berpeluh hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...