Hari Kedua - 19hb februari 2009

Hari kedua bermula dengan menapakkan diri ke Hong Kong Infrastructure Exhibition di Central (kot?). Di sini lebih kurang saja dengan yang kat Singapore, ada model-model yang menunjukkan pembangunan di seluruh negara. Yang HK punye nih kecik je ruang pameran. Kalau Singapore tu mau bertingkat-tingkat.

entrance nya

Tapi agak menarik sebab banyak yang boleh dicuba. Saya dah bawak kapal terbang you! Tak caya? Tengok nih:


Kan dah cakap. Tak nak caya tu. Tu saya tengah observe bandar HK dari ruang udara, Lagi mainan yang ada adalah mainan pijak-pijak lampu sensor untuk tunjukkan lokasi tourist attraction. Macam yang kaki Dhiya buat ni:



Lagi, boleh tengok TV tiga beradik yang memberikan pemandangan yang bersambung. Macam yang Noni tengok nih. e'eh noni? hahha KUDA ok. Kuda.



Pastu banyak lagi model-model yang menarik yang boleh bergerak cruisenya, yang spotlight memancar mengikut lokasi yang kita kehendaki dan baaaanyak lagi lah pendek kata.

Bosan sebab lama sangat didalam tu, saya mengambil inisiatif untuk berada di luar sahaja. Lagi pun kat luar lagi sejuk dari dalam. Masa tu suhu lebih kurang 18 degree kot. Hujan halus turun renyai-renyai. Bila duk melepak di bahagian brochure tu ada la pulak makcik guard yang peramah. TAPI hampeh satu perkataan pun tak paham. Ada ke dia cakap kantonis dengan saya?! BI sepatah pun dia tak paham. Last-last sebab kesian, saya & rakan-rakan pun menyuruhlah Ah Long untuk melayan makcik guard tersebut. Beliau kelihatan sungguh happy apabila ada yang melayan sembang dengannya.

suasana tenang sebelum kedatangan makcik guard


dah datang dah, dah datang....ni lah makcik tersebut


Lebih kurang pukul berapa tah, kami bergerak pula ke sebuah pejabat arkitek yang sangat popular dengan projek-projek besar di seluruh dunia; Leigh & Orange. Mr. Leo Barrito sendiri yang datang sambut bagi kata-kata aluan.

Mr. Leo Barrito yang sangat baik

Oh sebelum tu, first time kami membuat food hunt untuk lunch. Sangat susah. Ada McD a.k.a McCafe tapi sah-sah la tak halal. Maka kami pon memboronglah roti di Circle K yang iras-iras seperti 7-E. (7-E dia takde slurpy). Pilih hati-hati sket roti tu, kemungkinan anda terambil pork cheese with custard. pehhh nikmat! Air mineral pun saya terpaksa beli. TERPAKSA. sebabkan dahaga saya pun sangguplah membeli air mineral botol kecik yang berharga HKD 8.90 (RM 4.23). Gilos.


ini otw ke L&O.Tengok rupa jejantas mereka, takdenye berbumbungkan zink merah @ biru je...


Ini Ah Chuan. Dia tiba-tiba nak join gambar. Belakang tu bangunan apa xtau. Buruk & Baru .Lebih kurang je pemandangan dengan Malaysia kan.


Ok sambung pasal Leigh & Orange. Ofis ni sangat mengagumkan. Ada dua floor. Satu floor khusus untuk team project Middle East sahaja. Manakala lagi satu floor campur-campur. Untuk team China, team HK dan sebagainya. Tak sangka ada jugak ofis arkitek yang hebat sebegitu rupa. Ingatkan macam ofis masa praktical dulu ohkokoh. Tapi HK ni memang ramai betul mat salleh mencari rezeki di sini. Dan orang HK pula bila diperhatikan sangatlah memuja golongan mat salleh ni.Berbeza dengan layanan terhadap orang Asia sendiri (ayat makan dalam).

"Saya nak keje sini! orang lain tak dibenarkan mintak keje sini!"

ini bahagian main office. Yang department campur-campur tu

ini pula Mr. Andrew. Dia orang kuat bahagian L&O Middle East. Pembantu kanan Mr. Leo. Sketches beliau sangat tak ingat dunia!

Balik dari ofis L&O, kami nekad untuk putus hubungan seketika dengan lecturer. Kami mau berdikari. Kami mau naik tram! hahahah berjaya naik. Harga tram tetap. HKD 2. Berhentilah nak berhenti stesen mana-mana pun. Murah je.

ini tram. Ada banyak sangat tram di sini. Stesen tram biasanya di tengah-tengah jalan.


ini mereka di dalam tram. rupa bentuk dalaman tram agak klasik. Ada elemen bingakai-bingkai kayu lagi


Bila dah tercapai hajat nak mencuba tram tu, kami pun turun lah ke stesen er..err.. tak ingat dah. Turun situ, kami kembali menagih kasih MTR. naik lah MTR ke stesen Mong Kok. Sangat rushing nih sebabnya Pn.K dan En.M dah janji nak bawak gi makan nasi lauk kari yang best. Lapa nasik, lapa nasik! Sapa lambat dari 6.30petang kena gerak sendiri, cari sendiri kedai tu. Pehh ugut tu.

ok, saya golongan lambat. Ye ah, solat kena tunggu turn sebab bilik kecik. Bukan sebab lengah-lengahkan masa ye. Maka bergeraklah golongan lambat dengan budak-budak cina yang dah agak biasa dengan HK ni. Bersungguh si Ah Chuan carikan kedai makan halal tu, terharu rasa. Last-last jumpa, trip lecturers tu dah abeh makan. Cet! Tapi takpela. Tak kesah pun sebab memang jalan sendiri-sendiri pun lepas acara makan nasi ni.

Kedai ni kecik tapi sangat kecoh. Laku weh! Suara makcik tu teriakkan order customer pon dah cukup menarik perhatian orang lalu lalang. Saya pun orderla. Atas nasihat puak first tadi, saya dan inot order sepinggan kari ikan dan 2 pinggan nasi. Tu je. Air, air kosong. Memang tak boleh order air lain ke aa kat situ? Tak pasti. Kami makan dalam keadaan yang sungguh rushing kerana asyik ternampak orang ramai tercongok di luar menanti seat kat dalam kedai ni kosong. Kesian plak tengok orang lain tunggu lama-lama. (Dah kata, saya memang baik, prihatin, sensitif bla bla..)

Kari die memang voila! (Apa maksud voila?) Sama ada memang betul-betul sedap atau kami yang melampau-lampau laparnya, wallahualam.

haruslah licin

Harga makanan sepinggan kari dan 2 pinggan nasi putih adalah HKD 65 (RM 30). Nasib baik share.

Dah mengalas perut yang memang sentiasa beralas ni, saya dan kawan bergerak pula ke lorong belakang. (mcm jijis je kedengaran) Ini bukan sebarang lorong. Ini Temple Street! Wahh panjang gile territory dia. Tapi barang jualan macam sama je yang kat Ladies Market depan hostel saya tu. Banyak juga shopping di sini. Beli T-Shirt semua-semua tu pastu balik ke hostel. Urut kaki, terus tidur, bersiap-siap untuk hari esoknya...

6 comments:

Hawa CMS said...

wah!
akhirnya tercapai gak angan2 ila nak jd pilot...
hehehh~

alqil said...

walopon tak dapat ole2 dr mung...
tp kenyang gak r baca blog mu....
kuikuih...

myatiqah said...

wow beshnyo ila bermakan angin...
xdan nk baco crito ila..jus go thru gmbr2 je dlu..bz la kununnye...
hahaha....
nti saye amek mse khas utk bc story kamu yeee cik ilani.hehehehe

ila ni said...

awa:
tu lah. berjaya jgk jd pilot gemuk.

qilah:
harap ini boleh di consider sebagai ole2 ye qila hahahah

tiqah:
sila2, mengarang panjang khas utk kawan2mngetahui apa aktiviti di sana

zAituL aZrA said...

wah!! beshnye jln2!!
nampak menarik je gmbr2 tu..
nk ituttttttt
huhu

ila ni said...

hahah bes jetul bes!
tp tula, kehidupan lepas jalan2 tu hok x bes nyo, pokaiii!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...