Hari Pertama - 18hb Februari 2009

Tunggu depan kolej pukul 3.30 pagi. Bermaharajalela sekejap di atas jalan raya. Pukul 4 bertolak ke KLIA. Lebih kurang pukul 7.45 pagi, Hong Kong Express OU0742 bertolak. Benci betul, duduk seat tengah. Kali ini tiada pendrive di atas flight (memori daun pisang).

bersepah di tepi-tepi jalan


acara wajib : bergambar di epot.


3 jam 30 minit baru sampai Hong Kong. Wahh, boleh pakai sweater di siang hari! Sejuk. Agak sejuk la, tapi taklah SANGAT sejuk sebab saya kan mempunyai lemak yang bijak & sangat berbakat.


yaa sudah mendarat. tengah tunggu para rakan melepaskan hajat sambil-sambil itu mencuci mata menonton pilot handsome.



yehh berjaya pinjam beg! terima kasih,liza. beg besar amatlah berfungsi sewaktu pulang suatu hari nanti.


Airport yang Norman Foster buat ni memang agak memenatkan (it is world's largest airport terminal ok). Jalan jauh sangat. 'Children' dikehendaki berkumpul di satu ruang sementara menunggu Pn.Kalsom & En. Meor. Mereka menaiki MAS, ceh.. Eh tapi xpe la, HK Express pon walau murah, service dah agak-agak setaraf macam MAS, bukan macam Air Asia.

Sementara menunggu, kami mengambil peluang membeli Octopus Card. Harganya HKD 150 (RM 71) Kad ini sangatlah penting untuk perjalanan menggunakan public transport selama 6 hari nanti. Semua orang wajib beli.

ini bahagian arrival. dia punya level agak mengelirukan sikit.


ceiling yang membuatkan ramai 'children' terpukau. haruslah amek gambar.


ini pula toilet beliau. dah start takde pili air dah....haih~ jijis!



ahh susah-susah korang study je lah model yang saya dah buatkan ni, kalau letak gambar, banyak sangat. selamat study model buatan ilani. oh, sini ada prayer room, tapi sampai sudah tak jumpa!




Agak-agak pukul 2.30 petang gitu, Pn.K & En. M pun sampai di tempat kejadian. Bergeraklah kami menaiki bas ke Mong Kok. Hostel kitorang di Mong Kok, kat Argyle Street. Tempat tu terkenal sebab barangan elektronik & Ladies Market. Sumpah jalan dia sangat tak logik untuk sebiji bas yang besar nak lalu. Padat, sibuk dan.. er tah. Tapi memang tak sesuai la bas nak parking situ.


dibelakang sanalah jalan yang saya cakap tak relevan untuk bas besar tu. yang depan-depan ni, tolong lah maafkan mereka kerana telah mengganggu objektif gambar.

Kawasan tu macam kat Petaling Street, Masjid Jamek gitu. Memang tak nampak tanda-tanda ada rumah penginapan langsung. Melilau mata saya cari di manakah tempat tinggal kami. Tup-tup tourist guide tu suruh 2 orang 'children' ikut dia. Saya & Elle ikut dari belakang.

Tau kenapa dia panggil 2 orang je? Sebab lift ke hostel tu tak muat nak sumbat lebih dari 4 orang yang ber-luggage! Entrance hostel? Macam pintu masuk rumah kedai biasa-biasa tu, masuk dalam, naik lift ke tingkat 7. Keluar je
dari lift, kekanjaran saya-


"Ini macam lokasi penggambaran Young & Dangerous nih!"


Sebijik macam dalam scene gangster dikejar gangster lain tu, yang banyak pintu, laluan sempit, penuh dengan baju-baju bersidaian di koridor - ready untuk scene lompat-lompat kotak yang menghalang laluan, bajet-bajet nak nampak hebat berlari sambil mengelak halangan.


santek kan hostel kami kan kan??

Maka masuklah saya ke unit yang tersedia.

Dalam satu unit tu ada lebih kurang 5 bilik. Masuk je pintu unit tu terus ada pantri. Ada air panas, air masak & microwave. Ganazzz kannn.Bilik kami nombor 67. Nombor unit pula 611.

Saya pun masuklah bilik. Oh, ok rupanya. Comel. Katil kayu. Satu double-decker, 2 single. Wajibal ghunnahlah saya amek yang single. Cadar beliau sungguh kiyut. Corak macam untuk baby boy. Mendayu-dayu macam suruh tidur. Dan memang kami terus tidur! Tapi sebelum tu unpack dulu makanan-makanan yang dibawa. Pembawa makanan terbanyak dimenangi oleh Ros. Inot pon kalah!

walau bersungguh bab-bab makan, namun mug itu bukanlah kami yang bawak. sudah disediakan oleh encik Stanley & family.

Pukul 6.30 petang, kami berkumpul dan bergerak ke stesen MTR Mong Kok. Nah, sekarang baru saya paham kenapa semua orang kena ada Ocyopus Card! Umat Hong Kong sangatlah ramai dan kelam-kabut. Rilek-rilek sudah jalan tu. Ini tak, kalau lambat, mao nye kena tolak dan mungkin akan dipijak sampai lunyai. Haih~ benci jalan langkah kecik-kecik tapi laju. Memang blur dengan sistem tren diorang ni. Saya tak sempat nak menghayati dan memahami route yang disediakan. Semua orang rushing. Tak tau ke saya ni penat ha?!


"Eh silap ni, kita kena ikut red line"

"Mana pintu A ye?"

"Sini, sini, bukan sana"


Ahh lantak lah. Ikut je dulu lecturers. Nanti baru usaha pahamkan, baru boleh travel sendiri-sendiri heheheh saya suka travel gaya backpackers!


itu en.Meor cuba melindungi diri dari gasakan umat Hong Kong


Meng pula berlagak cool walau manusia disekitarnya bergerak laju hingga tidak termampu oleh kamera untuk snap gambar mereka


aii? inot kelihatannya sangat girang di sini. kenapa?


Dari Mong Kok, amek tren ke Tsim Sha Tsui. Jalan-jalan tengok bangunan yang dihiasi lampu bagai, pastu terus ke Victoria Harbour ke ape tah namanya; tengok Symphony of Lights

tu dibelakang sana para bangunan tengah berdebar menunggu giliran nak buat persembahan.


Ah samalah dengan ayat di atas. Tambah sikit; sini sejuk gile sebab angin laut kan. Kena kumpul lemak lagi nih..


Inilah tempat umat pelancong menunggu untuk menonton persembahan bangunan tu. Gambar berkualiti belum amek lagi . Tak pon search la sendiri kalau tak paham-paham lagi apakah symphony of lights nih.


Lebih kurang pukul berapa tah, balik ke Mong Kok memandangkan drizzle mula membasahi bumi. Tapi masih boleh sambung tinjauan ke Ladies Market di depan hostel sekejap ohkohkoh. Survey harga saja..

Balik bilik dan tidur. Simpan tenaga untuk esok.
..

5 comments:

Fefey said...

menanti kan catatan hari ke-2

yaNi said...

Pada pendapat saya, gambar-gambar di atas menunjukkan ila sedikit kurus. Mesti banyak ber'excercise' di HK ni.. :)

ila ni said...

wahaaa lek lek luh. kijo rasmi tak terbuat nih.

erkk? kurus?
ilusi optik maya semua tu yani, jgn pecaya. ofkos la amek gmbr yg nmpk kuruh wahkahkah!

ila ni said...

yani,
ila x leh drop komen ke blog yani -_-! sila check setting huuu

Helang Hijau said...

wei..

mane catatan hari ke-2 sampai hari ke-6??
cpat la tulis.. xsbar nk kutuk2 ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...