Hidup untuk malu.

kenapalah asyik aku je yang mendapat malu nih??

Tapi takde la malu sangat hal tadi tu. Tapi malu la jugak. AH, kesimpulannya - MALU. Tak kesah lah kecik ke besar ke perasaan malu tu, yang nyata ia agak memalukan untuk seorang wanita. Hahahah dah wanita, dah wanita..

Tadi saya dah settlekan hal-hal di bank. Terus ke library hantar buku-buku supaya balik dari trip nanti taklah kena denda sebab lewat. Saya pakai uniform harian lah, sneakers, faded jeans dan 'faded' t-shirt. Faded T? Hahaha t-shirt buruk sudah. Dalam hati dah berdebar dah, takut-takut kena sound sebab tak ikut dressing code kampus dalam. Kalau takat kat faculty ni, ko pakai lah nak pakai apa pun, asal jangan singlet + kain pelikat dah lah.

Library UPM ni, sebelum masuk tu kena tap kan kad matrik kat auto gate tu. Sebelah gate tu ada kaunter 'teguran'. Sesiapa yang x cukup syarat akan ditegur dan tak dibenarkan masuk. Saya selaku seorang pesalah macam biasalah buat-buat muka tenang dan masuk secara amannya walau encik meja teguran tu dah pandang. (perhatian: encik itu seorang yang termasuk dalam kategori saya segan nak pandang iaitu :- beliau good looking)

Ok, lepas. Tak kena tegur. Lega.

Saya bagi buku-buku tu kat kakak kaunter dan terus menuju ke auto gate itu kembali. Lalu meja encik tu. Dia masih pandang. Aihhh mesti kena lah ni.

"Dik!"

Dah agak dah, dah agak.

"Ye?" Masih lagi buat muka tenang. Dah niat ni, kalau kena tegur, saya nak cakap yang saya tak tau dressing code UPM sebab fakulti saya kat luar kampus. Hah cuba lah tegur cuba.









"Ada tisu kat dagu" Dengan muka bersungguh tunjukkan lokasi tisu.

Ahh saya benci keadaan ginih! Kenapa mesti encik ni yang tegur? Kenapa kakak kaunter pemulangan buku tu tak tegur? Kejam nya kao kak. Hee saya malu lah kalao lelaki yang tegur benda-benda gini. Memang kecik je, tapi efek die..ahh! segan. Kata wanita. Rasa macam diri ni seorang gadis yang sentiasa bersama dengan tisu untuk memastikan mekap terjaga oh tidakkk~ saya bukan begitu! Kelenjar perpeluhan saya banyak sangat. Malunya umpama malu bila ada orang menegur:

" Ada taik mata tu" atau "Tu ade cili lekat kat gigi"

Hah. Tapi cover itu wajib. Saya pun tonyoh la dagu.

"Belah ni?"

Dia angguk. Tonyoh lagi. Tunjukkan dagu.

"Aa..dah takde dah"

Terus berjalan ke tempat beg dan keluar dari library dengan langkah tenang yang dicontrol sebelum terbahak keseorangan di tangga library. Rasa macam bestfriend-forever pulak dengan encik muda tu hahahahfghjfskaflwqfqf



Tips: Lain kali kalau nampak sesiapa yang anda tak kenal berada dalam keadaan sebegitu,jangan tegur. Biar je die malu sorang-sorang, sekurang-kurangnya dia akan confident setiap masa. Huhuhhuhuuuuu malu!




*oh, terima kasih jangan lupa di akhir rancangan. Orang buat baik kita kena balas dgn terima kasih.ongkes?*

10 comments:

Helang Hijau said...

sungguh menyayat hati...

archienot said...

hahahahahahahahahahhahahahahahahah...
gelak smpai semput..

Moja Amin™ said...

Aehahahahahahahaha!

xbley blah!
alaa.. relax sudah, xjatuh nye saham anda!

aNeA_hAyATi said...

ahaaa..
ila..xtau nk gelak ke nk bersimpati..

tp klu kne..mmg malu gak la..

btw..mesranye ila ngn 'abe' tersebut..
ceewaahhhh..:P

ifa said...

BENGONG la mung nih.
cicok depan aku pun terkanjaaa aku ssuko derah takdi

ila ni said...

helang:
memang menyayat hati. asek2 aku je yang malu, bila turn kao plak nak malu nih??


archienot:
gelak lagi inot gelak lagi dan tiba2 teringat ayat makan dalam oleh c'shafizal

"gelaaak je, kerja x siap"


Moja Amin:
Aku berusaha sedaya upaya meyakinkan diri bahawa aku dah takkan terserempak lagi dah dengan encik library tu. Doakan aku tidak mendapat malu lagi huu sedih!


Anea:
Dua-dua boleh diterima. Memang malu pon tapi buat2 slumber badok je lah, nasib pakaian agak sememeh, bayangkan kalau masa tu berbaju kurung ayu berselendang, tup-tup ada tisu di dagu?!

Ah mesra yang tak kena pada tempatnya hahaha


K'ifa:
sero kalu k'ifa ssuko tu skalo nyo buke stakat cicok kkanja, hok rambut kriting tu pong kkanja jugok kalih, stok-stok kkejut ado ore bukok grill

myatiqah said...

permulaan yg baek utk ila..
1) pg library dgn lebih kerap
2) pluang brkenalan ngn mr.gud looking.

ila ni said...

hahah nehi tiqah nehi
xsey doh jumpa mr.good looking kalau insiden2 begini yg akan berlaku....

zaty said...

ala...ila...jadikan la peristiwa ni satu titik permulaan kisah ila ngan encik tu..hahahaha

ila ni said...

tidakkk~ x mau encik itu. dia kejam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...