Kenangan 1

Siapa tak suka masa lampau sila jangan teruskan pembacaan. Hanya mereka yang feeling sahaja dibenarkan.Hah.

Zaman Belum Sekolah
Masa ni tak banyak lagi kenangan. Setakat bangun pagi untuk babai kakak & abang yang ke sekolah, makan dan nyanyi-nyanyi lagu Saleem dengan kakak pengasuh. Tapi paling saya ingat, pagi Jumaat. Biasa pagi Jumaat merupakan hari paling liat nak bangun, terpengaruh dengan kakak & abang yang dah sekolah. Hari cuti, kena lah bangun lewat, baru namanya pelajar sekolah.

Biasa subuh tu kalau setakat Ibunda yang kejutkan, heh, buat-buat tak tau je lah. TAPI, sekali dah dengar bunyi letupan urat kaki Ayah (kaki orang tua kan) terus bangun dan duduk di sisi katil, bajet-bajet dah nak gerak masuk toilet amek air smayang. Cover itu penting. Tengok? Dari kecik lagi diajar buat benda-benda tak senonoh aih~

Lepas makan pagi, semua akan dikerah untuk melakukan kerja-kerja luar rumah. Ikut suka lah nak buat apa pon, pilih:- sidai baju, sapu daun kering, mesin rumput, cantas daun pokok yang ditanam khas untuk melitupi dinding utama, gembur tanah pokok-pokok bunga dan pelbagai lagi aktiviti berkaitan pokok bunga. Hobi ayah adalah bebanan anak-anak hahahahah. Tapi saya paling suka kalau minggu tu minggu mesin rumput. Bunyi mesin tu yang best, macam kecoh saja kedengarannya memotong rumput yang masih basah dek embun pagi yang segar. Hasilnya? Bau rumput lah! Segar...saya suka! Lagi suka part ayah dah habis potong rumput-rumput yang panjang tu sebab masa tu Ibunda akan hidangkan air Sunquick sejuk. Best, best! Walau kerja saya hanyalah tengok orang lain buat kerja... kata masih 'kecik' time tu...

Paling suka lagi, lepas dapat habuan sunquick, saya akan tercongok depan TV menonton Maya The Bee. Ini kartun paling saya suka! Sampai sekarang terngiang-ngiang melodi theme song tu. Syahdu je..walau pon saya terpaksa menonton Maya The Bee sambil memijak belakang Ayah, tapi takpe, itu antara kenangan yang saya takkan lupakan. (Perhatian: memijak belakang bukanlah kerana saya anak kurang ajar memijak-mijak Ayah sendiri tapi disuruh dek berat ketika itu masih di tahap boleh diterima akal). Ayah saya pun suka Maya The Bee. Hari tu saya ada search lagu MTB ni tapi tak jumpa lagu yang saya nak. Melodi terdekat ada tapi dalam French. Suara tak sedap langsung.

inilah dia Maya The Bee dan rakan-rakannya. Maya berambut kuning
Tapi kenapa takdak sorang pon member saya yang pernah tengok kartun ni?? Apa ke tak bestnya masa kecik tak dihidang dengan Maya The Bee? Atau mungkin semua orang pada usia begitu ke kelas Kafa di pagi Jumaat di masjid-masjid terdekat seperti Jamaliyah Jamil...ooo ok.


Jap. kalau lelaki guna perkataan 'ahaks' tu adakah dia gay?

4 comments:

myatiqah said...

haha..aku ingat katun neh.
one of my feveret,slain tomatoman ngn cite pahlawan² 5org dr jepun yg dah dialih bahasa.

ila,nmpknye kto mmg spesis x pg klas kafa..
ila tau cito siam yg ado bintik tiga kt pp dio tu?dio main bola tmpar...tau x?

WaWa | aAn said...

maya d bee...lame nye cite ni..haha...ak mcm ade perasaan yg ak nengok cite ni...feveret ke x feveret 2 x igt la plak...

tp yg ku igt paling feveret ialah kickers..si kakeru yg hebat bermain bola..tp nasib ku baek..ak berjaye donlod theme song die...hihi..<3

tp d top most feveret ialah sailormonn....!dengan kuase bulan..akan menghukummu....

p/s:adekah cite pahlawan jepun 2 ialah maskman & flashman..?

Moja Amin™ said...

ahaks? gay?

so not-lah!

ila ni said...

atiqah:
yaa yaa tomatoman! oh bes nya kalao blh hidup di alam sebegitu.

erk.. bitik 3 di pp? crito apakah? rasanya kita golongan gi Kafa petang lewat2 sket kot, gi beli nasi lauk ayam kepah2 hahahah oh SKKem~


wawa|aAn:
kickers x penah tengok hahah dr kecik lagi eh k'aAn membesar dengan jepun2 ni. ni x aci nih, tolong, tolong, tolong dwnlod theme song maya d bee!! hahahah satu tugasan yg berat.

p/s: flashman sekarang sudah lain maksud. woo woo!


Moja Amin:
oh tak eh? baek, nak kena tukar fahaman ni hahaha *masih dalam mode segan kerna kes chatbox*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...