Kenangan 2

Siapa tak suka masa lampau sila jangan teruskan pembacaan. Hanya mereka yang feeling sahaja dibenarkan.Hah.

Zaman dah bersekolah dah sikit - Tadika

Saya masuk Taski Al-Hilal sesi petang sebabnya abang saya yang sewaktu itu darjah 3 bersekolah petang maka pagi beliau terisi sikitlah bila ada saya. wah! Pagi tu memang kami berdua je jadi penunggu rumah. Kadang-kadang Tokwe datang siram-siram bunga, masak nasi dan sebagainya. Selebihnya ter-
sebek la kami 2 beradik di rumah. Waktu inilah saya di ajar melakukan benda-benda yang agak exciting bagi seorang budak berusia 6 tahun.


inilah Tokwe

Saya diajar lagu "Aku Burung Tiung" yang dalam syllabus Muzik Darjah 2. Bangga habis bila boleh hafal lagu yang budak-budak Darjah 2 belajar. Lagi terujanya bila Marx Ming suruh nyanyi depan kipas sebab dia nak rekod nyanyian kami bersama ohh sweet pulak abangku diwaktu kecil beliau.

Tapi dia memang selalu baik terhadap saya. Kalau main hide&seek (
nusuk sudoh), mesti saya akan diheret untuk sembunyi bersama. Kalau dah dekat-dekat nak mati tu dia yang akan surrender awal-awal sebab taknak saya yang kena jadi pencari orang. Sebab memang jenuh nak mencari, kitorang main dalam kawasan 2 buah rumah sekaligus. Sepuluh kali kena 'chuppp!' sepuluh kali lah ko jadi!

Kalau main bola-kaki-3 pulak, sama lah. Dia yang akan protect saya dari dibaling bola tenis tu. Bola tenis ok, sakit gilak ah kalau kena kat belakang, rasa nak terkeluar biji mata.

Kalau main
Dekchok Ambak (cubalah translate sendiri), maka saya pasti rilek sahaja tak perlu penat-penat mengejar pihak lawan. Marx Ming akan menukar 'nyawa' dengan saya. Lagi pun, dio dekchok laju o0oo.

Selain mainan tradisional, Marx Ming juga mengajar saya bermain kasut roda di atas jalan raya. Iye, jalan raya yang bermaksud jalan utama untuk ke airport KB tu. Young & dangerous sungguh. Aktiviti berkasut roda di jalan raya akan dilakukan pada pagi hujung minggu di mana kenderaan masih kurang.

Antara aktiviti lasak yang lain pula adalah membonceng basikal yang di-
gatih oleh beliau. Ini bukan main-main punya bonceng. Hanya kanak-kanak yang berani je sanggup bonceng. Basikal akan dikayuh bermula dari puncak 'bukit' lorong rumah, kemudian beliau akan kayuh laju-laju dan bila dah momentum cukup tinggi, beliau akan menutup mata sambil melepaskan handle basikal. Bajet cool habis. Bukti cool? Tangan kanan saya ada parut luka terpampang bangga. hih!

Walaupun kami banyak menghabiskan masa bersama, tapi saya tak pernah mengaku saya sayangkan abang saya. (biarlah rasa nak nangis tiap-tiap kali hantar dia naik van untuk ke sekolah pun!). Tapi saya sungguh terharu dengan satu kejadian sewaktu kami sedang bersembunyi di belakang kolam ikan jiran kami. kolam ikan beliau sungguhlah besar. Masa tu orang gaji jiran duk tabur makanan untuk ikan-ikan tu dan ternampak kami berdua. Terus dia datang sembang. Memang potong stim.Nak layan sembang lagi, nak sembunyikan diri lagi.haih~ Antara soalannya:

O.G: Ila sayang tak Abe Mi?
ila : Dok. (kata ego tinggi)
O.G: Imi sayang tak Ila?
Imi : Sayang.

Sungguh ku terharu~ woo woo.



inilah Marx Ming

Masuk sekolah menengah, saya sempat bersekolah yang sama dengan Marx Ming untuk beberapa minggu. Punyalah excited. Bukan saya, dia yang excited. Suruh saya beli beg sama dengan beg dia lah, kasut sama ngan kasut dia lah. Tapi best jugak sebab Marx Ming ni agak berpengaruh di sekolah tersebut (berpengaruh dari segi mempunyai geng-geng yang hebat + hensem-hensem hahahah). Saya rasa sungguh ter-jaga kerana sentiasa diberi keistimewaan di kantin, koop, dewan dan sebagainya oleh rakan-rakannya dan pelajar-pelajar perempuan yang meminati beliau. Oh isu minat meminat, TodD juga pernah sukakan Marx Ming sampaikan jeles tanpa sebab bila nampak saya dan Marx Ming jalan bersama setiap kali balik sekolah hahah intan,intan...

Sekarang, cakap pun jarang-jarang dah sebab balik pun dah jarang-jarang. Tapi Marx Ming memang best sebab membenarkan saya drive kereta Ayah secara diam-diam hahahahahhaah.


Tu je lah kenangan masa Taski yang saya masih ingat. Eh bukan Taski sangat pun. Aktiviti di Taski yang setakat saya ingat ialah saya sentiasa tertunggu-tunggu apakah menu makan petang.



Pesanannya: jadilah abang/kakak yang baik terhadap adik-adik anda, nescaya anda akan sentiasa diingati.

6 comments:

Hawa CMS said...

waaaahh!! sngat terharu

nape takde cerita pasal kisah marx ming(terpakse ekot ejaan mcla) ngan surat cinta berbau oren sunkis???

sekian terima kasih
hahahahha~~

Ps:aik? ingatkan g hong kong. online maghi mane wei?

Fefey said...

hee, saya menjadi saksi dia baik. sebab dia cool dan macam abg kepada saya juge;)

ila,ingat lagi sijil main Bug ? Be ming yang ajar men game tu, dapat sijil lagi,siap print color..
disamping itu saya,ila, and marx ming
juge sering main khemoh-khemoh menggunakan selimut..

fyi,Tokwe adalah moyang saya,dan dia still sehat sampai today,umur dah cecah 80 ++ kot,alhamdullilah

ifa said...

ewh kamcheng nampak.huhu buatla entry khusus ko aku takdok kooo

ila ni said...

hawa:
tak surprise ke munculnya entri ni??hahah jgn disebut kesah chenta kulit limau

fefey:
hahahha sijil bug? ila hampir2 x ingt doh, simpan lg ko? tu sijil 1st di print menggunakan PC rumah hahaha jakun weh jakun time tu

ifa:
ho la ho la, koho2 doh ni pah2 ni hahah

ifa said...

jadilah abang/kakak yang baik terhadap adik-adik anda, nescaya anda akan sentiasa diingati.


aku mmg kakak yg baik dulu kini dan selamanye.kek keh keh

i miss u tokwe

ila ni said...

ye, kalau mahu menyuruh vacuum kereta pon, make sure upah selepas itu agak tinggi hahahah barulah BAIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...