semuanya kerana wedges nan seorang itu

Kembali di studio.
Alhamdulillah PC masih berdiri kukuh di bawah meja, takde sebarang kecurian sepanjang peninggalan pulang ke KB raya cina minggu lepas. Dan berita yang saya tak tau gembira atau tak;-

internet dah OK.

ahh macam mana sekarang ni? Dah elok berazam nak lepaskan LAn, tup-tup godaan makin hebat. Laju plak tu connection. Takpe, fokus. Ada inot maka tiadalah internet. TAPI, yang saya fikir, kalau nak suruh inot sembunyikan trus risau plak kot-kot saya tiba-tiba nak search benda-benda design ke... so macam mana aa?



Semalam hari separuh malang dan terlebih bertuah buat saya. Bagaimanakah?



Fefey, ini ceritanya. Siye ko fifie.. sori fie neh.



Pagi semalam naik bas dari KB. Bas transnasional namanya. Trip ID 822, trip paling lewat bertolak. sakitayar.



Perjalanan terhenti seketika untuk mengizinkan penumpang menunaikan solat jamak di Merapoh. Saya turun solat. Kalau tak boleh solat sah-sah saya takkan turun sebab saya ni ada masalah sikit kalau berada dalam crowd. Rasa macam ada yang memerhati WALAU takkan ada yang memerhati. Bajet cun itu jauh sekali ya.


Selesai solat, nak naik bas, kaki tersadung-kecil lantai yang berlubang itu. Tak jatuh pon. Tak jatuh air muka pon.


Tapi yang masalahnya wedges saya terkopak! Malu wei malu! Dah la sebelum ni saya suka mengutuk dalam hati kalau tengok minah-minah yang memakai heels terpeleot. Inilah hukum karma barangkali. Tapi takpe, saya cover. Saya terus duduk kat kerusi, gaya-gaya menunggu sampai waktunya untuk bas bertolak tapi kunun malas nak naik bas lagi.


Penat saya fikir macam mana keadaan saya nanti dari hentian Putra ke komuter Putra. Macam mana nak jalan? Kalau ada member boleh mintak tolong dia belikan selipar jepun untuk saya. Tapi saya mana ada kawan, saya naik bas tanpa kawan nih.


Fikir punya fikir, dekat-dekat Raub gitu saya terlintas akan anak sepupuku nan seorang ini. Noor Afienna namanya. Dia ada kereta. Dia blajar kat UIA. Boleh la beli selipar jepun sebelum naik LRT. Jadi, apa lagi? Ayuh mesej dia!


Ok beres. Saya akan turun kat Greenwood dan dia akan ambil saya dan terus hantar ke LRT terdekat. Masalah selesai, saya pun tidur.


Tiba-tiba dapat mesej dari Puan Jamaliyah:

"La, aku rindu ko mung.."


perhh..ganaz ginih! Jamme rindu saya?
Saya pon bagitau lah yang saya nak turun Gombak jap lagi, kunun saja nak menyedihkan dia sebab turun Gombak tapi tak nak jumpa dia. Tak pasal-pasal saya menerima sebuah panggilan.

"Ila, aku ambek mung. Mung turun mano-mano pong aku gi ambek. Oyak ko sepupu mung tok payoh mari amek mung. kensel, kensel. Neh?"


Begitulah lebih kurangnya. Itulah sebabnya, Fie. Sorry neh Fie, mengkucar-kacirkan tengah hari anda saja saya ini.


Petang itu berseronakla saya dengan Jamme. Nasib suami barunya tak ikut. Ceh, seperti beliau pernah menjanda pula bunyinya. Jamme nak belanja saya makan. Saya cakap yang saya tak nak nasik. 7 hari dah saya mengadap muka nasib. Bosan. Bukan kerana diet ya. Maka bergeraklah kami mencari Chop & Steak Kg. Baru memandangkan sudah berada di lingkaran tersebut. Bila ditanya kenapa tiba-tiba nak jumpa, katanya saja nak tunjukkan kekurusan sebelum kembali mengembang. Sangat cis. Dengki ok.


Kami makan selama 2 jam. Petua orang kurus kot makan lambat-lambat? Hahahah Jem sudah kurus oi!Tapi muka still chubby lah. Tamak haloba order fries tapi tak habis. Nasib fries itu percuma. Dan air suam yang dipotong dari list hahahaahaah


Lepas maghrib Jamme hantar saya ke Komuter Sentul. Sebagai cenderahati, Jamme menghadiahi saya sepaket tisu premier. Tak tau apa motif beliau. Ini gambar sebelum berpisah. Mula-mula pakai spek, tapi gmbar gegar sebab Jamme tak sabar-sabar nak bergerak untuk menonton mukanya di skrin kamera.



Terima kasih banyak-banyak Jamme. Makanan, minuman, tisu DAN selipar jepun merah.
Misi saya berjaya. Jahatnya saya menggunakan kawan....


Di stesen itu saya berkenalan pula dengan makcik cleaner india. Dia bersimpati dengan nasib saya yang terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk ke Stesen Serdang.


Dalam tren, satu gerabak tu ada saya sorang je. Takut sangat. Nak tengok tingkap nak betulkan selendang pon saya seriau. Karang ada makhluk putih menempel di tingkap saya karang....


Setiba di KL Sentral, saya terkejut. Saya berfikir, apakah yang terjadi pada diri saya?


Kenapa saya dikelilingi orang-orang yang hensem ni?


Kalau tak hensem pon, stylo la boleh dikatakan. Tapi, Halim tak stylo. Dan takkan sekali-kali menadi pensyarah yang stylo.


Kiri, kanan, depan, belakang, semuanya hensem. Takde pon orang huduh dalam radius penglihatan saya. Aneh.


Naik tren, takyah cakap, makin ramai yang hensem. Oh indahnya dunia~ segala penat lelah hilang sekelip mata tetapi menjelma kembali sewaktu pakcik teksi india meminta tiket . . . . hancur berantakan!




tertinggal: seronot juga berlakon kaki terseliuh di Hentian Putra, seret-seret kaki, buat muka sedehh. Orang yang memandang pon sedeh tanpa mengetahui kejadian sebenar. bagus la u ol nih!

8 comments:

Anonymous said...

aku nk blog gokkkk
http://vidamuchacha.blogspot.com/

ila ni said...

hahah baguh2!
mari mengutuk farah amani

archienot said...

"Ada inot maka tiadalah internet"

itu dulu anda...
skrg sy pn dh terjangkit dr anda...
nasib baik xkritikal lg...
cmne ni?
nk buang kabel xleh plk..
xkan nk buang wireless??
apakah?

ila ni said...

ahh sudohh, gano ni?
buang je ah laptop, guna PC depan. amacam?

archienot said...

xsiap kje ar jwbnye gna pc dpn..
byk virus, kabel pun ade...
wah..
alasan..
syg laptopku...

myatiqah said...

nehi..nehi...ni tikah skkem...sy ank murid ayahmu dulu..wakakakaka
tp bulu mate sy pjg juge...
:blink: :blink:
hahhahahhaha

myatiqah said...

kamu smakin tembam...haha..
ritu kami ado buat reunion..
ingt peli dop?ase mace dio invite ilani jgk..

ila ni said...

ya i'm ballooning!
hahah ho tu la, peli ado ajok tp segan la i nk gi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...