wasiat.

*sila belek entri ini semula suatu hari nanti selepas daku tiada lagi di muka bumi ini*

Kakak-kakak, abang-abang,

Sampaikan salam buat ahli keluarga di rumah. Cakap ila mintak maaf banyak-banyak sebab selalu moody bila berada lama-lama di rumah. Selalu hanginn je kalau start bosan.

Ila jugak mintak maaf sebab selalu memuncungkan mulut dan buat kerja tak ikhlas waktu nak raya dan sebagainya. Maafkanlah ahli keluarga yang paling pemalas ni, ye?





Anak-anak saudara,

Belajar rajin-rajin. Dapat tawaran gi asrama, jangan tolak. Jangan terlalu takutkan dengan cerita-cerita hantu yang diwar-warkan oleh ciksu. Kalau boleh, mandi pon dah tak perlu berteman dah kat rumah tu ye.

Solat jangan tinggal, jangan nak tunggu sampai ada yang suruh @ marah baru nak solat.Kalau ciksu dah akde esok-esok, dah takde orang nak kira 1,2,3,4,5 dah. Pandai-pandai sendiri lah korang.

Internet tu kalau boleh kurangkan, luangkan lebih banyak masa bersama keluarga, baru hubungan rapat sampai ke tua.

Kerja seni lukis tu cuba-cuba buat sendiri, jangan harapkan orang lain. Setiap orang lahir dengan bakat tersendiri.





kawan-kawan, senior & junior,

kalau ilani meninggal tanpa sempat meminta maaf dari kalian, ilani mohon agar kalian maafkanlah ilani walau seberat mana pon kesalahan ilani terhadap kalian. ilani tau, dia sangat jahat dari segi tutur kata, perilaku dan sebagainya.


Tolong mintak maafkan juga untuk para lecturer dan cikgu-cikgu. Cakap terima kasih banyak-banyak sebab didik ilani sampai ke tahap sekarang. dan minta maaf untuk pakcik & makcik dewan makan..

Hutang-hutang pon mintak halal lah ye, kalau terlalu banyak, sila buat tuntutan dari ahli keluarga.




Kawan-kawan, adik-beradik dan anak-anak saudara,
Jika ditakdirkan aku/saya/ila/ciksu meninggal esok atau bila-bila sekali pun, maafkanlah segala keterkecikan hati yang disebabkan oleh aku/saya/ila/ciksu

Ya Allah,
Berikanlah ilani satu lagi peluang.
Jika ditakdirkan esok ialah hari kematian ilani, berikanlah ilani satu lagi peluang.....

4 comments:

ifa said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yo la aku halal ko mung dunio akhirat.
semoga mung ditempatkan bersama2 org yg beriman.(erkkk mcm dh tak de pulok)aku tau mung adik yg baekkkk.insyaallah panje umur.
huhuhuhuuaaaaaaaaaa

ila ni said...

*meleleh. meleleh*

semoga kita sekeluarga bertemu kembali di akhirat kelak.aminn

WaWa | aAn said...

ilani.....

ila ni said...

k'aAn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...