kisah orang lawa

eh bukan, saya bukan nak cakap pasal saya. hamm..malu!

Ni, saja nak keluarkan topik sekadar nak meluahkan pendapat. Pada pendapat saya, orang lawa terbahagi kepada 2 kategori.



1. Kategori satu adalah Lawa-Yang-Rasa-NAK-Puji-puji-Je-Kelawaan-Mereka.
"isk..ada jugak perempuan selawa ini ye.."

Apa karakter mereka di pandangan mata saya? Karakter mereka adalah perempuan yang sememangnya dilahirkan berwajah cantik / comel/ lawa/ jelita YANG memiliki sifat-sifat seperti berikut:

  • Mempunyai sifat-sifat rendah diri atau langsung tidak menyedari yang mereka memiliki seraut wajah yang cantik. Bila dipuji, mereka hanya senyum dan cepat-cepat mengalihkan topik; tidak menunjukkan minat pun untuk mendalami pujian tersebut. "Ye ke? Betul ke saya cantik?" lalu membiarkan orang sekeliling menjawab lagi dengan puji-pujian lain. <-- jangan harap nak dengar golongan ini mengeluarkan ayat sebegini.
  • Gambar-gambar yang diletakkan di profil-profil laman sosial adalah gambar biasa yang tidak zoom-in kan ke wajah cantik mereka. Lebih mementingkan pemandangan/aktiviti dalam gambar berbanding penonjolan wajah mereka. Dalam erti kata lain; tiada gambar syok sendiri yang tangkap dari tangan sendiri dengan gaya sedikit lentok kepalanya @ menutup hidung @ mulut etc.
  • Mekap tak layan sangat.
  • Lebih bertambah perasaan nak puji golongan ini bila mereka seorang yang mentaati agama. Kalau lalu je perempuan cantik berjubah bertudung labuh yang menundukkan pandangan dan sesekali membalas senyuman kita, memang rasa sejuk hati. 'Dah la lawa, sopan pulak tu.' Gitu la lebih kurang
  • Yang tidak control ayu @ CONTROL.Golongan lawa yang mampu beraksi bersahaja di tempat awam adalah sangat cool!
  • Bijak. Yang mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat tetapi tidak pernah menghebohkannya. Kawan-kawan terdekat je yang tau dengan sendirinya.



2. Kategori Dua pula ialah Lawa-Tapi-Rasa-TAKNAK-Mengiyakan-Kelawaan-Mereka.
"Lawa ke? Takde la lawa sangat pon.."

Kategori kedua ini pula pada pandangan saya adalah mereka yang memiliki wajah semulajadi yang cantik yang memiliki sifat-sifat seperti berikut:

  • Sangat perasan. Tersilap puji maka akan diingat sepanjang hayat mereka dan akan diulang tayang kepada orang lain demi mengumpul lebih banyak votes.
  • Jenis yang sangat control. Berkelip mata sahaja memakan masa 5 saat. Berpaling muka pula mengambil masa lebih kurang 45 saat.
  • Mekap yang sangat tebal untuk menghighlightkan lagi kecantikan yang sedia ada.
  • Gambar yang menjadi pilihan adalah gambar tangkap sendiri yang bertujuan untuk melihat komen-komen seperti " cantiknya, anak sape la ni - hi, bleh kenal? - macha Allah ur beautiful!<--( komen dari bangla)"
  • Berpakaian seksi bagi yang tidak bertudung atau berpakaian agak over (singkat ketat kecik sendat) untuk yang bertudung.
  • Bila mana mereka adalah insan yang berbeza di hadapan lelaki dan wanita. Dengan kawan perempuan, maka terdedahlah segala perangai kotor jijis dan sebagainya. Depan lelaki, merekalah wanita unggul.



Dengan itu, sekiranya anda seorang yang lawa, anda boleh lah memilih untuk mendiami antara 2 kategori di atas. Kalau tak lawa, tak perlu susah-susah nak sakit hati dengan entri saya kali ini hahahahhahahahahahahhahah


**bayangkan anda seorang yang tak berapa nak cun dan jatuh pula dalm kategori 2. Auuuuhh~!**

18 comments:

Hawa CMS said...

betul2
saye sngat2 la setuju ngan ila!
keskeskes~

alqil said...

macha Allah ur beautiful!<--( komen dari bangla)"

1st..qilah pecah perot dgn ayat nie...

2nd...rase2 cam kategori nie...

bayangkan anda seorang yang tak berapa nak cun dan jatuh pula dalm kategori 2. Auuuuhh~!

archienot said...

sy xlawa..

ila ni said...

uiks laju!
tak habis edit lagi dah komen.
ololo qila, sedih je. Mane ade. walau qila takcun tapi bukanlah termasuk kategori 2 hahahahhahaha. ok2, qila cun.

Miko Yamaguchi said...

gila eh, ko mesti buat observation berabis ni..hehehe...

p/s: boleh tambah kategori lagi? aku rasa aku x fit dalam dua2 kategori ni. huahuahua.

ila ni said...

miko:
kategori last yg berwarna merah tu sesuai kot Miko ohkohkoh.

inot:
inot,inot...
isunya tak kesah lawa atau tidak tapi jangan mempunyai ciri-ciri seperti kategori dua.

yaNi said...

menarik la. ila memang pandai menceritakan apa yang ila observe, dengan ayat yang best pulak tu.*thumbs up*

p/s : saya memilih untuk termasuk dalam golongan orang yang tidak susah-susah nak sakit hati dengan entry ila ni.

heh.

ila ni said...

yani:
perempuan, jika tak lawa sangat pon tapi kalau jatuh dalam kategori satu, memang iLa akan puji melambung2 dan automatically jadi lawa. hahaha

dan yani juga antara insan yang mcla pernah puji secara diam.

** yani, xleh drop komen lah kat blog yani. becci ila..

Intan Nadia said...

macha Allah ur beautiful!<--( komen dari bangla)"

mcla,geli hati ngan usus intan ni..adehh..2 thumbs up!

intan rasa mcla ada bakat dalam script writingla.tulis skrip komik pun ok juga.substitute to shin chan and doraemon :D

ahbdol inali said...

byk lagi kategori orang cantik yang ko tak explore.. loose sgt penulisan ini. however it's a good start. kipidap!

dan aku mengagak bukan menggagak atau mengganggang bahawa sbnrnya ko tgh dalam diam dan penuh dendam (ecewah) menceritekan pasal seseorang yg rapat/ade kaitan dgn ko.. en? en? ha ha ha ha ha

ila ni said...

ouhh intan~ menulis mengikut observation yg cetek ni bules la, kalau nk ikut jalan cerita tu, wo wo~ x reti!



subhanallah!
langsung tidak terlintas sesiapa pun tatkala mencoret pendapat tersebut. KEnapa? kenap? mesti kao ade terpikir sesiapa yang kao tak puas hati ni..haa, kantoi!

memang banyak lagi pon yang tak di-SENARAI-PENDEKkan. senangnye, kao masukkan semua sifat mahmudah dalam Kategori 1 dan sifat mazmumah dalam Kategori 2, ongkes?

Hawa CMS said...

hahhah~
klako la bace komen bdak2 ni
kesimpulannye

yg cantik xpyh di puji melambung
yg buruk xpyh dikutuk-kutuk

sbb sme dtg dr Allah

**unless kategori ke2 tu... maka awa berpikir panjang~~

aNeA_hAyATi said...

wahh..mantap ila!!! mumtazah abis!!
bace skali tp nk bace byk kali =)

myatiqah said...

note tambahan kategori 2 utk lebih mnyakitkn hati.....
- bulatkn mata, posisi kamera lebih tggi dr muke, pndang kamera ngn penuh keayuann..ok,snap!
kesimpulan; yg mate sepetpn leh nmpk bulat jgk..ni utk komen,"eee,bulatnye mate die,cute la.." "lawanye mate die.."

hahahaha

hahahaha..

ila ni said...

hawa:
yep, semuanya dtg dr Allah.
btw, ada lagi kah yang mengutuk manusia buruk? perangai buruk mmg selalu dikecam hebat dalam mana-mana society! blah perangai buruk blah! hahahahah

anea:
mumtazah tu apakah? sob sob..vocab2 ke-arab-an ni mcLa mmg cetek.

atiqah:
ye betol2!
haha jahat ngguh kito nih.

Helang Hijau said...

pergh.. banyk komen.. mmg menarik pembaca entri ko ni.. hahaha

aNeA_hAyATi said...

mumtazah..sgt bagus!! =)

ila ni said...

helang hijau:
banyak komen sebab aku saja balas komen pon dah berapa hahahah

anea:
ows. ok2, br pehe hahahah tq lah anea. anea pula, bila mau menyambung entri seperti single itu hari?ohkohkoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...