kulit tanpa halal JAKIM

Saya dulu kan, sejak-sejak akil baligh, sekolah perempuan je. Tiada lelaki yang sama baya. Tak adventure langsung! Tu perasaan time tu lah, masa awal-awal masuk sekolah tersebut. Ada golongan lelaki pun hanyalah guru-guru, pakcik dewan makan, pakcik bas, pakcik tukang kebun dan pakcik jaga. (perhatikan perkataan PAKCIK di situ, bukan ABANG)

Hasil dari sekolah yang sama gender ni, saya rasa taklah culture shock sangat pun (seperti orang ramai canang-canangkan) apabila keluar dari alam persekolahan nih. Biasa je, Cool saja. Haa kan dah tersebut perkataan tu. Sorry. Saya cool.


Tapi ada juga yang 'shock' nya. Memang SHOCK, bukan SYOK iaitu:


Saya akan bertindak-balas seperti terkena kejutan elektrik
jika TERSENTUH kulit dengan lelaki



Saya rasa agak pelik juga. Saya rasa macam saya sorang je yang macam ni. Yelah, tengok orang lain, rilek je pegang tangan boyfriend, bertepuk tampar peha dengan kawan berlainan jantina. Tapi saya, kalau tersentuh tangan ke jari ke, mesti rasa terkejut yang gila punya terkejut dan rasa macam takut sangat-sangat. Perasaan dia lebih kurang macam ni;


"Herk?! Apa aku dah buat? Macam mana ni? Aku dah tersentuh tangan dia! TIDAKKK!" menjerit dalam hati sambil disertai sedikit migrain kecil.


Ha macam tu lah lebih kurang. Alergi. Saya rasa pelik lah tu kot sebab sekarang saya duk perhati, takde pulak dalam radius penglihatan saya manusia lelaki mahu pun perempuan yang bermuka terkejut @ pucat @ gabra bila tersentuh dengan bukan muhrim. Muka happy adalah hehehe. Ha? Oo..ye ke? Ok. Diorang pandai cover ropanya. Bagus.

Hasil keterkejutan ini, saya akan mampu ingat satu-satu peristiwa yang melibatkan saya bersentuhan dengan yang bukan muhrim ni. Mungkin itu dikira sebagai pengalaman ngeri kot, tu yang boleh ingat tu. Contohnya saya pernah berdiskusi dengan rakan studio dengan menggunakan sebatang pensil sahaja. Oh, kalau dah berdiskusi tentang design, haruslah nak conteng-conteng expresskan idea kan. Tapi dengan sebatang pensil? Itu tak cukup pensil namanya. Bahaya.

Bila dia nak bagi pendapat, dia akan amek pensil tersebut dan lukis idea dia. Bila saya nak bagi idea, saya pula akan ambil pensil tu dan lukis idea saya. Pensil nan sebatang tu akan bersilih ganti lah. Paham tak situasi ni?

Disebabkan selalu bertukar pensil yang sebiji itu, adalah 2,3 kali tersentuh jari beliau (oh!). Saya dah tak senang duduk woh, hati berdebar-debar. Jantung berdegup kencang. Muka dah berbalam-balam biru rasanya sebab muka sedia ada kaler coklat-coklat kehitaman kan, tak mungkinlah bila malu nak nampak kemerahan pulakk. Dah lah dalam studio tu ada saya dan beliau je. Berdebar. Bukan berdebar apa ye, berdebar sebab saya jenis yang sangat takut kalau tersentuh dengan yang bukan muhrim. Satu perasaan yang tak dapat dihuraikan takutnya itu. Penyelesaiannya, saya raba pencil case dan ambil satu lagi pensil. Hah puas hati. Senang pun nak berdiskusi.

Eh, apa point ni aa?

Persoalannya, adakah saya seorang sahaja yang ber-kejutan elektrik bila tersentuh lelaki? Saya memang takut. Rasa seolah-olah tersentuh kulit babi. Seolah-olah je ye. Erk? Kulit babi ke, kulit anjing ke, kulit bukan muhrim ke, sama je kot. Haram.

Eh sama ke? Tak sama, kulit babi ada bintik 3.

Tapi kalau tersentuh bahagian yang berlapik baju pun, masih jugak berdebar. Takut. Apa masalah saya pun tak tau lah. Yang pelik, ada sorang hamba yang siap picit bahu kawan lelaki sebab nak bodek ke apa tah time tu. Bila saya tegur, dia cakap takpe sebab berlapik. ...Oo takpe rupanya. Baru saya tau. Bolehlah saya gi peluk orang yang saya minat bila-bila jumpa nanti kan? Yes! Ini sudah bagus.

4 comments:

sayalah pensel itu! said...

boleh ke awak peluk? hihihi da vass letrikzzz!
saya xrasa pun letrik tuh pabila menyentuh dan disentuh laki-laki gebus dan vogiyue.. oh mungkin kerana saya lelaki. ahaks!

oh mengikut ilmu cetek saya, kulit babi tak haram diSENTUH, tapi adelah najis mughallazah dan boleh disucikan bahagian yang terkena najis itu. ada belajar sertu kan masa pafa skolah menengah dulu.. namun babi adelah haram diMAKAN. begitu juga nasik goreng cendawan di padang yang dimakan tanpa membayarnya. haram juga hukumnya. ahaks!

amboi amboi amboii..

ila ni said...

oh lupe akan hal itu. meh aku potong perkataan haram tu sekarang jugak!

ye kalau tersentuh babi @ anjing, boleh samak sertu sume2 tuh. kalau tersentuh kulit bukan muhrim nk buat macam mana weh? ada petua?

popcorn perasa jagung said...

menyentuh kulit babi/anjing bleh jd HARAM jika disengajakan tanpa darurat...

dan prkataan MUHRIM tu,diguna utk org2 dlm ihram...MAHRAM adalah lbh sesuai dlm kes ini.

Sekian

Yang ikhlas...

(bukanke kalau ikhlas,jgn disebut?)

ila ni said...

er..patut buang balik pangkah pada perkataan haram ke?uhkuhkuh

ok. ingat tu. muhrim utk dalam ihram. guna mahram. trimas atas info.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...