menebas spaghetti


"The only thing worth stealing is a kiss from a sleeping child."
~Joe Houldsworth

Ya, benar. Quote ini sangat tepat digunapakai untuk menyatakan betapa susahnya nak dapatkan satu ciuman pipi dari kanak-kanak spaghetti ini. Sedangkan nak tangkap gambar dia pun susah, apatah lagi nak bermanja-manjaan dengan beliau. UNLESS, saya dah lebih 3 hari tak jumpa dia, maka barulah saya akan rasa disayangi beliau. Masa ni lah saya rasa bangga yang macam orang lain tak pernah rasa bangga sebagaimana saya bangga! Hah amek, ayat selendang, belit-belit lilit-lilit.

Kalau dah agak lama tak jumpa dia, memang saya akan dipeluk dicium setiap saat. Tangan saya dipegang macam tak nak lepas sampai bila-bila. Jalan nak seiring je. Naik lift duk rapat-rapat kat kaki saya, peluk paha. Tak nak lepas. Rindu katakan ohkohkoh. Ini yang buat saya sangat terharu dengan nilai kasih sayang kanak-kanak. Kalau layan tengok TV dengan dia, setiap beberapa minit pertama di sisi beliau tu, pasti dia akan datang dekat dan usap-usap pipi, tenung muka saya sambil sengih-sengih. Tak tau macam mana lagi nak express perasaan suka dia dapat jumpa saya kot?

TAPI! Cuba duduk dengan dia lama sikit, hampeh. Siap kena tengking, gigit, cubit dan sebagainya. Hih ni naik angin nih! Tapi walau sebagaimana deraan beliau pun, kuasa kanak-kanak lebih kuat berbanding amarah dalaman ni. Lepas gigit tangan saya, baru ingat nak balas balik (hehehrr), tup-tup dia cium pipi....ooh~ terus dosa-dosamu ciksu ampunkan! . Tu je ah dulu, sambung keje. chow.




p/s: Bukan senang nak tangkap gambar dia ni, dia memang jual mahal. Kebanyakan gambar beliau mana ada tengok kamera pun. Masa umur tak sampai setahun dulu-dulu pun, kalau nak tangkap gambar yang dia senyum ke arah kamera, caranya ialah:
"Satu, dua, tiga, senyuuum.. ok, dah"
Lepas 'ok, dah' tu baru boleh klik kamera sebab lepas 'ok,dah' tu barulah die akan senyum segirang mungkin!

6 comments:

Dr.LoveHunter said...

percintaan dn ksh syng itu mengandungi dua bhgian-yg licin dn yg kasar.ambil kedua2nya..

myatiqah said...

wahhh rambut die...xmcm spegeti dh..ni specis megi mee mamee sdp dimakan neh.

ila ni said...

dr.:
apa maksud?

atiqah:
aku letok namo bdk spaghetti sebab die br tau bagaimana rs spaghetti, maggi blm dibenarkan hahaha tapi aku la plok hok terliur klu tgk rmbut dio lama2!

zAituL aZrA said...

wah..bkn maen lg susah yer nk tngkap gmbr dier..cam ciksu dier je..hehe

nway, nampak rock la dier!! hihi

ifa said...

"Satu, dua, tiga, senyuuum.. ok, dah"


-->ayat itu menghibakan aku..huhuhu rindu pulak time2 anak aku kecik2 dulu..time sekecik di mana beliau telah menampar mata aku selaku ibu nya sehingga aku namapk bintang kuning berkelipan chesss

ila ni said...

jetul:
dia ini memang sangat rock. bukan jenis kanak-kanak yg manja2, kadang2 kita plok hok jadi kekurangan kasih syg dr dio.

k'ifa:
zaman penamparan muka besar-besaran dilakukan ko? nasib baik la tapak tgn dio penuh isi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...