hari menikmati kehidupan

Ye, percayalah, hari ni kali pertama saya keluar dari UPM dengan tujuan untuk berhibur setelah 2 semester berlalu tanpa sebarang aktiviti menghabiskan duit dan masa, cayalah!! Eh, penghabisan masa depan internet kite tak kire tau.

Lepas submit hari tu, macam biasalah. Penuhi malam & tengah hari dengan tidur. Petang gerak studio, dah ter-addicted dengan suasana studio, campur-campur nak kemas barang-barang dapur kat studio. Konon nak gi kejap je tapi terlayan internet sampai malam. Pastu baru teringat yang member-member Landscape belum present, maka naiklah ke tingkat atas tolong apa yang patut. Ha sila teka 'apa yang patut' tu HA HA HA HA suka woh pertama kali mewarna BOARD PRESENTATION DENGAN MARKER! YA, MARKER! hahahha rasa pro gile ah.Dah lama nak merasa warna guna marker, last-last diberi kepercayaan jugak untuk melaksanakannya. Saya pun khusyukla tolong Syai siapkan board, kaler perspective & master plan sampai kul 6.30 pagi, pastu balik tidur.

Tidur lebih kurang 2 jam je, pukul 10 gerak gi galeri sebab ada briefing dan kena turunkan board presentation hari tu untuk simpanan masing-masing.Mengantuk. Sangat mengantuk.

Dan...






jeng jeng jeng-







Saya keluar ke Bukit Bintang hari ni!! oh jakun. ok,ok.. sangat jakun. gembiranya melihat dunia diluar lingkungan UPM. (Hongkong & Langkawi tak termasuk dalam perbincangan)

Janji dengan kawan PKN nak temankan beliau mencari external hard disk. Dia datang lambat, saya pun lepak depan Low Yat. Sempat la jugak memenangi hadiah RM5000. Hape daa...punya lah excited budak tu bila saya koyak kertas tu dan dapat warna kelabu. chit, untung ngat dunia jika ada orang tiba-tiba nak kasi hadiah gempak-gempak secara tiba-tiba.

Jumpa Jem terus gerak cari makan kat Times Square.kat sini Jem buat gile, die nak masuk theme park tu! Hish, saya ni was-was sikit sebab dah lama tak main, dah tak tau tahap mana ketakutan & kegayatan saya. Nak enjoy punya hal, maka berkorbanla rm32. Boleh makan seminggu tu, tskk...

Memang best sebab orang tak ramai. Sampai merayu nak naik Flying Bumble Bee. Sedarlah diri sikit oih.

Kitorang main Dizzy Izzy dua kali; opening & closing ceremony. Robo Crash sekali, merry-Go-Round dua kali yang buat Jem loya nak muntah. Hape da... banyak-banyak yang mencabar yang mainan budak tu jugak dia nak loya. :P Sorila Jem, terpusing cawan tu laju sangat kot hohohoho excited dengan lagu iya-iya-oo tu, pastu naik tren kanak-kanak - Fantasy Train. bersungguh rebut tempat dengan kanak-kanak. Ok, hyperbola je, takde kanak-kanak yang nak naik pon benda tu. Fine, biar akak-akak je yang naik, huh sombong!

Yang paling saya menyesal naik ialah Space Attack! Gile, nasib takde lemah jantung. Tu lah Jem, taknak tengok dulu benda tu pusing macam mana, main naaaaiiik je. Sepanjang benda alah tu pusing memang mata tak bukak-bukak. Bukak sekali tapi terkena time tu kat puncak, nampak construction site, terus pejam tak bukak-bukak. Tawakal je ah kalau jatuh. Nasib badan XXl, tak telus seat belt..

Hah dan pesanan penting kepada yang belum merasa (biarlah semua orang dah naik ponn), kalau nak naik Oort's Express, sila duduk satu seat sorang. Jangan ngengada nak duduk berdua-duaan dalam satu unit seat tu. Haih, yang dihimpit sakit ketiak & leher, yang menghimpit sakit pinggang. Benci mainan tu, patut lepas main dapat hadiah ameltz yoko yoko sorang satu.

Dalam pukul 7 gitu barulah patah balik ke Low Yat, meneruskan objektif asal outing kali ini. Dan berjaya.

Jem hantar ke komuter Sentul. Sampai komuter Serdang around 10.15pm, terus menscoot ke Cheras. Sekian.

Sangat penat tapi berbaloi. Eh tak berbaloi jugak sebab saya tak beli baju tadi...wuu wuu wuuu, sayang duit! Printing portfolio masih menungguku di hujung bulan ini....

Akhir kata, nikmatilah kehidupan yang ada dengan sewajarnya, namunbegitu, janganlah sampai melupakan Yang Maha Esa. Solat tetap solat ehh.. ko jangan buat alasan wayang start 6 habis pukul 8.30, ko tak sempat nak solat. pis.


**
ih ih suka lah! :D :D :D :D :D
walaupun Jem telah berkahwin dan hanya kami berdua tapi waktu yang diluangkan tadi sangat berkualiti. Kalau pergi ramai-ramai memang seronok, tapi kalau pergi dengan dua kepala je lagi seronok sebab tak banyak songehh!
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...