ok kita sambung topik yang tergendala tadi, jom!

Sebenarnya takdelah topik sangat pun. Cuma sedikit persoalan.

Kesnya, hari tu keluar makan dengan Jamme, ditakdirkan kedai makan tu ramai pekerja lelaki. Handsome ke tak tu kurang pastilah sebab syok sangat boleh jumpa Jamme kann, first time saya tak bermata keranjang.





Pulak, dah rasa malas dah aih nak menaip. Ok kita ringkaskan.



Kami pesan makanan, air seperti biasa. Pekerja tersebut tanda rait macam biasalah kat kotak-kotak berkenaan. Sesampai je makanan, beliau memadam semula sebahagian menu yang kami pesan yang membawa maksud kekununnya kami tak jadi order walhal makanan itu sudah selamat sampai ke tangan 2 makhluk berisi ni. (ada tanda-tanda kerendahan diri di situ ye) Dan pekerja tersebut mengeluarkan ayat-ayat standard dalam drama-drama tu;-

"Yang ni free, orang sana belanja"

Kami yang pantang rezeki datang bergolek ni hanya senyum semanis, secun, sejelita yang mungkin tanpa menoleh pun ke arah pembelanja itu. Ye lah, bajet-bajet kenkunun dah arif dengan situasi begitu. Ok, ok, kembali kepada topiknya.

Maka timbullah ayat dari Jamme si bakal peguam itu:


translated to standard language ye,




"Aku heranlah, kenapa lah orang lelaki ni sanggup belanja perempuan yang dia langsung tak kenal ah?"

"Kalau aku lah, walau suka macam mana pun kat orang tu, aku takkan sesenang hati nak bazirkan duit nak belanja dia. Kenal pun tak, sekadar jumpa sekejap ni pastu hilang, baiklah kita jimatkan duit dengan hanya merenung beliau sahaja." sambil diiringi hilai tawa gedik-gedik sedikit dari saya. Eh kata orang belanja, mestilah kena buat-buat gedik, baru sesuai ye dok? hehehehhr...



Ayat Jamme membuatkan kami berada dalam satu situasi yang merbahaya iaitu, berfikir sambil makan. Itu bukan cara kami tu, sungguh tak fokus pada makanan.

Dan, sehingga sekarang belum dapat jawapan. Anda tau jawapannya? Sila emailkan jawapan tersebut agar kami tidak berterusan berfikir sepanjang hari.


Ringkasan soalan oleh 2 tikus gebu;

"Apa yang lelaki dapat dengan membelanja wanita yang ditemuinya di kedai-kedai makan?"

pilihan jawapan yang sedia ada, juga boleh ditambah sendiri mengikut rasional dan pengalaman;-

A - untuk menunjukkan kegentlemannya
B - to be noticed by that specific woman . er..untuk apa?
C - berharap untuk join makan sekaki <-- yang ni sori la weh, dengan anak buah pun teragak-agak nak share makanan.

Jadi kepada korang, pesanannya, tak payah lah belanja wanita yang tidak dikenali kerana ianya tidak membawa pulangan apa-apa kepada anda, hanyalah kemerosotan ekonomi. Baiklah korang belanja saya je. Tu tu hassan tu, padi tu, semua hutang aku tu!! nak mintak alim belanja karang dia belanja ulat Sarawak pulakk..

7 comments:

lelaki meja depan said...

AKU HUTANG PLAK??!!!!ko utang aku 20ribu yaaa....jgn buat2 lupe

yaNi said...

Wah, best giler buleh makan free... Sekali sekala kalau ada orang yang tak kenal belanja ok kut, tapi kalau sokmo jadi gitu, seram !!

Moja Amin™ said...

AHAHAHAHAHAHAHA!

I never use that trick before. (and I don't see any rational to do so)

kan?
membawa kemelesetan ekonomi poketku adalah!

ila ni said...

hasan:
kenapa meja depan?

20ribu yaaaa adakah sama dengan 20ribu rupiYAAAAAh? :P


yani:
best jugoklah tapi lagi best kalau diinform awal-awal yg ada org nk blnja, boleh order selori! :D


moja:
ha jangan sesekali praktikkan ia sebab takde pape kelebihan pun, melainkan plan disusun rapi & lebih action berbnding sekadar sekadar belanja

mrs. sepet said...

Phuiyyoo.. McLa hawtt! ade org usha tuuu... winks~

BURDHANI said...

if i were a boy..eh xjadi la nak jd laki2..hehe

nak watcamne kan mcla..org nak belanja makan, layan jela..asal kenyang dah.

eh satu lg, ensem x yg membelanjakan tu?..hahaha sempat lg gediks~

ila ni said...

mrs. sepet:
uish dunia hampir kiamat kalau mcla hot.

burdhani:
hohoho tu ah, layaannn. janji kenyang dan duit x melayang.
er.. x tau gok, x menoleh pon ke arah manusia pembelanja itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...