Edisi Submission


Seperti kebanyakan rakan-rakan ketahui, hari ini dijadualkan untuk tarikh akhir penghantaran drawing-drawing untuk final presentation pada 15 April nanti. Ya, hari ni. Sebab tu lah malam tadi tak aktif facebook!

Sebenarnya bukan kelalaian Facebook punca utama saya sangat busy malam tadi. Puncanya adalah 3D saya yang dijadualkan disiapkan oleh seorang rakan studio lama iaitu Intan yang semakin hebat dengan 3DMax nya; TIDAK BERJAYA didirikan.Oh! Petang semalam baru dapat tahu akan hal tersebut. Manalah sempat untuk seorang kekure seperti saya nak buat 6 drawings dalam masa satu malam? Saya nak buat sendiri 3D bentuk organik tu? Buat lawak ke wehh

Mesti ada yang tak paham.
Apa susah sangat? Buat je lah drawing tu. 6 je. Aku baca buku 2 biji satu malam boleh sempat hafal bla bla bla... assignment 3 sekaligus boleh aku siapkan dalam sekelip mata, takkan sekadar ENAM drawing tak boleh siap? Dah lah kao tu tak tidur malam kan kan?

SORRY ye. Meh nak beritahu apa itu ILANI.

Ilani merupakan seorang yang agak detail apabila membuat design. (mahu pun bila merancang gathering, nak kena ada plan A,B,C,D......Z. Ah bila cakap hal gathering selalu sakit hati dengan budak lelaki studio!) Namun, sifat keperfectionistannya itu bukanlah sesuatu kelebihan memandangkan beliau takde pun skill yang setanding dengan sikap perfectionist itu. Keje terhegeh-hegeh ada hati nak buat drawing detail-detail..

Ilani biasanya menyiapkan 3D model menggunakan software sketchUp lalu mengimportnya ke drawing 2D untuk diedit bagi nampak kemas sikit lines yang ada. Itu untuk section. (section adalah potongan bangunan yang menampakkan isi dalam bangunan, batu, konkrit, tiang, slab, beam bla bla.. trusses, sambungan-sambungan bumbung dan sebagainya)

Untuk elevation pula, dia biasanya akan ambil terus pandangan sisi tersebut dari model 3D nya itu. Elevation ialah pandangan luaran bangunan tersebut, biasanya ada 4 sisi lah semuanya. Elevation ada 4, section ada 2. So total drawing yang kena ada adalah 6 tak termasuk lukisan pelan setiap tingkat.

ini contoh 3D berbentuk organik. Panah merah menunjukkan arah di mana pandangan sisi diambil
(psst! ini 3D hassan hahahaha)


ini pula contoh elevation (pandangan sisi). Itulah 3D yang tak jadi tu huhu semoga hassan berjaya mengubahnya menjadi sangat superb walau design asal tak superb. (kena marah kat hassan lah ni mengeluarkan ayat2 preconceived mind ni!)

Semua lukisan ini haruslah sedetail yang mungkin. Ada standard lukisan dia. Tingkap berkaca macam mana, pintu sliding macam mana dan banyak lagi. Selain itu, beza ketebalan line-line dalam lukisan itu juga mesti ditunjukkan. Ianya dipanggil lineweight. Lineweight membezakan kedudukan tinggi-rendah dan depan-belakang sesuatu objek. Contohnya; outline bentuk sofa haruslah sedikit cerah dan nipis berbanding outline untuk dinding. Ish, dah jadi introduction to architecture. Baiklah, kita sambung cerita. So dah pahamkan kerja-kerja yang saya perlu buat untuk submission sesuatu projek? Sila lah paham.

Maka petang tersebut, saya sungguh stress sebab tau saya kena buat section & elevation tu dengan cara lambat (cara cepat tu dengan mengambil view dari 3D tu tadilah). Kalau saya tahu lebih awal mungkin saya boleh prepare awal-awal masa saya agar tidak terlalu fokus kepada pelan lantai. Tapi takpelah. Itu pun mujur dia mengofferkan diri, dah tak terucap dengan kata-kata betapa leganya mendengar tawaran pertolongan daripada beliau tempoh hari. Tapi ni, serius saya memang tension. Salah saya jugak mengharapkan 3D itu untuk dapatkan segala drawings tu. Tak pasal-pasal stress berganda bila 3D tak siap dan TAK MUNGKIN siap dalam masa satu malam ... memang tensen! jerawat-jerawat pun dah takde nak meletup dah sebab semua dah meletup, kaki dah sembap, urat-urat bahu bersimpul manuk, siku dah lebam yang amat dan pelbagai lagi kesakitan menjelma. TENSEN WOHHH DRAWING TAK SIAP SEDANGKAN PUKUL 9 PAGI DAH KENA START PRINT! oh bab printing ni satu hal lagi.

Printing pula nyet,nyett,nyett slownya. Satu kertas bersaiz A1 mungkin mengambil masa..er..berapa aa? 10 minit? ntah. Pastu, harga takyah cakap.

Ni stress yang amat ni petang tu. Kena pulak nini gi buat lawak April Fool, (terima kasih kepada mereka yang mengingatkan akan diriku ini bertambah tua) - lagilah menambahkan sakit hati masa tu. Haahahah sori nini di atas ayat-ayat tegang yang telah kulayangkan. Memang silap timing.

*Bersambung kejap lagi.* taknak sambung dah.

8 comments:

karawaskian said...

random fact: manuk means 'chicken' in sarawak

BURDHANI said...

terpaksa mengakui..xpaham pon isi2 di dlm entri ini.
tp apepon, jgn tensen byk2..tensen sket2 ok kut..
hee~

*slmt menghandle ur works successfully mcla*

ifa said...

aku ghoyak doh jange harap kan oghe buat keja!ngokn gek la mun ni!

ila ni said...

karawaskian:
memori silam kao ENJOY di sarawak ke? haaa btau awek kao!

burdhani:
hahah agok doh mesti ramai x phm, abih te doh translate jargon2 tersebut. Btw, taklah jargon sgt sebab ia hanyalah perkataan BI yg jarang digunakan dalam kehidupan harian. Bukan perkataan saintifik seperti budak2 medic sokmo guno :P

k'ifa:
tu la, tapi meme ila x reti nk buat bentuk tu, handicap dlm software nk bt gano lagi. seperti org mengntuk disorong bantallah bilo ado hok menghulurkan tawaran nk tolong buat...sedih!

H said...

HOI!letak plak 3d aku....cisssss.mujur design x power xde org nk curik hahaaaa...

elida hanan. said...

mcla susoh nyoo...

aku bleh imagine..sbb aku tk pehe so benda pun mung explain tuh.. dah la aku bab2 imagine2 nih memang fail..

eh eh happy belated bday!

sorry lambat wish, malam tuh aku tkleh nk bukak blog mung..

ila ni said...

H said:
hahah sori aa . ko je rasa tak gempak, bagi aku yg x reti nk buat bentuk2 fluid gtu, masih kekaguman takleh tutup mulut.

elida:
hoho tq, xpolah belated pun, x caro sgt pon bday tahun ni.sob sob..

doakan aku lulus jah xpo doh :P

zt said...

ila,add zt facebook..justf9me@yahoo.com
bile dh free sket la..ye...
goodluck=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...