Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.

Apa khabar rakan-rakan? Saya sihat. Saya kini telah tamat sesi pelajaran degree (harapnya) dan kini terdampar di rumah kakak dan kembali mempunyai internet. Walau namanya sudah tamat semester, namun masih ada satu technical report yang masih belum dihantar dan secara spesifiknya;- masih belum dibuat.

Mari saya tunjukkan apa yang berlaku dalam hidup saya sepanjang bulan yang lalu dan dua bulan yang lalu.


Ini buah-buahan. Ketika ini saya sedang giat menghuni studio. Aktiviti harian hanyalah mandi, makan dan duduk menghadap PC dari celik mata sehinggalah jam 4.30 pagi. Sungguh tak sihat. Takde pergerakan senaman langsung. Kaki mula bengkak dan badan mula menunjukkan simptom-simptom tidak sihat. Jadi, saya cuba untuk sekurang-kurangnya eat healthy walau senaman langsung tak buat. That was the least i could do for myself. Hasilnya, setiap hari saya akan memakan 3 hingga 4 biji buah setiap hari. Yelah, risau pulak jika mereka memburuk dalam laci tersebut.

Dan ye;- mereka memang memburuk. Rugi ekonomi saya. Maka, sehabisnya stok ini, saya pun mengabaikanlah niat murni nak eat healthy tersebut. Jimat duit untuk printing lagi bagus.


Selepas tamatnya segala kucar-kacir di studio, saya mempunyai banyak masa lapang. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menyambut ketibaan rakan saya dari London. Beliau baru pulang dari pre-honeymoon kata orang. Saya telah ke airport dengan menaiki kereta kawan saya yang seorang lagi; iaitu si anak tauke Tiger Club a.k.a Maybank. Kenapa saya menceritakan yang beliau anak tokey Maybank? Sebab, saya dapat ini.



ye, Reader's Digest. Saya memang menitik air liur melihat goodie bag yang mengandungi Reader's Digest ini terdampar di bahagian tempat duduk belakang kereta beliau. Namun, saya cuma berdiam diri sahaja. Hanya menelan air liur secara senyap.

Di akhir rancangan, air liur yang saya telan sangat berbaloi kerana si anak tauke Tiger Club rupa-rupanya memang berniat untuk memberikan goodie bag itu kepada saya dan rakan saya yang baru pulang dari luar negara itu. Saya senyum sehingga bosan.

Tapi saya masih tak tau kenapa Reader's Digest yang menjadi isi kandungan goodie bag itu. Walaubagaimanapun, saya tetap gembira kerana saya memang suka membaca Reader's Digest, cuma kekangan wang yang mengehadkan minat saya itu.

selain itu, saya juga mendapat cenderamata daripada rakan saya yang baru pulang dari pre-honeymoon tersebut. Ini dia cenderamata tersebut;-


Ianya sekeping poskad Big Ben. Dibelakang poskad tersebut tertulis ;

Memang patut beliau bagi by-hand kerana alamat tak lengkap. Si anak tauke Tiger Club juga dapat poskad yang sama. Dan juga seekor beruang kecil yang memakai jersi Germany. Beruang tersebut pula sebagai tanda beliau telah sampai di German dan menginap di sana dengan lamanya berbanding di London. Sebab itulah dapat beruang, bukan poskad. terima kasih Awa dan Kamal.

Oh dan ada satu lagi.

Sebagai seorang manusia yang menyambut kelahiran sewaktu Awa masih dalam percutiannya, saya diberikan sekeping painting yang cantik;- Eiffel Tower.


Ini sebagai tanda beliau telah sampai ke Kota Paris. Dan juga sebagai 'ini-hadiah-birthday' memandangkan si anak tauke Tiger Club tak dapat kad ni.

Sekali lagi, terima kasih Awa & Kamal.

Sekian saja buat kali ini, jumpa lagi di entri seterusnya yang akan lahir sekejap sahaja lagi.

Wassalam.

2 comments:

elida hanan. said...

mcla, ur graduating soon? wah wahhh! tahniah2!

ila ni said...

hoho harap2nya lah, graduate lah kali ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...