Buku nota adalah hadiah impiannya

Hari itu hari ibu. Dan juga hari ma buat yang memanggil ibunya ma. selamat hari ma, ma!

Dan tahun ini, Kojah si anak buah ku yang agak 'special' sket karakternya itu telah membuat kejutan lagi untuk ibundanya.

Gedegung gedegang bunyi dari tingkat atas tatkala semua orang menonton berita.

"hih apa la dia buat kat atas tu, ijah ni macam-macam!" <-- antara tuduhan melulu pihak penonton berita.

Selepas sunyi seketika dari huru-hara di atas sana, dia turun. Jalan terkepit-kepit macam biasa. Straight menuju ke ibundanya.

"Tadah tangan pejam mata" keluar arahan dari mulut Inspector Gadget.

Dan teka, apakah hadiah yang diberi beliau? Jika tahun lepas sekuntum ros merah, tahun ini apa pula pilihan beliau?


















Jawapan : Sebuah buku 888 (besar sikit dari buku 555) dan sebatang pen merah. Sebijik macam apa yang dia nak masa birthday dia. Dan hadiah tu dia korek dari laci mak dia ..........

p/s: lusa Ciksu's Day. Prepare hadiah gempak-gempak sikit!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...