kenangan

Kenapa kalau kenangan je mesti ingat yang best-best je? Pastu siaplah, sengih sorang-sorang tu memang wajib. Apa best ke mengimbau kenangan sorang-sorang? Tak sama maksud dengan berangan ke agak-agak? Ye lah, sebab kita duk ingat kenangan zaman lampau lampau yang manis-manis, yang best best tapi hakikat sebenar benda yang kita ingat tu sebenarnye dah tak manis pun. Hambar. Berangan ke macam tu?

Tapi kalau mengimbas kenangan dengan member-member, toksah cakap. Memang khusyuk! Kadang-kadang termasuk bab mengumpat, siap boleh demam panas *PANAS PANAS PANAS* Biasanya kalau dah start mengimbau kenangan dengan member lama, tak tidur pun sanggup. Kalau facebook, beratus-ratus komen kat satu-satu gambar. Eh eh macam terkena atas batang hidung kembang ni jeh. Baiklah, memang saya mengaku saya suka letak gambar-gambar memori sebab nanti dengan gambar itulah rakan-rakan akan kembali berkomunikasi antara satu sama lain; walau hanya di alam maya....tskk! Takleh dah ni, bab kawan je lajuuuu je air mata berebut sape nak turun dulu. Haish!

Persoalannya, jikalau saya asyik teringatkan tentang sesuatu yang indah yang berlaku beberapa tahun yang lalu; (yang sekarang tak berapa indah pun kondisinya), adakah itu dikira berangan? Ah, bak kata internet, 'cherish the moment' jadi memang saya menurut kata lah ni. Pengguna internet yang taat rupanya.

Tak kira, nak jugak ingat kenangan lama dan nak jugak senyum sorang-sorang dan nak jugak hidup dalam kenangan walau kedengarannya agak pathetic!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...