kerja pertama sebagai seorang anggur telah dilaksanakan dengan jayanya.

1. Bekas kekasih saya adalah:
takdak aih kekasih kekasih nih

2. Saya sedang mendengar:
kesunyian.

3. Mungkin saya patut:
pegi minum air kosong kejap.

4. Saya suka:
bereskan kerja-kerja suri rumah. ye benar. siap-siapa mau upah suruh kemaskan rumah boleh lah hubungi saya di talian celcom.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
manusia-manusia yang ada pelbagai peel dan kerenah. kata manusia.

6. Saya tak paham:
kenapa fizik tingkatan 4 kena ulang banyak kali eksperimen yang main-main dengan troli kecik tu?

7. Saya kehilangan:
selendang taliban.

8. Ramai yang berkata:
"yey esok raya!" nak nak kalau esok hari raya, memang satu malaysia cakap macam tu kot

9. Makna nama saya:
tak tau. sape tau? sila bagitau

10. Cinta itu adalah:
taknak cakap apa-apa. nanti di smash hits kan lagi :P

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
menggaru biji gatal di kaki sambil berkata "banyak nyamuk la kat luar tu ciksu"

12. Saya akan cuba:
- untuk kurangkan limpahan lelemak
- untuk menjadi anak yang periang ceria banyak bercerita sepanjang masa apabila berada dengan ibu dan ayah saya
- untuk tidak solat di akhir waktu
- baiki resume tahun lepas cepat-cepat dan mula menghantarnya awal june nanti
- untuk tidak moody terhadap sesiapa sahaja
- untuk merajinkan diri gi amek segelas air sekarang jugak!

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
selamanya lah.

14. Telefon bimbit saya:
satu bagus satu agak bengap.

15. Bila saya terjaga dari tidur:
tengok telefon bimbit yang baru dikutuk sebentar tadi

16. Saya paling meluat apabila:
"Berdebat dengan orang yang anggap apa yang saya lakukan adalah salah sedangkan perkara itu tidaklah seburuk mana tetapi bila dia buat salah dia tak boleh menerima teguran orang lain. Tumbuk kang." <-- setuju inot setuju.

17. Pesta/Parti adalah:
pesta best tapi parti boleh membawa perpecahan kaum contohnya di Perak. Jangan ISAkan saya.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
CICAK!

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
1-23 tahun.

20. Hari ini:
hari terakhir saya melakukan assignment. kalau ada lepas ni pon, pembetulan je lah kot :P

21. Malam ini saya akan:
hilang punca.

22. Esok pula saya akan:
mungkin mengeceh-ngeceh kakak untuk pinjam kereta beralasankan nak bawak anak buah gi jenjalan memana.

23. Saya betul2 inginkan:
duit. nak gi travel ke tempat fizah di perancis sana by end of this year!! Dia cakap lebih kurang rm7k diperlukan. harus lancarkan dana anggur sekarang!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
wah! rasa indah berseri lepas seminggu tak cuci muka. makcik cleaner k11 buang facial wash saya.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
kalau arked permainan itu free, semestinya saya memilih beliau

26. Makanan Barat atau Jepun:
makanan.

27. Bilik yang terang atau gelap:
terang lah. kao ni sindir aku ke ape?!

28. Makanan segera adalah:
tidak elok

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"kenapa bangun?"

4 comments:

aNeA_hAyATi said...

hahaa..lucu la ilani..
aka nk tulis n ckp
Lucu la ILA ni :P

ila ni said...

hahah xpo anea xpo..
saya memahami akan penggunaan dua maksud namaku itu.

MATAHARI said...

aku kena bangun, kalau tak nanti bumi tak da waktu siang

ila ni said...

baca 4 kali baru paham. hahhaha nice one!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...