Koya

Berjaya!

Berjaya habiskan aA+bB. Hahah kesian. Dah berabad baru jumpa buku tu. Serius bahaya weh penangan buku ni. Boleh buat kita yang baca ni jadi iras-iras Ella Padang Bas! Nasib ah sape tak kenal Ella tersebut..

Berbaloi berlari sana-sini mencari lagi RM7 yang tak cukup untuk beli novel ni. Ah kak iza pon, time tu lah dia nak hilang dari radius. Bersungguh saya suruh pakcik gerai buku tu taruk buku tu, jangan jual kat siapa pun, sanggup! Dan setelah macam nak lembik tumit (?), saya berjaya menemui sumber RM7 saya. Terima kasih, kak iza. Dan pakcik juga kerana telah menyimpan buku paling best dalam sejarah novel melayu itu untuk saya. RM 17 harga dia, tu yang tanpa ragu nak beli. Kalau shopaholic series si Sophie Kinsella tu mau dekat rm40 sebijik. Support Hlovate! Support!

Asalnya saya baca karya-karya Hlovate ni secara online je iaitu selepas dipromote oleh cik pipi (bukan pipiyapong yang terkenal itu). Kata beliau;

“ Baca la ila, best gila. Sebijik macam zaman-zaman sekolah punya imaginasi”

Saya tertarik nak baca sebab saya yakin ianya sangat best sehingga cik pipi yang biasa membaca novel inggeris (eh ye ke?) ni pon boleh fanatic dengan si Hlovate ni. Maka kompem, ianya pasti best.

Saya baca 5 Tahun 5 Bulan . Sempat la angau sebulan dua. Bukan, bukan. Seminggu dua kot? Pastu dah tak larat nak ngadap PC klik satu part satu part. Jadi saya tanam azam nak beli satu. Nak beli aA + bB sebab berdasarkan testimony readers dia, semua sangat menyukai novel tu. Ah dah la, cukuplah, cerita sejarah bagaimana mengenali karya Hlovate pula dia.

BEST BEST BEST BEST! Tak tau nak kata apa dah. Ini adalah kisah yang paling sweet, paling sempoi pernah dibaca. Kalau ada ramai lagi author macam ni, Sophie Kinsella, Meg Cabot tu pon boleh jatuh ke tangga 358 dalam list suka hati saya.

Baca la wei, mampu membuatkan anda tersengih tergolek termenangis (jika dibaca tatkala emosi memang tengah tak stabil la). Oh bestnya jikalau Benz itu wujud di alam nyata dan dia adalah tak lain tak bukan, adalah - dah, dah. Takyah berangan. Tutup cerita.

7 comments:

Leeya said...

erk..mcam menarik je neh..apekah tjuk buku itu??bley tak tnjukkan gmba buku tuh skali??rse mcam nk p carik jugakk..huhu

ila ni said...

aiyakk kamera x de batt. la skrg :P
leeya search je kt internet, untung2 jumpe online novel terus.

[S]itie [B]Um [B]Um said...

xsuke buku

yaNi said...

ila.. best GILER kan.. hehe. Hlovate ada publish novel baru, klau tak silap tajuk nya Rooftop Rant. yang ni pun best. :)

ila ni said...

sitie:
try dulu, gerenti boleh jadi ulat buku pulak pasni ohkohkoh

yani:
yaaaa sangat giler best die tu!! hohoh
Rooftop Rant tu ila smpt baca sikit je hari tu via blog dio. agak menarik jugok intro dio tu tp xdok duit lagi walau hari tu napok doh kelibat novel itu :P

Fefey said...

aA+bB paling best among others, Rooftop Rank, ape lagi ntah sebijik dua lagi. Baca weh, pasti tekeluar air liur kau berangan

MATAHARI said...

aku suka rooftop rant. the evil into a caged monster.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...