Lagi lagi dia.

Tadi terlayan Elmo's World. Nostalgia sungguh.

Kelakar rupa-rupanya Elmo tu ye hohoohohiook. Patutlah Farah Amani sanggup menyergah mana-mana pihak yang mengacau beliau menonton Elmo & Dorothy tu. Ciss..tiba-tiba rasa pedih pipi yang pernah dilempang anak buah paling 'semangat' tu.

Walau sekasar mana dan seteruk mana saya dibuli beliau, saya masih menjaga beliau bagai menatang minyak yang penuh. MELAINKAN! apabila ada isi kandungan pepejal dalam pampersnya. Sebolah-bolehnya saya lengahkan, biar sempat dengan kepulangan ibu & ayahnya dari tempat kerja. Jarak antara dia pulak kalau boleh jauh-jauh sikit.

Bila masa pulak saya jaga dia? Oh, iye nya setahun yang lalu, sewaktu di hujung-hujung cuti semester. Masa tu dia sangat gilakan Elmo. CD Elmo, baju Elmo, patung Elmo, pinggan Elmo. Bukak youtube pun kena bukak new tab khusus untuk Elmo dia. hiss!

Hari pertama saya membaby sit kan dia, semua orang risau. Pukul 9 ibunda saya call, kul 10 ibunda beliau call. Semua tanya soalan sama;

"Farah tak berak ke?"

Cit. Mementanglah saya ni diakui ramai sebagai penggeli tahi anak-anak buah! Saksikanlah, saya basuh ber*k dia kasi licin punye, kasi tunjuk taring sikit dalam bakat mengasuh nih.

Hari pertama mengasuh, dua-dua bangun lewat. Farah yang tak pernah-pernah bangun lewat, hari tu dia telah bangun pukul 10.30 pagi. Memang lawan tauke. Pulak tu bangun je terus ada khazanah dalam pampers. Memang first task yang sangat mencabar.

Memang budak reti makan minum je ke? Ewah-ewah rilek sungguh kehidupan beliau. Sambil ngadap Elmo, kaki bersilang, teguk susu. Tapi saya perhatikan, lenguh jugak jadi budak kecik ni. Sebab, sejak dari celik mata, kaki tak henti-henti berjalan sana-sini. Kadang-kadang tengok TV pon dalam keadaan berdiri @ mencangkung. Dia tak penat ke? Kalau saya, acara wajib tengok TV sah-sahlah nak kena baring tak pon duduk gaya-gaya Cleopatra kat sofa tu. Kesimpulannya, tak nak lah jadi budak kecik. Tak reti nak berehat.

Mengasuh seorang kanak-kanak yang ganas bukanlah sesuatu yang sweet. Anda tidak boleh mengharapkan beliau datang memeluk anda dari belakang mahupun merengek-rengek kecil meminta itu ini. Sebaliknya, berkemungkinan besar anda yang merengek meminta kasih sayang kanak-kanak tersebut! Sebab tu saya suka bila hujan tiba-tiba turun mencurah-curah, angin kuat dan ribut berdentum sana-sini ho ho hohr.... baru tau nak datang peluk orang, huh!

Dahlah, karang lebih-lebih ni ada jugak yang menitik air mata jap gi. Bye, Farah!




dah besar ada baju Cookie Monster la pulak


Memang minat gile ah rambut ni. Kalau dibenarkan buat rambut, memang saya bawak gambar ni gi tunjuk kat tukang gunting.

7 comments:

alqil said...

rambut die memang style abes~
tgk la gaya makan kat mcd...
siap ade manusia ketak2 itam ag tu..
(tak tahu nama)
cara merakus ayam pun dah ganas..
hahahahaha....

ila ni said...

hahahah qila describe hebat!
mai la kita buat lawatan menziarahi budak ini jum.

myatiqah said...

hahaha comey..tp aku fail jgk nk jg bdak yg pngganas ni.aktif mgalahkn kte.so bia je die.hohoho

ila ni said...

hoh ado jgk ko pengalaman njaga kanak-kanak aktif ni? mencabar kae? aku suko! buleh main kasar2 nga dio.

aNeA_hAyATi said...

ahakss..
rOck abes budOk ni ila..
cpt arrangekan appOintment anea ngn die..

ifa said...

ingatko pengalaman 2 thn lepas di mana balik praktikal, bunyi grill jah, ada makhluk jenguk kut bwh pintu! kebiasaan diteruskan walopon dah takde penghuni tmbahan lagi di 3C-3-01 ...siyye ko dio...

ila ni said...

anea:
jum jum colek dio dr nursery jum!

k'ifa:
jgn disebut weh...jangan....
bergene air di dalam mata nih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...