Lintas langsung dari meja satu meja dua

Hai. Kami berlintas langsung di jam 3.26 pagi. Dan kami sungguhlah tak tau nak buat apa dah.

Kami? Oh memang kami. Kerana, pagi ini kita ada tetamu yang turut mengalami tahap tidur yang maksimum iaitu.............Kak Ati!!! persembahkan, Kak ati.


hai.saya kini menemani saudara/saudari di blog ciksu saya. saya tak tahu lah kenapa saya jadi tak boleh nak tido nih..sebenarnya tadi saya dah tido, tapi terbangun semula pukul 12.00 tengah malam. sebenarnya saya dan ciksu saya ni tak tahu dah nak buat apa....! tadi kami dah buat 'beberapa' jenis kuiz di facebook. sekarang ni dah tak tahu nak buat ape. kalau nak tengok TV pon tak de citer best. kalau saudara/saudari nak tahu, saya adalah seorang budak perempuan berumur 12 tahun dan bersekolah di SK Seri Anggerik(sebuah sekolah di Taman Len Sen, Cheras). jadi pada sesiapa yang ingin mencadangkan apa yang kami boleh buat silalah taip di ruangan 'comment'. sekian terima kasih.

Yaaaa itulah dia persembahan daripada Raja Nor Izzati (bukan nama sebenar)!! Bagaimana? Merdu tak suara beliau? Pitching pon ok. Jap nak baca apa yang budak ni tulis sebenarnya.

Ceh, tu je dia taip, tapi ada dekat berjam-jam lamanya ohohohohohohohoh hiperbola sket. Perenggan pun takde, harap titik je lebih. Macam mana nak score UPSR ni wehh

Hah ada lagi sorang yang join takleh tidur. Adik dia la pulak. Apsal ramai sangat takleh tidur rumah ni nih?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...