misteri terjawab

Akhir-akhir ni sakit kepala menjadi-jadi. Ingatkan sakit kepala sebab tak cukup tidur ke.. oh saya mengalami masalah tidur. Nak kata terhasil dari tabiat stay up setiap malam waktu submission hari tu, tak kot. Sebab lepas tamat semua-semua tu dah pernah tidur pukul 11 dan bangun 6.30. Berjaya. Tapi ni.. pukul 3 pun mata tak nak tutup lagi. Kalau paksa jugak tutup, akan ada satu rasa yang sangat sakit di antara kedua mata. Reformasi encik mata sebab dipaksa kot..

Tadi keluar window shopping dan tergediklah pulak nak check mata. Kakak tu tanya (kakak, bukan abang. Kalau abang saya dah tak gi check mata kat situ) :


"Sebelum ni dah pernah pakai spek ye?"


Semestinya geleng. Dan dia buat muka tak percaya. Sudah lah kak, takde makna nak tipu kakak.


" Ni power untuk dua-dua mata;- 100"


Oooo ye ke. Baru tahu. Tapi, sempat lagi kan kalau nak buat-buat tak tau? saya janji saya akan menyukai jus carrot yang tak sedap tu. Saya janjinya. Sempat tak? Taknaklah pakai spek... nanti macam mana nak jadi askar....

2 comments:

zHafHarIna said...

ni msti slalu tgk askar kat kem 2 yg terinspired nk jd askar jgk...kamu serious kah?huhuhu

ila ni said...

kikiki taklah. askar tak pernah ada dlm list cita-cita. takut wooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...