saya rasa hari ni hari paling gigih.

Celik mata pagi tadi; hujan. Sejuk. Tarik selimut balik.

Celik kali kedua, dah tak hujan. Tapi sejuk masih ada. Siapa sanggup weh bangun dari tidur kalau cuaca macam tu?Cakap. Cakap. Cuba cakap sikit.

Walau esok submission project pun, saya pasti pilih untuk sambung tidur berbanding bangun dan buat kerja tatkala cuaca diluar hujan renyai-renyai. Dulu masa second year, ramai-ramai stay studio 24jam. Masa malam sebelum submission tu, ditakdirkan pulaklah hujan turun lebat beserta guruh tepat pada jam 2.00 pagi. DUA PAGI. Memang godaan terbesar. Sebesar Zed di zaman 3rd year. *pis zed pis*

Semua orang pun dan dan la time tu berdoa semoga malam esoknya hujan turun lebat lagi sekali. Deng jugaklah time tu. Mata separuh masak, tangan gigil-gigil siapkan kerja. Oh nikmatnya kalau boleh tidur waktu hujan.

Apa dah nak cerita tadi?

Okaih, pasal hari ni. Ya memang gigih! Cuaca mendung sejuk-sejuk pun, saya tekadkan semangat dan SAYA BERJAYA BANGUN DARI KATIL!

Nasib baik saya bangun. Sebab, lepas 30minit mengayuh basikal bertempat duduk macam basikal unta pakcik tua tu, hujan mula rintik-rintik dan makin lama makin mengganas. Oyehh! Impian nak walking-in-the-rain kiranya dah completelah, tukar cycling-in-the-rain jo.

Best. Serius best. Yang tak best hanyalah part dimana baju yang dipakai bukan berwarna gelap :(

Sesi riak tamat di sini.


 


2 comments:

Hawa CMS said...

dulu2 sokmo jeles tgok pencil case home made ila
hehehhe~

ifa said...

seperti tut mendapat bunga hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...