semoga arwah ditempatkan di kalangan ahli syurga.

Sedihkan, bila usia meningkat ke tahap keemasan, berita yang akan sering kita dengar setiap minggu, setiap bulan;- hanyalah berita kematian rakan sekeliling. Masa tu, kita akan automatiknya sudah pandai handle situasi suram kelam tu.

Tapi semalam, bila terima berita kematian ibu salah seorang rakan lepak saya, (marilah sama-sama bajet ianya 'coffee friend') - serius saya tak tau nak buat apa. Nak mesej cakap 'Takziah'; macam pelik. Saya termenung sekejap memikirkan ayat. Tambah pulak tengah terkejut sebab sebelum ni yang saya dengar ayah dia yang tak berapa sihat. Tapi tu lah, ajal maut tiada siapa yang tahu.

Lagi buat saya tak tau nak berespon macam mana ialah bila saya tau kawan saya itu hanya berdua dengan adiknya di rumah, adik beradik lain belum balik. Saat-saat sedih macam ni, saya tak tau apa yang patut saya buat. Serius, saya memang tak reti nak handle situasi macam ni. Rasa tanggungjawab sebagai seorang kawan untuk tenangkan dia tu memang ada, tapi tak tau macam mana. Mungkin dia perlukan teman untuk berbual, mungkin juga dia perlukan masa untuk bersendirian.

isk.. bila jadi benda-benda macam ni, terus rasa nak balik peluk ma & ayah kat rumah. Padahal kalau balik jarang sekali peluk mereka, nak-nak si ayah hihi. Bukan tradisi keluarga kot? Pulak tu selalu bad mood. Memang anak derhakalah saya nih.

Oleh itu kawan-kawan sekalian alam, marilah kita sama-sama buka mata, hargai orang yang ada disekeliling kita selagi mereka masih ada. Dan Al-Fatihah juga buat arwah ibu Kema yang meninggal di Mekah tengah hari semalam. Kema, tabah!

2 comments:

zAituL aZrA said...

ila..jetul pon dpt sms psl ma kema tu..ila x sms die ke?

jetul pon terkejut gk..arwah pon meninggal dtempat yg suci, Mekah..
sm2 la kte doakan moga arwah dtempatkan d kalangan org2 yg beriman..

ila ni said...

ila sms dio setelah bertubi-tubi memikirkan ayat sesuai :)
mlm td pon kecek doh nga kema, dio ok je kedengarannya tp x tau la kan, anak lelaki ni lain sikit dr kita-kita ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...