siapa menang AF8? ke AF9? ke 7?

Tu lah dia, tau ada program bernama Akademi Fantasia, tapi tak tau apa pun pasal AF. Pernah pergi konsert final AF yang keberapa tah, sebab Puan Kalsom taktau nak bagi siapa tiket free itu. Lantas selaku anak didik yang baik, saya menerima tiket seadanya. Chait!

Orang sorak, saya sorak. Orang kutuk, saya tak boleh kutuk sebab takde point nak kutuk. Tak tau apa yang berlaku dalam AF tersebut. Ah pendek kata AF tu tak penting pun. Dan takde siapa pun cakap AF tu penting. Kan?

Tak minatlah nak tengok rancangan-rancangan nyanyi-nyanyi ni. Tak masuk jiwa. Tapi kalau yang bukan nyanyian, boleh lah jugak layan tercongok depan TV. Kalau ingat waktu siaranlah.

4 tahun duk UPM memang tak jumpa Tv sangat. Sekadar lalu selisih dahi kat foyer kolej tu, adalah sekali dua. Tercuri-curi pandang masa tengah makan kat Padang pun selalu jugak. Memang hubungan dengan TV tak akrab sangatlah dalam tempoh 4 tahun ni.

TAPI kalau dengan internet, toksah cakap! Memang bestfriend forever. Blog? Ada 3,4 bijik. Friendster? Myspace? Facebook? Tagged? Semua yang ada semua layan. Pantang ada yang invite terus nak tengok benda tu macam mana. Nak nak masa tahun ulangan. Takde kawan sangat kan, ada inot pun dia duk balun layan internet jugak. Masa tu lah segala akaun kembali aktif. Aktif yang sampai tahap sanggup berjaga sampai kul 4 pagi sekadar untuk renung dan intai-intai rakan-rakan punye update. Kunun ubat tahan mengantuk nak bagi terus bekerja. Dengan inot inot sekali khusyuk. Nak ajak makan pun, guna Facebook. Tak pun YM. Padahal jarak pipi ke pipi 50cm je. Memang parah.

Tapi sekarang ni, padah jugak lah nak adapt dengan kehidupan yang sepatutnya dah boleh tidur jam 11 malam dan bangun jam 6.30 pagi. Addicted kepada internet masih ada, tapi dah tak tau nak buat apa. Pernah tak alami? Ke haku sorang je abnormal macam ni...


Internet ada, tapi tak tau nak buat apa.

TV ada tapi tak tau jadual cerita best.

Newspaper ada tapi malas beli.


Last-last jadilah sang berudu yang kemudiannya bakal jadi katak. Tu pun nasib baik adalah sikit-sikit ilmu politik Perak. Sebab, waktu makan malam sama dengan siaran berita. Terima kasih, makan malam. Dan juga cik Tod yang bertindak selaku orang pertama menyebarkan info politik Perak. Kira bermanfaat jugaklah saya gila berinternet dan berYM kan.

Jadi, apa yang boleh saya buat untuk menambah ilmu alam agar diri tidak terkontang-kanting di hari temuduga esok hari? Bukan esok, esok-esok maksut saya. Mana nak korek ilmu? Tengok Qilah rajin je buat ulangkaji duk hafal nama-nama menteri yang baru dilantik baru-baru ni. Pinjam nota Qilah la.

SEBENARNYA NAK CAKAP YANG SEKARANG SAYA TIADA APA UNTUK DIOBSESKAN DAN IANYA SANGATLAH TAK BEST TATKALA SAYA BENAR-BENAR MEMILIKI WAKTU LAPANG. KENAPA MASA BUSY DULU TAKDE PERASAAN SEBEGINI?!

2 comments:

Fefey said...

saya adalah mangsa rality show.. kenape Akim tak menang? sob sob

ila ni said...

akim tu yg mata sepet ko? *tau jugok!* hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...