Tips Meraih Kebahagiaan - La Tahzan.

Memandangkan semakin ramai dikalangan kita yang sudah memasuki alam pekerjaan dan kedengaran sana-sini stress, tension dan menderita dengan permintaan boss, kali ini saya tampilkan bahan bacaan yang rasanya memang patut dikongsi bersama ewah!

Jangan bersedih. Redha akan anugerah Allah menjadikan anda orang yang terkaya di dunia. Bekerjalah dengan jujur, jangan asyik berinternet kerana gaji yang dibayar itu adalah untuk kerja yang kita lakukan terhadap syarikat. Walau sekelumit mana penyelewangan, tetap akan dihitung di akhirat kelak. Carilah rezeki sehalalnya dan selebihnya bertaqwalah kepada Allah dan pasti Allah akan memudahkan segala urusan kita. Amin.

Jadi, di bawah ini adalah tips yang saya taip balik dari La Tahzan. Buku yang hebat. Dah lama baca tapi kali ni baru ada kesempatan nak share. Jadi, diharap anda dapat mengambil iktibar.

*sungguh formal*


1. Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur.
Juga sebelum tidur tiap-tiap malam


2. Menyendiri untuk bertafakkur
Waktu antara Subuh dan menunggu matahari muncul adalah waktu yang paling indah untuk bertafakkur. Serius, try lah. Suasana sunyi dan sejuk. Tenang menunggu kemunculan sang mentari. Sambil-sambil itu, basahkan lidah dengan zikir dan perbanyakkan juga lafaz Ya Hayyu Ya Qayyum.


3. Menjalin hubungan dengan soleh-soleh


4. Perbanyakkanlah zikir.
Cuba ingat balik zikir-zikir yang diajar waktu tadika, zaman sekolah semua tu. Kalau tak ingat jugak, boleh download. Internet kan ada...


5. Melakukan solat sunat 2 rakaat dengan khusyu'


6. Bacalah Al-Quran dengan tenang dan renungkanlah isinya
Untuk penyerapan isi kandungan yang optimum, boleh juga dilakukan serentak pada waktu Subuh tu, sambil-sambil elak mata kembali tertutup sebelum ke tempat kerja kan. Lapangkan hati dan mulakan hari dengan memahami ayat-ayat suci Al-Quran.


7. Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang sangat panas.


8. Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi.
Bersedekah tak susah. Mak pesan, kalau (contohnya) ke pasar, beli sayur rm1.50, bagi lah makcik tersebut rm2.00 dengan niat sedakh moga-moga pemberian kecil itu mampu meringankan beban beliau. Kalau naik teksi kena caj rm3.70, bagi jelah rm5. Walau kecik, tapi tetap sedekah. Dan ianya boleh dilakukan setiap hari kan?


9. Meringankan beban seorang muslim yang dalam kesulitan.
InsyaAllah, Allah akan bebaskan kesulitannya di Hari Kiamat kelak. (Al-Hadith)


10. Usahakan menjalani hidup di dunia dengan zuhud.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Agak senangkan nak amal? Ayuh, jalani hidup ini dengan kebahagiaan. Ianya terlalu singkat untuk dirungut, ditangisi setiap hari!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...