insaf,insaf..

Malam ni PC sampai, dibawa khas dari Cheras.
hoh perasaan sebenar masih malas nak memulakan pencarian kerja.
Tapi nak taknak memang kena start kerja dah. Abang sulung dah bising mintak CV.
Masalahnya malas yang amat nak design resume!! Portfolio lagi la... adeh.


Lagi persoalannya, kalau dapat kerja nanti, macam mana dengan basikal kesayangan? ohkohkoh. Orang tengah gian naik basikal tiba-tiba nak kena tinggal dia sorang-sorang kat rumah. Mana bleh, bersungguh bercita-cita nak hidup secara sihat. Bukan berniat nak kuruskan badan pun sebenarnya, tapi untuk kesihatan yang lebih baik. Bila berbasikal hampir setiap hari, memang rasa badan makin sihat. Sakit-sakit kepala dah hilang, gejala letih dan asyik rasa penat pun dah hilang. Pendek kata, banyak lagi manfaat yang kita tak tau hasil dari senaman yang berterusan.

Macam Ain, setiap minggu balik kerja pergi gym, memang rasa hebat. Dah tak cepat penat sebab badan dah fit. Cergas setiap masa. Saya rasa, ini yang semua orang perlu lakukan bila kadar stress dalam kehidupan makin meningkat;- keluar dan bersenamlah di muka bumi ini. Hirup udara segar banyak-banyak dan rasanya udara segar masih banyak kot walau anda di ibukota.

Oh mengenai udara segar, akhir-akhir ini saya rasa sangat terpanggil untuk mulakan rutin menjaga bumi kita. Terpengaruh dengan iklan Astro kot

'Water is life, don't waste it'

Senang kan. Air. Benda yang memang takleh dipisahkan dari manusia. Berus gigi, jangan biarkan air mengalir. Tutup dulu. Cuci baju, pastikan biar penuh mesin. Banyak lagi lah kalau nak sebut. Cuma sekarang asyik terlupa nak bawa beg shopping. End up, pakai jugaklah plastik ghok-ghak itu yauuuww~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...