kerepek

mesti semua orang pernah terfikir kan apa yang akan jadi pada kita kalau mak atau ayah atau adik-beradik atau kawan kita meninggal dunia. kan?
saya selalu terfikir macam tu.
kadang-kadang siap meleleh-leleh air mata.
nak nak kalau nor ada jugak.
sambil tunggu bas tepi jalan nak balik kolej tu pun boleh meleleh.
selalunya start topik dengan soalan begini;

"agak-agak kalau ila mati, ada tak orang menangis?"

ada tak agak-agak orang yang akan menangisi kematian saya selain family?
anda rasa?
dan topik seterusnya bermulalah segala cerita sedih bla bla bla.
serius sedih.

pernah di zaman sekolah menengah, sementara tunggu turn mandi lepas main 'baseball'; terbukak topik kematian.
sungguh sayu.
kalau salah seorang mati, mesti saya akan teringat segala steps dia dalam permainan tu.
cara dia baling bola,
cara dia berlari
cara dia tersengih sebab jatuh.. oh tak boleh!
ni lah masalah saya.
suka fikirkan benda-benda yang kebanyakan orang cakap fikir negatif.
tapi ni umpama latihan jiwa. kot.
takutnya kehilangan orang tersayang.
bila 'tersayang', ianya juga merangkumi orang tertentu yang kita sayang secara senyap-senyap.kan?
rugi jugak tu kalau tak sempat sayang secara bising-bising ;p
jadi manusia di luar sana, beranikan diri.
itu nasihat untuk manusia diluar sana.
bukan manusia di sini, di depan skrin ini...




**takziah kepada kamal & padi atas kehilangan ibunda & ayahanda masing-masing. sama-sama kita sedekahkan al-fatihah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...