saya dan kapal terbang

hi hi hi
saya rasa.. saya memang ada chemistry lah dengan hal-hal kapal terbang ni. *hi hi hi tengah berangan jadi pilot*
hari tu saya mimpi sayu sangat. Mimpinya adalah .. ih sedih. saya menyaksikan dua airbus terhempas; live depan mata. Dan saya nampak bagaimana kekalutan penumpang dan pilot dalam tu. Masing-masing cuba keluar (waktu tu kapal macam tergeser atas landasan je, terpele'ot la lebih kurang). Masing-masing cuba menyelamatkan nyawa. Orang pertama yang berjaya keluar adalah pilot. Seorang pilot vavavavava. Namun tragedi tetap berlaku. Kapal meletup dengan dahsyatnya sehingga tinggal serpihan. Dan serpihan itu terkena pulak kapal lagi satu yang tengah nak take off. Hancur berkecai airbus yang lagi satu. Sungguh menyayat hati sebab saya tak mampu berbuat apa-apa. Serius sedih dalam mimpi tu. Dua kapal sekaligus hancur. Boleh bayangkan tak berapa ratus nyawa terkorban?
Dan esoknya, tengok berita; pesawat AirFrance terhempas di Lautan Atlantik.. memang menyentap hati. Bukan sebab bajet-bajet ada 6th sense ke hape tapi memang kalau bab air crash memang akan ada rasa sayu yang semacam. Sebab tu kadang-kadang tengok air crash investigation boleh tangkap leleh woo wooo....
Ya Allah, panjangkanlah umur kedua ibu bapaku, ahli keluargaku dan rakan-rakanku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...