"Superpoke : Ilani Nimn has hit the beach with her kids"

Bukan anak saya. Anak-anak buah ye untuk makluman jajaka-jajaka hot di luar sana weee~

Sungguh seronot bermain air pantai. Tak panas pun sebab pergi pun dah lewat petang. Air agak jernih. Tapi banyak obor-obor kecil dan besar. Teringat masa first trip jauh di Dahima Terengganu. Muka 3 budak lelaki tersebut sungguh kucar-kacir bila nampak obor. Kemain sebelum tu duk sembur air kat muka orang gaya-gaya samseng pantai. Nampak obor-obor berkecai lari bawak perut hahahaha tak macho langsung. Siapa 3 orang itu, biarlah rahsia ;p

Seronok woh main air, humban-humban badan dalam air. Rendam sana rendam sini. Terapung sana terapung sini. Makan aiskrim makan sate ikan. Kutip siput kutip ketam. Best, best. Anak-anak buah pun oskos la hepi yang amat dapat meluangkan masa dengan idola masing-masing kann... SUKANYA MAIN AIR!!


ni bukti saya telah ke pantai.
sorilah saya terlampau kiut.






p/s: cerita humban menghumban sama sekali tidak benar. Pergi balik masih memakai baju yang sama dan ianya kering.Sekian harap maklum.

2 comments:

Fefey said...

ingat dop kita gi pata kat Bachok dengan kak iza and beZu..mark ming pun gi..masa tu, kak iza baru kawin kot..hehehe

ila ni said...

herk.. bila ya? kurang daya ingatan doh loni ~ tapi paling ila ingat ff mari tdo sini dan pagi esoknya kita menebar roti canai~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...