Tag yang kali ni jawab yang Leeya la pulak


**Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah**


#1


#2

#3

3 sekaligus takpe kan leeya? saya memang banyak masa terluang nih


Kenapa anda suke gambar ini?
#1
yang pasti BUKAN sebab ada Zed the Diva.
Saya suka sebab bila edit, terjadi macam ni.
Rasa macam intro cerita mistik;
kisah kehilangan misteri dua kanak-kanak di tapak pesta....yiii... creepy dok?

#2
sebab ini adalah one of the best memory yang masih berjaya kekal dalam ingatan.
walau sampai umur nyanyuk esok-esok pun, sampai tahap tak ingat password blog sekali pun,
saya akan usahakan untuk mengingati kenangan ini.
Ini lepas paper Sejarah, final paper PMR 2001.
Sekolah kami memang cun kalau hari mendung.
Tapi sayang korang takleh menikmatinya sebab tak reti nak setting scanner ;p

#3
sebab ini antara beberapa kepingan gambar saya dan farah amani.
untuk pengetahuan awam, memang teramat susah nak bergambar dengan si dia ini.
ibundanya menamakan situasi ini sebagai huruf i besar dan huruf i kecik.
boleh tengok sendiri terjemahan ayat itu pada gambar yang tertera.
masa ni benci gile tengok sanggulan farah yang macam nenek kebayan.
kak ifa weh toksoh lah ikat gitu, biarkan ia mengerbang.


Bila kali terakhir mkn pizza?
bulan lepas

Lagu terakhir yg anda dengar?
give a little bit - goo goo dolls

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
seriously need to finish off the pending resume ;p

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
mereka panggil saya baby....

Tag lagi 5 org
*soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
1. shazleen
2.hawa
3.zaitul azra
4. zaki
5. alqil nohara

#Siapa no 1 pada anda?
bestfriend sampai mati. inshaAllah
kawan sejak darjah 4.
darjah 3 usha-usha gitu je.
dia kelas sebelah.
dia budak perempuan paling comel dalam sekolah, mestilah saya tengok!
hahaha koya la tu mcleen tu ;p
dia jenis yang kalau start gelak, muka macam nak kene celup dalam air sejuk sebab terlampau merah.
dan dia paling banyak skandal dalam ramai-ramai kawan ;p

#Org no 3 ada hubungan dgn sape?
dengan boyfriend dia. dah nak kawin bulan 8 ni
*suka-suka hati menetapkan tarikh kawen mereka*
er..jetul, sape bf jetul?

# Kata sesuatu berkenaan no 5
antara manusia paling lawak pernah saya kenal.
selalu berebut tampar lalat dalam dewan kuliah kat matrik.
lalat pun satu hal, pergi tempat lain takleh ke?!
kitorang dah la duk depan, nak kena control cun lagi, nak control geleng2 kepala halau lalat lagi!

#Bagaimana dgn org no 4?
tu, zaki tu ke?
dia tu ketua praktikum. sangat matang gayanya.
best thing about dia, walaupun dia lelaki, we can talk almost about everything.
hahaha simpan rahsia elok-elok sket zaki!

#Siapa org no.2?
oh hawa ke.. lah dia pun bestfriend sampai mati jugaklah. inshaAllah.
dan juga business partner! yehh kamilah penjual kebaya tersebut.
kenal dengan dia dari form 1.
kami berdua sangat sama perangai dari segi membuat kerja last minute.
mujurlah ada yus & jue yang mengcompletekan hidup kami.
kalau tak, sah-sah report fizik, kimia & bio selalu tak siap!

1 comment:

alqil said...

HAHAHAHA...
kes lalat tu dah lame weh...
nie ngah tensen keje..
pahtu bukak blog mung...rase ilang sket tensen..mekaseh...
hahahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...