Wedding Nurul Zamilah


Settle!
Berbaloi segala penat lelah dan tenaga dan kalori yang terbakar. Bila masuk bab kawan memang semua benda dah takde nilai. Nak nak kawan sekapal yang sentiasa bersama susah senang 3 tahun di UPM. KAK ZAMME DAH KAHWIN OI!

Dan beliau sungguh lawa. Make up memang tip top dengan muka beliau. Selamat pengantin baru k'zamme & pijoe.

Berbalik kepada agenda 31 Mei tersebut, hummmphh sedih, sedih jugak sebab supposedly RAMAI RAMAI RAMAI gile yang nak datang. Nak konvoi dengan kereta lah, flight lah, train je yang takde orang sanggup. End up? Saya dengan Ain. Tapi ye la, nak buat macam mana, semua orang dah bekerja. Ketua konvoi tiba-tiba ada submission, takleh nak lari dari tanggungjawab kat ofiskan. Yang penumpang kereta pulak dah tak sempat nak cari tiket ke KT. Sorang pulak ada appointment doktor. Si juruterbang pula terkandas di Sabah katanya. Kapal rosak. Apa pun, semua orang ada urusan masing-masing. Lagi pun KL-Jerteh jauh oo.

Tapi memang tabik spring ah kat Ain. Penat-penat balik gym, terus amek bas ke KL Sentral, dan naik komuter ke Shah Alam. Dari stesen Shah Alam naik pulak bas ke stesen bas Shah Alam dan naiklah beliau bas ke Kuala Terengganu tepat jam 9malam. Sampai KT around 6a.m kot, tunggu pulak sampai kul 7pagi dan amek bas ke Jerteh selama 2 jam setengah. Tiba kat Jerteh terus tukar mandi dan tukar baju kurung. *taktau lah beliau mandi di mana*

Dan lebih kurang pukul 10, heroin datang menyelamatkan beliau- TADA!! muncullah saya dengan Viva sewa. Ye sewa sebab ayahanda sah-sah la tak bagi bawak kereta kesayangan beliau tu :(

Ok, cut it short.

30minit dari Jerteh, sampai lah ke rumah k'zamme. Kul 12.30 tengah hari kot kitorang sampai. Agak jauh sebab kiri kanan jalan hanyalah bukit dan padang yang menghijau. Best. Boleh bawak slow gile. Mata pun sejuk je.

Tenang kan?


Lagi tenang kalau Ain menggunapakai tasbih yang tergantung itu...


Gambar ni memang perlu. Sangat perlu walau tak nampak muka. Jangan komen.


Kami mengambil langkah berjaga-jaga. Dua kali kami berhenti dan tanya direction walau tak tak tersasar dari laluan. Saja. Nak beramah mesra. Dan makcik pakcik tersebut memang baik.

"Straight jah, pahtu ado signboard besa tulih Felda Tene"

Baeklah.

*WEH BARN BUDDY BUAT HAL!*

Senang je jalan ke rumah k'zamme. Peta kat kad kawen pun sangat jelas. Maka bertemulah kami akan sebuah rumah yang kelihatan di depannya khemah biru dan belang-belang biru. Pasti itu rumah k'zamme!

Ada dua pilihan gambar. Tapi nak jugak letak yang ni. Dilarang komen.
Kelihatan di sana itu rumah k'zamme.


Nasib baik Ain kenal mak k'zamme. Bukanlah kenal pernah bertepuk tampar tapi dia cam la muka mak k'zamme. Dua-dua ni tak pernah lagi secara rasminya menghadiri jemputan kahwin tanpa ibunda yang mengheret, maka perkara pertama yang kami lakukan adalah mencari ibunda k'zamme.

Acar selepas itu sah-sah lah jumpa k'zamme. Happy gile sebab sangat lama tak jumpa k'zamme. Muka dia pun nampak terkejut sebab kami berjaya sampai akhirnya.

"mana yang lain?"

Jadi, cerita sama seperti di atas diulang kepada beliau. Kemudian acara sumbat nasi. Oh air sirap limau dia memang power! Ain siap nak bungkus bawak balik rumah. Gom.

Lepas sumbat, naik atas rumah balik dan sempat menyelit masuk bilik k'zamme. Memang puas hatilah datang dari jauh. Lama gile kitorang lepak situ. Tengok k'zamme bersiap, borak-borak sikit. Nak tunggu anak teruna pukul 2.30pm datang tu, sempat la jugak jadi babysitter. Sorang satu. Ain dapat adik Adam. Saya dapat ...er.. lupa ah nama baby tu. Tapi masih baby sebab dia muntah bau masam yang best lagi. Er.. skip.

Pijoe sampai dan saya telah ditugaskan merakam video. Video oih. Last guna videocam masa kenduri k'ifa yang kini sudah beranak dua. Oh tak tau lah apa jadi dengan video wedding k'zamme tu....


Semua gambar pun side tepi-tepi je.



Terima kasih k'zamme dan keluarga kerana memberikan specialty untuk berada di dalam bilik pengantin selama yang kami mau ;p



Benci la.. senyum tak ready lagi tu oi!



Haa kan kan. kan dah cakap. Tapi gambar si baby muntah tu takde..



Cikgu Pijoe sudah tiba. Seberang jalan je pun rumah die.



Macam ni lah ain kalau ralit ngan sesuatu kerja. Mulut memang automatik jadi macam tu hahahahah macam budak kecik yang tengah layan mario brothers.



Bolok wok dah time nih. Penat. Maap, lupa makan multivitamin pagi tersebut.



Sesi renjis merenjis adik beradik k'zamme. Ni anak buah dia kot.



Spoil. Saya bergaya tidur. Bencilah, satu je gambar complete saya dan Ain di samping pengantin dan ini hasilnya?! Sabo je lah.


Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun berangkat pulang. Sempat sambar 2 gelas lagi air sirap sebelum balik. Dahaga wei. On the way balik, saya singgah sekolah lama kejap, tangkap-tangkap gambar untuk dishare dengan rakan-rakan sekolah yang lain. Dan sebelum pulang ke rumah, saya telah membawa Ain ke airport! hahahah padan muka Ain kena sumpahan airport. Sabo jo lah Ain yo! hihi

Pukul 9 malam, Ain naik bas ke KL. sure penat gile.

4 comments:

yaNi said...

tak sabar nak tunggu title di atas bertulis Wedding Ila. heee..

Hawa CMS said...

wah g jertih ke?
bakpo tak singgah alor lintang trus
kehkeh~

ila ni said...

hihih insyaAllah esok lusa adalah title gtu tu yani

xsey singgoh, anggur x masak lagi etek ;p

keriangandunia said...

hahahahahaha ain fokussss.. ahahHaHaHahhAHaHahhahaHaHaHHAhaHAHhaHHaHAHhaHAhHA lucu lucu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...