bosanlah maksudnya ni

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
saya tak amek award tu sebab saya dan
HAWA bukan bestfriend online. kami real punye bestfriend heheh anggaplah ianya berlainan maksud.
apakah yang interestingnya hawa ni? macam takdeeee je? hahaha baeklah. jom kita review!

1. penyayang. lihat saja minatnya terhadap haiwan belaan. berapa ekor suda? sayang terhadap adik-adik belum kira lagi tu. sayang terhadap si dia tak kira ehh ;p

2. tokoh bisnes woman yang sejati. sejak zaman sekolah lagi sudah memulakan perniagaan. asam? keropok? sila ke dorm A 2-1. kebaya? tudung? swimsuit? sila ke shopdetected *promo raya kehkehkeh *

3. paling menarik, keluarga beliau ada satu acuan. dengan senangnya kawan-kawan sekalian boleh mengagak sepupu itu dari belah mana; mak atau ayah beliau ;p Betul. saya dan che poh dan yus score almost 100% masa majlis makan-makan di rumah nenek beliau dedolu tu.

4. lagi... zaman-zaman sekolah dulu, sejak akil baligh, muka beliau je lah yang jadi MC untuk rata-rata majlis di sekolahnya. dan awa! ila masih berdendam kerana mengheret ila dalam dunia pengacaraan itu!!! maluuuu......

5. dia ada pokok anggur kat courtyard rumah dia. jeles! view sewaktu memasak di dapur sungguh best jadinya

Jot down 10 interesting facts about your hobbies
ada plak hobi? apakah hobi saya? saya sendiri tak tau. takpe. anggaplah ianya hobi.

1. duduk seharian mengadap komputer yang ada internet. browse sana sini. maklomlah, dunia sekarang di hujung jari

2. cuci pinggan mangkuk, kemaskan dapur, ruang tamu, jemur baju, lipat baju dan sebagainya. serius suka. rasa macam suri rumah yang cun. sekali lagi nak iklankan, siapa-siapa yang nak upah bibik warganegara Malaysia, sila hubungi saya. Tapi bilik air tak termasuk dalam service. Begitu juga memasak.

3. bangun awal pagi dan mengadap alam yang terbentang luas, tatkala udara masih sejuk dan bersih. ini memang best. memerhatikan bagaimana hari bermula.

4. berangan. vavava ni pun sedap gak nih! semua topik dan subtopik boleh masuk dalam angan-angan saya. tiada limit.

5. hobi,hobi, hobi... lagi...erm... menghabiskan masa lapang sorang-sorang. tak suka ada orang lain. hobi ke? kira hobi ah.

6. menarik rambut bergulung farah amani sampai kena tengking

7. menangkap gambar bodoh-bodoh (sah dah taktau nak tulis apa dah ni wehhh)

8. berbaring. tak suka duduk. (%$@%^@%)

9. menganalisis perlakuan manusia di sekelilingnya dan memulakan assumptions secara diam-diam. watch out!

10. mengumpul kalori yang terbiar


Pick your 10 most deserving recipients and describe them.
siapa-siapa yang mao buat. dah buat sila inform saya ;p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...